Mereka yang Kool :)

Thursday, January 16, 2014

Ini Tips Hangat Holidei Tak Lemau!

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Usia...

Holidei! Eh! Daie ada holidei eh? Gulp. [Kredit]
Alhamdulillah tsummalhamdulillah. Pada ketika ini, jika tidak silap saya lah, majoriti hadek-hadek IPTA khususnya, rata-rata sudah berjaya menghabiskan peperiksaan mereka. (toksah mereka sangat lah enn, awak pun sama, heh). 

Eh? Suara sumbang sapa tu? Heheh.

Jadi, sebelum anda berkata hooreayyy atau hooyeahhhh sambil membaling beg berjenama Rahsia Victoria anda ke penjuru lantai bilik tidur, dan mula berfikiran menerawang memikirkan movie apa nak ditengok back-to-back, atau tempat mana lagi nak pergi berjimba, atau apa-apa sahaja perancangan anda yang osem itu, meh sini duduk sini. Dengar mokcik ceghite dulu.

Eleh Cik Prada, macam semua tak boleh. Baru nak plan gi Hong Kong Tanah Disni tau! Grrrr.

Pengsan. 


Ok. Bangun balik.


Eceli, saya terinspirasi menulis entri ini apabila usai membaca Bab 5 : Muntalaq oleh Uncle Muhammad Ahmad Ar Rasyid. Nak tahu siapa beliau? Boleh klik sini.

Ahli Ibadat yang Bermain-main. 

Jika dahulu, murobbi anda yang kachak atau murobbiah yang ayu selalu berpesan (hatta sekarang pun sama) untuk kita menghabiskan buku-buku tarbiyyah yang dah penuh satu rak buku, tapi habuk tinggi tiga henci! Ohoii! Kantoi tak pernah bukak. Hehe. 

Tapi et lis, kita berniat dan merancang untuk mengkhatamkan sekalian penduduk buku tersebut, bukan? 

Ya ya. Betul. Alhamdulillah.

Memang tak dapat diargue lagi bahawasanya kita memang perlu mewajibkan diri membaca banyak buku. Itu kan antara tuntutan 10 Muwassafat Tarbiyyah? ''Shemonyu'' jika setelah lama kita ditarbiyyah, tetapi hanya satu dua buku yang dibaca. Lantas, bila tiba masanya kita perlu membina orang lain, hujah apa yang kita mahu hidangkan saat ditanya? Fakta seerah mana kita nak cekau saat adik bersemangat mahu tahu? Apakah latar belakang penulis sesebuah buku itu? 

Phew. Banyak yang masih kita tak tahu. Kita belum settle. Mohon kita sama-sama muhasarawak yaw.


Lalala [Kredit]

Jadi, apa kes nya dengan ahli ibadat yang bermain-main ini? Apa pulak kaitannya dengan perancangan holidei?

Apa yang penting untuk dihighlight, bold, italickan di sini adalah, dalam kita bersemangat waja, perdana dan preve (semangat kereta nasional seh) untuk menghabiskan buku-buku untuk dibaca, bercuti ke tempat-tempat osem, tolong mak di dapoq, belajar masak, buat lesen kereta, bantu kucing beranak, atau apa-apa sahajalah aktivitas yang nak dibuat, jangan lupa! 

KELUAR!

Keluar di sini bukan hang out, tetapi keluar untuk mengisi. Ya mengisi! Saya pasti apabila sudah anda khatamkan satu buku atau satu bab, pasti ada ibrah yang boleh ada kongsikan. Bersama keluarga, kawan-kawan, bulatan gembiramates melalui Whatsapp group anda itu, dan kalau dah tak ada orang sangat, hapdet lah status mengenai ibrah itu. Simple kan?

Kerana seorang ahli ibadat yang bermain-main itu dia hengat dengan dia buat hal sendiri, baca buku sorang-sorang, mentarbiyyah diri sorang-sorang, gemok pon sorang-sorang, maka dialah insan yang paling kool! Kerana dia fikir et lis dia tidak terlibat dengan aktiviti lagha di luar sana. Eceh. Bunyi cam bagus. 


Tapi tidak!


Hakikatnya, dalam kita mahu enjoy, mahu berubah dan mahu membaikkan diri kita waktu cuti ini, kita sama sekali tidak boleh lupa tujuan hidup kita. KHALIFAH itu. Kita bukan sekadar mahu menjadi HAMBA. Bukan cukup dengan jadi baik, tetapi perlu MEMBAIKKAN.

Kerana itu, saya salute Uncle ini dalam penulisannya yang boleh tahan pedas berbisa, kerana berjaya membangkitkan hamasah dan kesedaran saya dalam menguruskan masa cuti.

Bukankah lebih kool kalau kita kongsi sekali buku-buku kita dengan kakngah, kaklong, abang, adik, tok mama, tok abah? 

Bukankah lebih manis kalau kita sama-sama penuhkan mutabaah amal kita dengan hadek-hadek yang jauh di mata dekat di jiwa? (meremang dengaq)

Bukankah jauh lebih gempak kalau kita berjaya mencari junior-junior zaman sekolah dulu nun lalu menyampaikan Ini Sungguh Kool kepada mereka? Bukankah?


(sambil terdengar bunyi orang lari teresak-esak)


Kerana kita hidup berkomuniti. Ingat tu.
Faham? [kredit]

Jadi, apa sahaja perancangan anda yang nampaknya sungguh rapi itu, jangan lupa pesan mokcik Prada ya! 

KELUAR! DAN BAIKKAN ORANG LAIN.

Moga saham akhirat milik kita bersama. Biidznillah. 

Ini puisi daripada Abdullah al-Mubarak :

''Wahai abid dua tanah haram, jika kamu melihat kami,
nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.
Orang yang membasahi lehernya dengan air mata,    sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah,
Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia, sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan,
Kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan,
Telah datang sabda Nabi kita kepada kita, kata yang benar, tepat dan bukan dusta,
“Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang menyala”
Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa, “orang yang mati syahid itu tidak mati” ini bukan satu dusta''



Ini pula daripada Dr Hissan Hathut :


 Mereka sangka agama itu ialah uzlah dan pertapaan
dan asyik di dalam wirid dan zikir
Anehnya kulihat mereka beriman dengan sebahagian,
kelihatan hati mereka kufur terhadap sebahagian lagi
Padahal agama ini ada fardhu, sunat, dan istighfar kepada Allah
Agama ini adalah medan jihad, kepahlawan
yang menghancur-leburkan kejahatan dan penyangak
Agama ini pemerintahan atas  nama Tuhanmu
Menegakkan keadilan, bukan kezaliman dan bukan ambil tak kesah



Tak mampu nak ulas lebih panjang. Sentap oi!

  Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya; Eloknya satu kelompok berangkat dari setiap kumpulan untuk mereka memahami deen dan memberi amaran kepada kaum mereka apabila mereka balik nanti. Mudah-mudahan kaum mereka itu akan takut kepada azab Allah.”
 [At-Taubah 9:122]


 Jadi? Apa lagi?

Rancanglah apa sahaja janji ia bertepatan dengan syariat dan tentunya kita tak mahu menjadi daie bertopeng atau bermuka-muka.

Jika di rumah, kita lah daie. Jika sesama akhawat dan ikhwah, kita juga daie. Daie sejati, daie hakiki, daie poreber. 

Enaf said. 

Selamat menjalani cuti yang pastinya dah tak lemau bak biskut Cap Ping Pong kesukaan nenek saya! Kbai.


Tazkeerah last. Ok. Babai semuaaaaaa. [Kredit]





ps: Selamat jalan buat rakan saya yang kini sedang menikmati indahnya bumi Allah di Korea. 

ps II: Al Fatihah buat ukhti dan akhi yang bersama-sama di jalan dakwah dan tarbiyyah yang telah dijemput dengan penuh kasih dan sayang Allah swt. Seriyusli, satu dua tiga hari ini, Allah memang bagi tazkeerah kematian terus. Apakah tandanya itu...?


Wallahualam.

 

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers