Mereka yang Kool :)

Monday, March 11, 2013

Surat Untuk Abah #5

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang...
Blue roses Wallpaper
Senyum [Kredit]

Ya Allah... Kau Maha Tahu, aku rindu padanya. 


Abah... Rasanya dah lama sangat adik tak tulis untuk abah kan. Maafkan adik, abah. Bila adik rindukan abah, adik simpan je dalam hati. Sebab ramai orang kata, jangan tulis yang mengarut untuk abah, sebab abah dah takda. Tapi kan abah, adik rasa macam tak dapat bendung dah rasa rindu ni. Adik teringin sangat nak abah baca semua entri-entri ni. Kalaulah abah ada... 

Abah, sekarang adik dah sambung belajar semula. Adik masih tak dapat bayangkan macam mana kalau abah ada sekarang dan tahu adik berada dalam course undang-undang. Ngeee... Tapi jauh dalam hati adik tahu, abah redha dan berkati, insyaAllah :)

Abah...

Adik pernah dengar seorang ustaz cerita kalau anak-anak lakukan kemaksiatan, ayah atau ibunya yang meninggal dunia sedikit sebanyak mendapat 'saham' di alam sana. Na'udzubillah. Adik tak sanggup kalau abah diseksa kerana dosa dan kekhilafan adik. Maafkan adik abah. Maybe i was not a good daughter for you. But i do, i do love you so much, abah. I will try my hardest to be a solehah daughter. Biidznillah.


Abah... 

Hari-hari adik tengok gambar abah. Adik tahu, abah lagi hensem kalau dekat luar. Hihihi. Mungkin sekarang agaknya abah dah ada uban yang banyak atau janggut dah putih. Hehe.  Abah, tak lama lagi abah dapat cucu kedua tau. Sekarang abah dah dapat anak saudara baru. Comel sangat. Putih gebu mukanya. 
Terkenang sahabat yang berperang dengan ayahnya yang kafir . Allah... [Kredit]


Abah...

Maafkan adik kalau tak dapat jenguk pusaran abah selalu. Haritu adik dah siap-siap nak pergi, kemudian hujan lebat. Adik tunggu tapi tak reda lagi. Kata abang, kalau hujan lebat sangat, nanti tanah kat perkuburan jadi mendap. Bahaya kalau pergi. Tapi abah tahukan... Doa adik untuk abah tak pernah putus. 

Abah... 

Bila berada dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ni, buatkan adik lebih appreciate famili kita. Appreciate abah, emak, kakak, abang emi, aan, kak diba, kak zeeha, abang uddin, abang uru. Kan lebih indah kalau sama-sama dapat bergerak laju dalam jalan ni. Atau et lis sama-sama pegang tangan erat-erat menuju syurgaNya. Subhanallah... Indah kan, abah?

 Abah...  

Kalau adik rindu abah, tiap-tiap malam adik tengok gambar abah. Adik bawak dua keping je ke sini. Yang lain ada kat rumah. Nanti orang lain rindu abah, mereka pun nak tengok. Hehe. Adik tak jadi tamak, tau. Orang ramai kata, muka adik ikut muka abah bila dah besar. Hehe...
Abah, adik sentiasa doakan abah. Moga cepat kita bertemu ya. 

Abah...

Adik kena pergi dulu, nak bersiap ke kelas. Berazam sangat untuk jadi super duper cemerlang semester ni. Insya Allah. Adik takut mata bengkak pulak banyak menangis rindu. Sampai sini dulu ya abah. Adik sentiasa doakan abah. Sayang abah sangat sangat. 



ps: Al fatihah.




Wallahualam.
      


2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Al fatihah. Semoga semua doamu dimakbulkan Allah.

    ReplyDelete
  2. W'salam wbt...
    Biidznillah. Ameen

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers