Mereka yang Kool :)

Thursday, January 17, 2013

Sesi Tergempar : Muhasarawak Hekzem

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyaksikan

Bittaufiq wannajah semuaaaaa[Kredit]
 Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah....

Masih perlu untuk kita memohon keampunan setiap masa, kerana walaupun banyak sangat dosa kita, Allah tak pernah rivilkan dosa tersebut, atau boleh saja Allah membuat dosa itu berbau busuk, maka memang takda sapa nak kawan dengan kata dek kebusukan kita tahap ekstreme itu. 

Alhamdulillah, setelah sekian lamanya, saya kembali menekan-nekan kibod untuk Diari Bulatan Gembira. Terima kasih ya Allah atas nikmat ini. 

Ya, jika tak silap saya, kebanyakan universiti sedang di ambang peperiksaan. Tak terkecuali Universiti Malaya (ehem). Tapikan sebenarnya kalau ikutkan tarikh, harini adalah hari terakhir semua kertas peperiksaan. Hehe. Takpe, nama pun muhasarawak, ye tak?

Semasa berbulatan gembira bersama adik-adik yang cukup osem, mereka sempat sharing mengenai satu ayat dalam Surah Kahfi.


''Dan diletakkanlah kitab (catatan amal) lalu engkau melihat orang yang berdosa merasa TAKUT terhadap apa yang tertulis di dalamnya seraya berkata, ''Betapa celaka kami, kitab apakah ini? Tiada yang tertinggal, yang kecil, yang besar semuanya tercatat,'' dan mereka mendapati (semua) apa yang mereka telah kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.''

[Al Kahfi 18:49]


Eh! Kenapa sakit kepala saya ni? Ada orang pukul curi ya? T__T

Dan teringat pula kata-kata seorang akh, kalau taim-taim exam ni, banyak bebenau orang yang ber'qiam'. Stay up sampai 3-4 pagi. Takda masalah. Kadang-kadang tu, tak perlu alarm clock pun, they can easily get up by themselves. Wohoooo! Haibat!
Do the best Allah will settle the rest! [Kredit]
Kita bersungguh-sungguh untuk menempuh peperiksaan. Bagus. Cukup bagus. Tak dinafikan. Malah, lihat saja Rasulullah dan para sahabat, sangat bersungguh-sungguh melaksanakan urusan dhonia, malah jangan terkejut, jika Sultan Muhammad al Fateh yang haibat itu telah menguasai hampir tujuh bahasa asing. Walaweh! Err... Adakah saya terlupa nak mensyen yang beliau tidak tinggal solat malam sejak baligh? 

Eh! Lagi! Ada orang ketuk kepala laaa.... 


Dan kita..? Adakah kita dah cukup bersungguh-sungguh menunaikan hak exam kita? Di dunia ini?

Bagaimana preparesyen kita untuk exam perdana akhirat..? 

Kalau lihat semula ayat 18 tadi, ia seolah-olah di saat kita menerima report card. Menge-check keputusan peperiksaan secara atas talian (canggih dah sekarang), pasti sunnatullah itu ada 2 golongan. Golongan yang senyum sampai telinga, dan golongan yang bakal menangis air mata darah berwarna hijau kebiru-biruan. 

Ofkoslah, yang senyum sampai telinga tu bila kita diumumkan sebagai 'dean list' atau 'best student' dan yang menangis tu adalah mereka yang berada dalam ''corot-list''.

Tapi, apa yang penting, kita seolah-olah terkejut dan pelik dengan diri sendiri. Bukankah buku catatan amal itu adalah berdasarkan amal kita sendiri? Takda satu pun yang menzalimi kita tau. Kita yang lakukan semua perbuatan tersebut. Maka, rasakanlah!!! 

Na'udzubillah.

Dan Allah menilai usaha... 
Bukan hasil...





******************

Tawakkal.

Pengisian dari seorang sahabat (tengsomac Zati ;) )

Tawakkal tak sama dengan pasrah. 
Pasrah tak sama dengan tawakkal. 
Aku tahu tu. Eh?

Sebab pasrah tu putus asa. 
Sedang tawakkal kita bergantung harap selepas usaha. 

Kerana itu, Allah kata tawakkal.
Bukan pasrah. 

Moga exam kita diberkati Allah, jangan kerana dosa dan jahiliyyah kita, Allah hijabkan kefahaman dalam menjawab exam, juga Allah keraskan hati kita untuk bertaubat padaNya. Ameen.

Weekk [Kredit]


ps: Akan memandu seorang diri (takde sape nak teman ke) pagi ini. Tak sabar melihat ruh-ruh islam adik-adik dalam konferens sumpah riang wiken ini...!

pps: Dan err... tahniah Puan Kakak kerana bakal menimang cahaya mata yang kedua. Boleh tak nak baby gurl? Ehee. 

Wassalam.



1 comment:

  1. Peluh besar bila saya baca ayat 18 surah kahfi tu.

    ''Betapa celaka kami, kitab apakah ini? Tiada yang tertinggal, yang kecil, yang besar semuanya tercatat,''

    Fuh!

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]