Mereka yang Kool :)

Friday, January 31, 2014

Kerna Ohana Artinya Keluarga. Bisa Ngerti Kamu?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 


[Nota cebisan]: Entri yang sangat sesuai buat yang sering tersepit. Antara dakwah dan tarbiyyah dan keluarga. Ya. Entri ini, untuk saya, untuk anda, untuk kita. Biidznillah.

Family info-text graphics and arrangement concept on white background (word cloud) - stock photo
Ohana means Keluarga. Keluarga maknanya Ohana. Eh. [KRedit]

[Bahagian Satu]

Cuti. Jika sebelum disapa hidayah untuk berada bersama satu saf dengan Uncle Dee dan Aunty Tee, mungkin cuti kita pasti penuh dengan rancangan demi rancangan bersama keluarga tersayang. Ada yang mahu membuat kek tujuh tingkat berbentuk kapal selam ala-ala Titanic, ok over sangat tu, ada yang mahu usahakan kebun milik Inche Atuk yang penuh dengan pokok pisang-berbuah-cukuplah-sekali, ada juga yang mahu pusing dunia! Ohoii! Cuti yang berwarna warni, seindah melihat langit biru yang mempesonakan, tanpa ada yang mengganggu. Maka, kita seakan-akan terikat dengan keluarga kita. Tak pernah pula kita rasa risau *'ilah' kita kini berorientasikan 'redha' keluarga lebih daripada tuntutan dakwah demi redhaNya. 


*ilah=sembahan, fokus

Peluh saiz jumbo.


Namun, ya, bila sudah berada di jalan ini, kita amat maklum, ia sangat menuntut hampir semuanya daripada kita. Semua nak rembat! Semua nak sebat!

Kereta Nissan Murrano kita, (batuk kecil kedengaran di sebalik pintu), duit gaji kita, duit biasiswa, duit elaun yang diberi Puan Mummy dan Inche Daddy, masa dengan kucing kita, masa untuk membelai anak-anak yang sumpah comel dan membuat kita rindu mendukungnya, masa romantik bersama Inche Zauj yang osem atau Puan Zaujah yang ayu, ohoiii! Hampir semua.

Bahkan, dibalas pula dengan air mata kita yang tak sudah-sudah mahu jatuh. Juga duit yang kering dalam purse coklat berjenama Prada. Kbai.

Juga masa cuti kita untuk bersama keluarga juga disebat oleh jalan ini. 


''Asyik-asyik dengan geng tudung labuh tu je. Tak boleh ke korban sikit masa duduk rumah ni?!''

''Ni kalau hujung minggu je susah nak lekat rumah eh. Payah betul. Nak ajak jalan pun susah.''

''Alah, adik tu. Tak payah ajak dia, Mama. Dah tahu dah jawapan dia. Mesti ''maaf ma. ada konferens sorga abadi. next week kita keluar sama ya? Pwomish ma. Lebiyu''


Tarik nafas dalam-dalam.


Tak mengapa. Sedangkan sahabat dahulu juga diuji dengan hal yang sama. Hal keluarga. Perkara ini tidak lain ialah ketetapan Allah swt yang takkan pernah berubah. Diuji untuk mereka yang DIA sayang dan DIA kompem tahu anda dan saya boleh atasinya! Hoyeah!



 Bukankah ini motivasi kita? 


Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
(At Taubah 9:24)



Kerana kita tahu, kita korbankan masa dengan keluarga tersayang kerana kita sayangkan mereka lillah! Kita harapkan dengan kita membantu umat, Allah swt pula menjaga keluarga kita. Dan siapa lagi yang lebih osem untuk jadi 'guard' selain Allah swt? 



**************************
[kredit]


[Bahagian Dua]

Anda tahu mengenai 10 Muwassofat Tarbiyyah? Ala, yang 10 sifat asas yang wajib ada pada seseorang individu bergelar muslim itu... Ok. Cuba sebut satu-satu. 

Tak hengat? Apa? Meh sini nombor talipon murobbi anda, meh saya tolong reportkan. Heheh.

Ok. Ada satu sifat yang digelar ''bermanfaat pada orang lain'' . Ya, hal ini juga termasuklah komitmen kita untuk berbakti, ambil peduli sama bokap dan mokap (daddy dan mummy lah tuu) kita. Dan bukan saja-saja berbakti pada keluarga dimasukkan sekali dalam 10 sifat muslim yang mantap osem gojes mojes itu tahu?

Ini juga daripada pengalaman saya sendiri. Tatkala diri berada di hadapan hadek-hadek untuk menyampaikan Babai Jahiliyyah, talipon bimbit berbunyi menandakan ada Apps Apa masuk. Dan seperti biasa, jika sedang berpogrem seperti itu, jarang sekali saya melayan. Oh, anda tahu, jap eh. Ni selingan sebentar bersama Cik Prada. Eh. Pagi itu sesampainya saya di tempat pogrem adik-adik Universiti-Naughty-Malaysia, ya, kuda dakwah saya rosak, enjin depan berasap berkepul-kepul. Kalau orang tak tahu, mungkin ada yang sudah ingat saya sedang berbakiu! Pergh!


Ok. Kita teruskan cerita asal. 

Seusai mengisi, err, sesuatu yang berat, i must say, saya tiba-tiba rasa kelesuan dan sedikit kepenatan. 

Dan err, tertidur di bahu seorang adik ni (walaupun sekejap) adalah satu kenikmatan dan kejiwangan yang hakiki. Heh. 


 Balik dari pogrem osem tersebut, ya, dipendekkan ceghite, saya kembali ke rumah hakak saya yang tidak lah jauh pun. Agak-agak kurus kering juga lah jika berjalan kaki. Heheh. Dan malam itu, kami makan bersama (makan pun nak ceghite ke weh?),  dan bercatching-up secara santai.


Ya, dan rupanya ada hikmah Allah Swt takdirkan saya tidur sebentar untuk recharge tenaga dan emosi saya untuk mendengar sesuatu yang lebih berat daripada itu!

''Dik, tahu tak......blablabla''

''Masa kau takda, macam-macam jadi kat rumah... Blablabla''

''Dik, ada masa kau tengok tengokkan, dia ada masalah tu...Blablabla''


Nanges. Banjir kibod habaq hang! Aargghh!


Anda pernah belajar perkataan Loser tak daripada Puan Chegu Bahasa Inglish anda? 

Ya. Itu menggambarkan perasaan saya waktu itu. Terasa diri banyak 'ketinggalan' kereta api mengenai keluarga sendiri. 

Walaupun mereka tak pernah menegur, tapi sebagai orang yang sepatutnya lebih faham daripada mereka, et lis hal-hal mini begini kita perlu tahu.


Tak tahu pasal Famili atau tak nak ambil tahu? Sama loser katanya. [kredit]


Dan lebih loser lagi jika kita hilang kepercayaan keluarga kita. Mereka seakan-akan tidak mahu bercerita masalahnya kepada kita. Ya! KITA! Mohon tuding jari telunjuk belah kanan tu kepada diri sendiri! Lebih osem lagi jika dilakukan di hadapan cermin saiz gajah jumbo! Hah. Hamek.


Ya, inilah hal-hal yang pasti Allah swt akan uji. Jika tidak sekarang, nanti. Jika tidak nanti, sekarang. Jika tidak sekarang, besok lusa, tulat, kulat. Eh.

Maka, sesuai sangatlah untuk kita membaca buku ''Cinta di Rumah Hassan al Banna'' juga ''Raheeq Makhtum'' untuk mengetahui bagaimana para sahabat stok lejen dahulu mengendalikan masalah ini juga bagaimana cara terbaek untuk memastikan dalam kesibukan kita 'bekerja', kita tidak ketinggalan langsung stori mori hangat dan terkini keluarga kita. 

Bukankah Rasulullah saw sangat dikagumi para isteri dan anak-anaknya? Sepenat-penat Rasulullah saw usai berdakwah, tatkala balik, bersama cucu lelakinya, berlari-lari membuat bising, Rasulullah saw tidak pula menengking jauh sekali berkata ''Hampa tak reti senyap ka weh? Kan Daddy penat ni?''

Bahkan Rasulullah saw terus mendukung kedua-dua anaknya dan bermain pula bersama mereka. Oh! Indah bukan? Rapat betoi hubungan antara mereka. 

Takda pula Rasulullah saw berkata pada isteri baginda, ''berdakwah itu satu kewajipan, hang mana tau?''

Jauh beza. Jauh sangat dengan kita.


JOM! Bila Allah swt tegur tu, faham-fahamlah. Maknanya memang Dia mahu sangat kita ubah kelemahan kita. Kerana sentiasa ada peluang dan masa untuk kita berubah. Bukankah itu juga sebahagian daripada tarbiyyah?


Kerana dakwah kita syumul. Untuk semua. Diri sendiri, keluarga, kengkawan, cikgu, makcik cleaner yang budiman, makcik kantin yang manis, dan tidak lupa juga pakcik tukang kebun di taman.


Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Ali Imran 3:31)



Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya."      

(Riwayat Ahmad no. 16982, Muslim no. 55 dan Abu Daud no. 4944)
                         


Senyum. 
ps: Doakan saya untuk perjalanan panjang esok hari. Moga Allah redha. Gong Xi Fa Choi buat semua kenalan yang berbangsa Cina, yang nak mengaku ada darah cina pun, err, oklah oklah, anda pun boleh dikira dalam (count in). 
ps II : Ummi sudah semakin pulih, dan jika diijinkanNya, akan di discharge daripada wad, subjek kepada pemerhatian Tuan Tabib. (ayat hondang hondang). Syafakallah juga buat anak buah saya yang demam. Nak tumbuh gigi pertama agaknya. Heh. Boleh caye ke gitu?
Wallahualam.
 

2 comments:

  1. Salam Alaik Cik Prada. :)

    Ada ralat. Mohon semak ya. ^_^
    Hassan dan Hussin cucundanya Rasulullah. Bukan anakandanya. :)

    ReplyDelete
  2. Salam alayk, masyaAllah! Betul tu. cucu baginda. Tersilap di situ :) Jzkk ukhti!

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers