Mereka yang Kool :)

Saturday, February 2, 2013

Inilah Rupanya Tarbiyyah Itu..!

Dengan nama Allah yang Maha Menguatkan, Maha Pengampun, Lagi Maha Lembut



http://images.fineartamerica.com/images-medium-large/peach-begonia-in-shadows-vintage-photography-chantal-photopix.jpg
Hati saya berbunga-bunga dengan dakwah dan tarbiyyah

01.02.2013.

Alhamdulillah, tsummalhamdulillah. Masih lagi diizinkan Nya berada di bumi Pahang, ok, bagi yang kurang tahu, err, bukan ke sepatutnya anda tahu, hehehe, bahawasanya saya telah kembali ke pangkuan keluarga untuk memnuhi hak mereka dalam cuti sem ini... 

Subhanallah, subhanallah... Benarlah kata orang, hanya orang yang benar imannya, tarbiyyahnya, mampu melakukan hal yang tak terduga. Dan semalam, sekali lagi Allah memberi peluang untuk merasai nikmatnya ukhuwwah bersama adik-adik sumpah osem kerana Allah. Yang paling sangat membuatkan saya terharu rasa nak guling-guling-tenggiling, bilamana seorang adik ini menziarahi saya di rumah. Tujuan asalnya ialah untuk berbulatan gembira bersama-sama. Allahuakbar! 

Tentunya saya kurang rasa pelik-pelik jika rumah adik ini sekangkang semut saja dari rumah saya. Namun, bila mana mengetahui perjalanan pergi dan balik ke rumahnya saja memakan masa sehingga dua jam, ya Rabbi, hati mana yang tak tersentuh.... :') 

Dan perancangan Allah itu Maha Osem. Daripada plan nak berbulatan gembira, maka jadilah 'jaulah' mini ke rumah adik ini bersama adik-adik yang lain. Berbekalkan kereta Hyundai Matrix kepunyaan Puan Emak, (saya tak pernah bawa sejauh ini sebab kereta tu manual, hihi), saya tekad untuk menghantarnya pulang ke rumah petang itu bersama beberapa adik yang lain.  Dalam hati, mau nya tak risau. Dahla bawa anak dara orang. Hehe...  Demi dakwah, dikuatkan hati.

Sempatlah juga saya berborak beriman dengan adik-adik,lalu saya katakan, bahawa menziarahi sesama ahli bulatan gembira di rumah mereka juga sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan family mereka lantas boleh memudahkan proses taaruf dan perjalanan dakwah. Seriyusli. Yelah, et lis mak ayah mereka boleh tahu dengan sapa mereka berusrah, elok ke tidak orangnya, betul ke tidak, hehehe (dah macam nak pilih menantu). Tapi itulah kebenarannya. Jika benar kita katakan kita sayangkan usrahmet kita, maka family nya juga perlu kita sayangi, perlu kita kenali. Boleh jadi kita tak pernah tahu bahawa usrahmet kita itu sudah kematian ibu atau ayahnya, atau keluarga nya berada dalam kedhaifan yang memerlukan bantuan

Sedangkan kita terlalu berdegar-degar berkongsi ayat mengenai kasih sayang sesama muslim, lalu hal ehwal 'adik beradik' sendiri kita terlepas pandang... Allahu... Moga kita bukan golongan sebegitu.

Alhamdulillah, walaupun jauh memandu, tapi saya puas. Puas kerana tarbiyyah ini yang menguatkan langkah saya untuk berkorban demi adik yang seorang ini. Puas juga kerana barulah saya merasai sendiri kpayahan adik ini setiap kali kami berusrah. Dan dia hanya menaiki bas!!! Bayangkan, jika saja dia terlepas satu bas. maka bas berikutnya akan datang dalam masa hampir enam ke tujuh jam berikutnya!


Dan kerana tarbiyyah, saya tahu dia kuat...

 *********    

Saya tahu masih ramai akhawat dan ikhwah di luar sana yang cukup-cukup banyak berkorban demi dakwah dan tarbiyyah... Moga Allah tsabbatkan antum. Ameen ya Rabb. Teringat kata-kata Akh Khairuddin dalam sharing Aqsa2Gaza '13 baru-baru ini, tarbiyyah di bumi Palestin sangat luar biasa sehinggakan pemandu bas nya saja sudah menghafaz 4-5 juzu' Al Quran! *tertunduk malu.
Dan inilah rupanya tarbiyyah itu...! 

 






 ps: Moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik. Sedang ketiadaan suara. Hehehe. Moga jua Allah ampunkan dosa seluruh ahli keluarga saya dan juga anda, wahai pembaca budiman. 

pps: Memanjatkan kesyukuran kepada Nya atas kurniaan cahaya mata buat naqibahku, Ummi Mumtazah Maridi. Moga baby caliph membesar menjadi khalifah mujahidah sebenar!  

Wallahualam



No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers