Mereka yang Kool :)

Tuesday, February 19, 2013

Dah Lemau Pun Masih Mahu Cerita Valentine Ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyembuhkan

Sebut je 14 februari, mesti......... [Kredit]
Subhanallah walhamdulillah walaailahaillallah walillahilhamd! Alhamdulillah... Setelah hampir berapa kurun, blog ini tidak berasap. Alhamdulillah kerana Allah masih pertemukan kita err walaupun dengan tulisan, diberi nikmat keupayaan dan tentunya nikmat iman dan islam. Alhamdulillah juga Allah masih sudi memberikan saya merasai kenikmatan berada dalam kesihatan yang sejahtera setelah mengalami demem yang kepanasan ala-ala boleh mencairkan sebongkah ais di kutub utara nun jauh di sana-apa-kau-merepek-ini-ok-sekian-pendahuluan. 


14 Februari.

Alaaahhh Cik Prada tu! Tu nak ceghite pasal Valentine's Day lettew. Malas i ols nak baca. Huh! LAMEEEEE! Lemau. Basi. Lapuk. Sebelum baca kisah Valentine ni haram, kitorang dah dapat pengisian daripada Ostad ostadjah lama dah laaa. Haihh. Bebel anda dengan panjang dan lebarnya tanpa memberikan saya sedikit masa untuk menarik nafas pun. Hulamak. 


Tu baru saya cakap pasal tarikh. Sabar lah ya. Kan berbuih saya kata, sabar itu separuh daripada nama Puan Sabariah. Senyum simpul.

14 Februari 2010. 

Eh? Dah ke situ pulak. Asalnya 2010? Sekarang 2013 lah Cik Prada. 2010 tu zaman Tuk Janggut dolu. Sekarang dah moden kontemporari. Zaman tv Al Hijrah tau. Err.... 
Dan sekali lagi anda tidak memberikan ruang kepada saya untuk menghabiskan ayat pun. 


Jadi, LISTEN! Lemme spik!


Haha. Hambek kau. Ok. Tak baik lah cenggitu. Meh meh. Anda duduk minum Vico sambil menguyah cheesy wedges dan benarkan saya habiskan cerita saya ya. 


12 Februari 2010

Ya, ketika semua orang heboh, sibuk bagai lebah, dengan kontroversi hari valentine, saya ketika itu masih di bangku persekolahan. Tingkatan lima. Dan err baruuu saja selisih bahu dengan Pakcik Dakwah dan Makcik Tarbiyyah. Hari itu hari Jumaat. Masih saya ingat, perasaan berbunga-bunga tatkala naqibah saya pada tika itu mengajak bulatan gembira saya ke konferens riang ria Ini Sungguh Kool. Eksaited tak terhingga. Yelah, mana selalu dapat peluang dapat tidur sama-sama ramai-ramai, masak sama-sama (walaupun waktu tu tak reti masak lagi, hehe) dan dapat pengisian daripada kakak-kakak yang sumpah osem! Dan jugaa, keeksaitedan saya tahap gaban bila terkenangkan inilah bakal menjadi konferens riang yang pertama dalam hidup saya. Walaweh.

Namun, Allah takdirkan saya tidak dapat menyertai mereka apabila mendapat panggilan bahawa nenek berada di ICU ke CCU entah kurang ingat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana diserang strok kali kedua hingga menyebabkan urat di kepalanya pecah. 
Beg yang tadinya telah saya muatkan dengan baju-baju kononnya untuk ke ISK, dibawa ke KL sudahnya. Hehe. Lalu saya mengirim pesanan ringkas kepada naqibah juga adik-beradik bulatan keoseman memaklumkan ketidakhadiran saya dan agar mereka mendoakan nenek.


Sampai saja ke sana, sudah tengah malam. Nenek koma. Dan hanya satu atau dua orang yang dibenarkan melawat nenek pada satu-satu masa. 

Disebabkan sudah lewat amat malamnya, maka pihak hosepital tidak lagi membenarkan sebarang pelawat. Sekian.


 13 Februari 2010

Pagi-pagi seusai solat Subuh, pukul 6 seingat saya, saya sudah mandi. Lalu mata terkebil-kebil pandang mak, yang mengemas pakaian nya, kata mak, ''Mak nak jaga atuk (panggilan buat nenek), adik nak ikut tak? Tapi kat sana takde apa-apa. Takut bosan pulak.''

Entah kenapa, saya setuju untuk ikut. Dan rupanya-rupanya, saya hanya membawa sehelai tudung, mungkin kerana kalut mendengar berita emergency menjadikan saya terlupa mengambil hijab yang lain. Lalu, dengan Quran kesayangan berwarna hijau (yang dah hilang tu) saya ikut Puan Emak. 
Kami sarapan bersama keluarga Pak Ngah dan pakcik dan makcik yang lain. 
Pendekkan cerita, haritu saya juga temankan nenek. Sayu dan sebak melihat wayar berselirat di sana-sini. Dua mesin membantu pernafasan. Tiub juga tidak kurang banyak. Tiub air kencing, tiub darah, ergh... Saya tak tahu tiub apa lagi. Kena tanya student Medic nampaknya. Heh.

Tak lama menjaga nenek hari itu, untuk memberi ruang kepada saudara yang lain menziarahinya. 

Tapi, malam itu, saya terasa mahu bersendirian dengan nenek. Lalu, saya masuk ke kamarnya, dan tanpa tunggu-tunggu, air mata jatuh. Sempat saya memohon maaf, saya ceritakan saya dah join bulatan gembira, walaupun saya tak tahu nenek faham atau tak, saya katakan padanya, saya sentiasa doakan nenek kuat dan kalau diizinkanNya nenek boleh sembuh. Namun jauhh di sudut hati saya, saya tahu nenek dah tak lama dapat bertahan. Lalu, saya lihat matanya bergenang. Betullah, orang yang sedang koma, jasadnya lumpuh, hatinya masih hidup. Subhanallah.


14 Februari 2010

Ahad pagi. Semua saudara mara berkumpul di PPUM. Seronok dapat berkumpul macam ni. 
Seingat saya, pagi itu saya minta izin mahu masuk ke bilik nenek lagi bersama sepupu saya. Dan seperti biasa, Quran menjadi peneman di telinga nenek. Namun tiba-tiba, satu mesin berbunyi. Berkelip-kelip lampu merah. Lalu saya panggil makcik yang bersama saya juga tika itu. Dan dia memanggil nurse. Nurse panggil doctor. Doctor check. Mesin tak bunyi dah. Lega. Fuhh. 

Tapi tak lama pun lega. Lepas itu, dua-dua mesin tadi berbunyi kuat. Dan lampu merah sekali lagi menyala. Lalu, kami disuruh keluar sebentar. 

Saya agak tentu sesuatu berlaku. Dan ternyata, doktor menyuruh Puan Emak selaku anak sulung bermusyawarah bersama adik-beradik sama ada untuk membuat pembedahan secara tebuk atau tidak kepada nenek. Dan rata-rata mereka tidak bersetuju dan redha jika nenek pergi. Alhamdulillah, mungkin itulah keputusan terbaik. Sakit kot tebuk tebuk ni. Ingat macam tebuk kertas guna penebuk lubang?

Lalu, tak lama kemudian, wayar-wayar dicabut, hanya bantuan pernafasan dipasang. Dan saudara-mara dibenarkan masuk melawat. Tak lama selepas itu, nenek disahkan pergi mengadap Rabbul 'Izzati.

Dan, satu perjalanan panjang bermula. Kerana nenek masa hayatnya inginkan dia dikebumikan di Batu Pahat Johor aka rumahnya. Dan, haripun sudah petang semasa perjalanan dimulakan. Memandangkan waktu malam, kawasan perkuburan di situ berbukit-bukau dan curam, serta banyak pokok, dikhuatiri membahayakan. Lalu, nenek akan dikebumikan esok pagi. 

Malam itu, tak lekang bacaan Al Quran di dalam rumah. Alhamdulillah. Yang paling saya tak boleh lupa, apabila saya terjaga, jam menunjukkan pukul 2 pagi, dan rupa-rupanya saya tertidur berdekatan dengan jenazah. Allahuakbar. Mujur juga saya kuat semangat. Hehe. Lalu, mak, makcik, pakcik, dan seorang ustaz yang juga saudara kami,mengajak saya duduk dengan mereka di sebelah jenazah nenek.Lalu saya tercium bau wangi. Wangi sungguh. Macam bau bunga gitu. Lalu, saya tanyakan, 'atuk ni dah dimandikan ke?'' Kata mereka, ''belum, dik. Tapi, wangi kan?''

Subhanallah. 

Dan esoknya saya pertama kali terlibat betul-betul dalam urusan mandikan jenazah. Kerana kata nenek dia mahukan anak dan cucunya memangkunya sewaktu memandikan dia. Mula-mula takut juga saya. Haihh. Hehe. Alhamdulillah, tarbiyyahNya. 

Kesian saya, dengan tudung yang sama itulah saya memandikan allahyarhamah, hehe. 

Urusan pengkebumian berjalan lancar pada pagi itu. Alhamdulillah. Al fatihah buat nenek.


**********             
http://www.modny73.com/wp-content/uploads/2011/11/Vintage_Photography3.jpg
Moga ruhnya ditempatkan bersama-sama mujahidin. [Kredit]
Puas hati dah? Sampai habis cheesy wedges anda makan. Hehe... Itulah cerita saya. Jadi, setiap kali 14 Februari, bila heboh dengan isu Valentine's Day haram, saya pula lebih terkenangkan cerita ini.
 Walaupun pada mulanya saya sedih betul tak dapat bersama-sama mereka di konferens keriangan, namun saya sedar, tarbiyyah Allah itu ada di mana-mana. Nah, kalau tak, saya rasa saya masih takut mahu memandikan jenazah! Atau menemani orang sakit sorang-sorang? Juga membacakan Al Quran kepada jenazah tika orang lain tidur keletihan?


Jadi, ISK bukanlah konferens riang pertama yang saya terima. Dpat yang lain-lain dulu, baru saya berpeluang u turn ke ISK. Hehe. Pesan saya pada adik-adik yang tidak dapat menghadirkan diri ke ISK with a valid reason of course, berlapang dada lah. Kerana sesungguhnya Allah akan memberi banyak lagi peluang untuk kita jika kita masih mahu berada di jalan ini. Senyum.




 ps:  Teringat kisah ini ketika sedang membelek-belek nota purbakala. Doakan saya terus sihat dan dapat meneruskan pembelajaran di sekolah undang-undang serta dapat menyampaikan Ini Sungguh Kool wiken ini dengan sungguh kool lagi super saiya. Biidznillah. 


Wallahualam
 

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers