Mereka yang Kool :)

Saturday, March 9, 2013

Anak dan Puan Mummy Tak Sama Tau!

Dengan nama Allah yang Maha Memberi Penangguhan Masa....

[Amaran satu per empat tegas] : Entri ini berkemungkinan kurang sesuai buat insan-insan yang belum mengikuti bulatan gembira atau belum membwa bulatan gembira. Tapi boleh saja membaca, in shaa Allah. Peace. 

Saya sayang Puan Emak saya. :) [Kredit]
Alhamdulillah tsummalhamdulillah, masih diberi kesempatan menulis entri ini dalam seharian yang sungguh sibuk. Err, mungkin minggu yang sungguh sibuk. Eh! Daie itu memang sibuk laaa. Ish awak ni. Ohh, saya ni daie eh? Ehh.

Psst. Entri ini di tulis di Perpustakaan Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya. Heh. Ok, saya tahu perkataan ada-saya-kisah tu. 

Alhamdulillah juga dengan izinNya telah dapat satu dimensi baru bila bercerita mengenai iman. Sisters gathering hujung minggu lepas terasa sungguh berbaloi-baloi. Jazakallahu khayr ustaz. :)


Seperti yang sudah dikatakan oleh murobbi dan murobbiah tersayang-rasa-nak-peluk-cium, bahawasanya jalan dakwah dan tarbiyyah ini tak selalunya ditaburi dengan intan permata juga tiada baucer buku percuma untuk membeli buku-buku fikrah (ehh). Dan jalan ini menuntut kesabaran, masa, duit, tenaga, dan perasaan.

Dan jangan lupa, di sebalik itu juga, semakin lama kita di jalan ini, kita semakin bertambah tanggungjawab. Taklif yang diberikan semakin membuatkan kita tidak mempunyai masa lapang untuk melakukan hobi kegemaran seperti tidur yang lena tanpa gangguan nyamuk aedes, mengumpul setem-setem lama atau bercucuk tanam bersama akhawat tersayang. Ya, tak selalunya kita dapat melakukan aktiviti secara jamaie begitu. Kerana kebanyakan masa kita dituntut melakukan perkara yang lebih penting. Masalah ummah. 

 Analogi yang mudah. Sekarang umur anda berapa? Bayangkan di zaman dolu-dolu tatkala anda bergelar kanak-kanak milo vico (boikot milo lah heyy) , hidup ana dihiasi pelangi petang dan mainan barbie. Mudah dan penuh gelak tawa. Lalu, bila umur anda menginjak nai, anda perlu menyiapkan tugasan lain seperti kerja sekolah, seterusnya naik lagi apabila anda berada di sekolah menengah lalu sudah pasti tanggungjawab yang diberikan kepada anda sesuai dengan umur anda pada masa itu. Subhnallah, jadi benarlah kata Allah bahawa DIA memberi tanggungjawab sesuai dengan kemampuan manusia pada masa itu. 

Dan, naik lagi usia anda, lalu anda berada di universiti di mana tanggungjawab semakin berat. Tiada lagi Puan Mummy dan Encik Daddy yang tersayang menunggu di tepi tingkap melihat hari pertama persekolahan anda seperti Darjah Satu dahulu. 

Dan seterusnya. Itulah hidup.


Dan begitu jua lah jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Kita sangat maklum semasa awal kemunculan kita bertemu jalan ini, kita dimanjakan dan kita di fasa mengubah diri sendiri, membuang segala sisa karat jahiliyyah yang maha degil-keras-kepala dalam diri kita. Lalu, kita dibawa ke pengisian Ini Sumpah Kool, Saya Hosem, Soyanara Jahiliyyah, dan seterusnya. 

Tapi bukan selamanya kita berada di tahap itu. Tak boleh selamanya kita di tahap itu. Tak boleh selamanya kita berada di tahap mahu membaiki diri sendiri. Bila kita mahu menyeru orang lain? Err. Pandang kiri dan kanan. 
Kerana sifat tarbiyyah itu menggerakkan [Kredit]
Kita takkan selamanya menjadi kanak-kanak riang. Akn tiba masanya kita akan menjadi seorang kakak juga seorang emak lalu nenek dan sebagainya. 

Lalu, taklif yang diberi itu bukan atas dasar suka-suka. 

Saya kurang arif jika ada yang sedang membawa bulatan gembira dan semuanya berwarna warni sepanjang masa. Alhamdulillah jika ia begitu, tapi sunnatullahnya kita akan diuji dengan apa yang kita dakwahkan.

Dan tika itu, ketahuilah, sabar adalah kunci utama. 

Taklif yang diberikan adalah kerana DIA Maha Tahu kita mampu memikulnya. Walaupun terpaksa dibayar dengan air mata, wang ringgit, peluh, masa, perasaan dan err sumpah tak daya nak senaraikan. 

Dan kerana kini kita ibarat seorang mummy atau daddy yang memimpin tangan anak-anaknya yang dahagakan pengisian hati. 

Dan ingat lah lagi, sabar itu memang kunci utama. 



*********     

Nanges.



Moga satu hari nanti, bila mata kita terpejam, kita dapat mengatakan , ''Ya Allah, mission accomplished!''

Lalu, apakah yang lebih membahagiakan daripada melihat anak-anak bimbingan kita tadi meneruskan deligasi dakwah dan tarbiyyah ini..? Menjadi insan yang hebat. Malah lebih hebat daripada Mummy dan Daddy nya. Biidznillah. 

**Maka bersabarlah jika ada adik bulatan gembira yang mungkin suka beralasan, atau manja terlebih. Kerana ingatlah, mungkin satu ketika dahulu, kita juga begitu. :'(
 


Dan 'kerja' ini dibuat atas dasar kasih dan sayang kepadaNya [Kredit]

 ps: Terharu bertemu insan-insan yang dirindui dan disayangi satu persatu dalam satu hari. Indeed, the world is so small. ;)

ps II : Mabruk buat aunty yang diredhai Allah atas kelahiran cahaya mata sulung. Nanti izinkan saya memicit-micit pipi beliau. Hehe. 


Wallahualam.

    

2 comments:

  1. Moga satu hari nanti, bila mata kita terpejam, kita dapat mengatakan ,

    ''Ya Allah, mission accomplished!''

    Amin..

    ReplyDelete
  2. ameen ya Rabb, ameen.

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]