Mereka yang Kool :)

Friday, January 10, 2014

Jangan Hengat Anda Sorang Jeles!

Dengan nama Allah yang Maha Menghidupkan.

Afwan, gambar mengandungi unsur tak patut. Heh. [Kredit]
 
Alhamdulillah tsummalhamdulillah. 

11012014 bersamaan 9 Rabiulawal 1435H. Ya! Kita dah pun masuk Rabiulawal ya hakak hadek habang. Bulan kelahiran kekasih Allah swt, Rasulullah saw. Letak sat henpon anda tu ditepi, meh kita selawat 2 minit. 


Ok. Tengsomac. 

Memandangkan sekarang sedang musim berperang dengan kertas kajang bersaiz AEmpat dan pen berwarna warni tajaan Kilometrico dan Pilot, makanya DBG dengan suka hati mengucapkan Selamat Berjihad dengan kertas peperiksaan anda. Gagal sekali tak bermakna tak gagal dah tau? Eh. 


**********

[Bunyi angin sepoi sepoi bahasa]

Sebenarnya bukanlah tujuan saya untuk bercerita atau menulis mengenai hekzem. Cukuplah dengan kad-kad ucapan berwarna warni, mesej-mesej osem daripada adik-adik bulatan gembira yang dikasihi, dan peluk cium rakan-rakan yang turut sama mendoakan. Biidznillah, Allah swt memandang usaha dan wajiblah bagi kita berusaha semaksimumnya. 

Dan ingatlah,

''Berusahalah bagai tiadanya tawakkal, dan bertawakkallah bagi tiadanya usaha''

Ok. Cik Prada skema. Bai. 


Jeles. 

Semua orang mesti pernah rasa cemburu kan? Dari sekecik-kecik umur dua atau tiga tahun, dah pandai rasa jeles. Dan kerana jeles juga, saya dan rakan-rakan serta loyer-loyer di luar sana pening-kepala-rasa-cam-nak-botak, mempelajari, menganalisis dan memahami betapa luar biasanya kuasa cemburu ini. Hinggakan kes-kes sadis seperti Altantuya (ehem-high-profile-case-tak-boleh-ceghite-ehem), Black Dahlia dan baaannnnnyaakkkk lagi menjadi bukti bahawa perasaan cemburu itu mampu mempengaruhi perbuataan dan fikrah seseorang. Seriyusli!

Lari jelah sehabis daya, kerna Syurga tak datang percuma. Tahu? [Kredit]

Dan jangan fikir manusia seorang je mampu jeles. Allah swt pun tahu jeles tau? 

Maka! Bersyukurlah bagi insan-insan yang Allah kurniakan rasa 'jeles'Nya kepada mereka. Mengapa?

Pernah dengar ''cemburu tanda sayang'' ? Klise kott. 

Ya! Sebab itu lah. 

Betapa banyaknya ayat-ayat Allah swt yang tidak mahu kita menyamakanNya dengan makhluk lain? 

''Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan''
[Al Fatihah 1:5]

''Wahai manusia! Sembahlah Tuhannmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa''
[Al Baqarah 2:21]

''Dan jika mereka beriman dan bertaqwa, pahala Allah pasti lebih baik, sekiranya mereka tahu''
[Al Baqarah 2:103] 

 
 Sebab itu, saya sangat hairan, bila Allah swt datangkan rasulNya, murobbi dan murobbiah yang tidak kurang haibatnya, kadangkala kita ada tendensi untuk tidak betul-betul 'grab' peluang itu. Kita selamber je buat-ikut-sedap-rasa kita dengan hal berkaitan dakwah dan tarbiyyah ini. 


Dan kemudian, kita kata kita 'izzah (bangga) menjadi daie? Pui!

Saya berkata begini bukan kerana saya nak emfesaiz bahawa saya sangat sempurna-angel-like, oh puhlis! Tidak sama sekali. Namun, apabila saya telah merasakan sendiri bahawa kerana tahap cemburu Allah swt yang Maha Besar itu, maka Allah swt telah memberi satu-persatu peringatan agar saya tetap thabat dan kuat dan berusaha menjadi hebat seperti hamba-hambaNya yang telah pun syaheed. 


Tatkala dulu, ada satu fasa dalam hidup saya (sebelum ditarbiyyah, lah) saya hampir putus asa dengan Islam. MasyaAllah. Bukan apa, pada pemikiran yang cetek agama ini, kala itu, kita akan lebih memandang insan yang membawa Islam daripada ajarannya sendiri. Berlatar belakangkan sekolah yang tidak mementingkan biah Islami, anda bayangkan, saya sendiri tidak tahu bahawa kaki itu aurat, couple itu haram, menyanyi di khalayak ramai itu (bagi wanita) tidak boleh. Saya TAK TAHU bukan BUAT-BUAT TAK TAHU.

Tetapi bila saya pernah dimarahi dengan sesuatu yang saya sendiri tak pernah diceritakan hukum hakamnya, dibimbing agamanya, saya jadi TAKUT. TAKUT kepada insan yang memakai tudung besar-besar dan labuh-labuh ni. Seriyusli! Pada saya, semua yang saya buat tika itu semua tak kena. Eh heloooo! Saya perlukan eksplenesyen lah. Bukan kemarahan dan teguran yang sumpah makan dalam!

Namun, kerana berkat 'jeles' Allah, tidak mahu saya jauhkan diri daripadaNya, maka DIA hadirkan seorang demi seorang insan yang bagai 'memahami' kebutuhan saya waktu itu. 

Kasih sayang dalam membimbing seorang Muslim.
Sweet lah ni? [Kredit]

Kerana itu, saya memahami hakikat jalan ini. Qudwah qabla da'wah. 

Cemburu itu kerana kita kasihkan seseorang, sayangkan dia, dan kalau boleh kita nak dia ada selalu dengan kita. Begitu juga Allah swt. 

Hatta, ketika orang lain 'ban' kita, tak setuju dengan kita, menegur hanya kerana tidak ikut cara mereka yang satu itu, kita tidak mudah mengalah. Kita tetap bekerja hingga tiba masanya Allah memberi 'cuti pencen' buat kita. Menjemput untuk kembali padaNya dengan penuh keceriaan. Walaupun sebelum itu, kita mungkin dah tak daya menepis segala macam tok nenek ujian. Bertimpa-timpa. Satu demi satu. Tak mengapa! Kerana kita tahu, Allah swt sentiasa 'jeles' dengan kita. Dan apa lagi yang kita kejarkan selain rahmat dan 'puas hati' Allah pada kita?



Bukankah ada dua hakikat nyata yang menjadi ciri seorang daie sejati?
1. Tiada bumi yang menyekatnya
2. Tiada penyeksaan yang menggerunkan.

[Muntalaq Bab 14]
 


Kerana rasa cemburu itu jugalah, maka, kita perlu merasakan betapa ramai hati yang perlu disantuni, dicuci, untuk mereka juga merasakan kasih sayang Allah swt. 

Kerana rasa cemburu itu jugalah, maka, kita mesti panjangkan langkah, untuk menarik tangan-tangan yang dah nak lemas, terkapai-kapai mencari diri sendiri.

err dan... tentunya...








Saya sangat cemburukan insan-insan yang Allah swt telah jemput mereka dengan penuh kasih sayang. 

Ahmad Ammar.

Terima kasih atas satu pemergian yang membangunkan.

Tunggu saya dan kami semua di sana. InsyaAllah. 

Senyum nampak gigi. 

''(kepada mereka dikatakan) Salam, sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang''
[Yassin 33: 58]





ps: DBG sedang berusaha merangka satu projek dakwah dan tarbiyyah yang boleh tahan osem untuk satu tempat yang menempatkan pemikir-pemikir perundangan. Mohon doakan. Hoo yeah!

ps II : Buat yang bertanya hapdet Ummi, saya mohon, doa itu senjata mukmin. InsyaAllah Allah swt sedang menjaganya. Keep calm. Ok?


Wallahualam
 






No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers