Mereka yang Kool :)

Monday, April 1, 2013

Desperate Murabbi.

Dengan nama Allah yang Maha Memberi Ujian...
Murabbi? apa tu? [Kredit]
[Amaran] : Baca entri ini dengan dada yang lapang. Seriyusli. Indeed. Seriyusli.

''Apa? Dah desperate sangat ke sampai kalau boleh hari-hari nak hantar mesej, setiap minggu kene jumpa, ajak iftar sama-sama, setiap bulan ada program kena pergi , hishhh! Aku bosan lah dengan kakak ni!''


Saya tak nak menuduh mahupun menuding mana-mana jari saya yang sepuluh ini kepada sesiapa. Namun, ingin benar saya tanyakan, adakah pernah anda ucapkan dialog seumpama ini dalam hati anda? Kerana 'meluat'nya anda dengan kakak murabbiah anda itu?

Isu ini sangat panas dan sensitif. Saya tahu. Dan saya merasakan urgensi untuk kita muhasabah semula diri kita sebagai mutarabbi atau juga murabbi yang bertungkus lumus membawa anak-anak bulatan kegirangan mereka. 

Niat.

Jika anda perasan, setiap kali anda duduk beriman, pasti murabbi atau murabbiah anda akan mengajak kita bersama-sama memperbaharui niat. Mengapa? Kerana hati kita yang kecil di dalam tubuh badan itu sangat nakal dan 'cunning'. Licik sungguh. Sekejap ia kata suka, sekejap ia kata benci. Sekejap ia kata sayang , sekejap ia kata meluat tahap gaban!

Jika anda merupakan seorang mutarabbi (ahli usrah yang belum membawa usrah), mungkin dialog seumpama ini pernah didendangkan dalam telinga dan hati anda sewaktu mula-mula nada mengenali dakwah dan tarbiyyah. Betul, bukan? Iyalah, sebelum ini mungkin tiada siapa (yang sama jantina) mahu mengajak anda berpuasa sunat bersama-sama, berbuka bersama, mesej comel-comel hari-hari, ajak anda solat berjemaah, dan yang paling penting, mengajak anda mengubah diri perlahan-lahan melalui usrah!

Namun, tarbiyyah mengajar anda. Namun, fikirkan semula, berapa lama anda ditarbiiyah? Jika sudah setahun pun dialog di atas masih terngiang-ngiang di hati sanubari anda, then there must be something wrong everywhere. Seriously.
Atau, jika kakak murabbiah anda berkali-kali sudah menyatakan kepentingan usrah dan wasilah lain yang sangat perlu diikuti, anda seolah-olah membutakan mata dan hati. Na'udzubillah. Ini bukan kata-kata retorik. Lalu, alasan demi alasan dberikan. Hinggakan, anda berasa 'seronok' dengan alasan yang dicipta semata-mata mahu mengasingkan diri daripada program dakwah dan tarbiyyah. 

Anda, percayalah. Apa yang kita buat pada hari ini, satu masa nanti Allah akan perlihatkan. Mungkin tidak kepada umum. Namun, jika anda sudah mula bergerak membawa adik-adik comel yang dahagakan belaian dakwah dan tarbiyyah, anda akan mula terkenang sedikit demi sedikit kesalahan yang pernah anda lakukan. Bukan kepada murabbiah anda, tapi kepada ALLAH SWT!


Anda bilang Murabbi dan Murabbiah ini desperate?

Ya! Memang pun!

Exactly! 

Kerana mereka ini desperate mahu melihat anda diberkati Allah, menjadi insan yang baru, seolah-olah baru dilahirkkan daripada rahim dakwah dan tarbiyyah, jauh daripada jahiliyyah hitam dan pekat yang anda dambakan sewaktu dahulu kala. Percayalah. 

Kerana mereka ini desperate, mereka sanggup tidur hanya 3 atau 4 jam sehari, walhal mereka juga adalah insan biasa, yang bekerja dan belajar dan mungkin juga sudah mendirikan baitul musleem, namun mereka lah yang mesej anada, tanya khabar anda, malah tak putus mendoakan anda untuk tetap teguh di jalan sumpah panjang ini. Lalu, anda katakan mereka ini desperate? 

Kerana mereka ini desperate, hujung minggu mereka dikorbankan, kadangkala terpaksa berlari-lari mengejar masa, demi kepentingan anda, dia tidak mahukan wang anda, jauh sekali ucapan terima kasih, namun anda masih katakan mereka desperate?


Ya! Memang mereka desperate. Desperate ingin memasuki syurga Firdaus sambil berpimpinan tangan bersama anda! 


Masih mahu katakan mereka murabbi desperate? Yes, they are!


Tepuk dada, tanya iman.


Sekian.


Wallahualam

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers