Mereka yang Kool :)

Thursday, August 18, 2011

Pangggg! Hambek kau!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Angkat sepuluh jari, tadah tangan dan sebut Alhamdulillah. Tidur bangun tidur bangun, 18 hari sudah. Borang Mutabaah Amal Ramadhan pun makin penuh dengan macam macam tanda. Hoo yeah! :) Anda bagaimana?

Bila borak borak dengan teman teman tadi, teringat pula kisah hidup saya yang memang NAKAL masa kecik kecik dolu dolu. Hehe. Ok! Ni satu konfesi komit susaid. (malu lah heyyy)

Teringat lagi masa sekolah rendah di perkampungan Felda Chini 2, Pekan Pahang.
Fakta : Saya ada 4 sekolah rendah. Kampung, Bandar, Kampungan Kemboja dan Pinggir bandar. Hehe.
Waktu itu... Saya dan abang menunggu Puan Mama yang sedang bermeeting.
Lama lama bosan lah jugak.
Abang yang main Daytona (game kereta dulu dulu) tidak langsung saya hiraukan.
Kenapa ya? Entahlah
Versi baru kott Daytona ni. Dulu main tak ada polis.

Laju laju keretaku laju


Tapi hari itu saya tidak sangka akan jadi hari yang tidak akan saya lupakan sampai bila bila. Buktinya, sekarang pun saya masih ingat 'every single details of it'.

Saya memang sukakan kereta. Mungkin kerana di atas saya, ada 2 orang abang. Hehe. Kredit untuk abang.
Jadi, saya desaid untuk pergi ke Kereta Kancil (sekarang dah tak ada dah) dan tunggu mak di situ.
Ohh yeah!
Mula mula tu saya tak start engin pun. Tapi main tekan-tekan minyak. Tapi, lama lama rasa best pulak.
Rasa nak berangan drive kereta. Hehe.

Jadi, Projek Besar segera dirancang!
  1. Enjin kereta di'start'
  2. Tangan kat stereng
  3. Kaki pijak minyak
  4. Tangan kiri pegang gear
  5. Gear 'REVERSE' terus digunakan 
DAN.....

Noted that this was not the real car! Hehe. But the effect is quite same. *kredit*

Dengan seronoknya, Kereta Kancil meluncur ke belakang. Serentak dengan itu, pintu terlanggar tiang. Dan TERCABUT!
Saya automatik jadi Robot Karen segera off engine. What the ???
Dalam hati, alamak! Mampus lah kan.

Nak memburukkan keadaaan masa tu, mak dan kawan kawannya da siap meeting.
Mak hanya pandang ke arah saya dengan riak wajah yang hanya Allah yang Tahu.
Dan... Pangggg!!!!


.........................

Ok, itu kisah saya dan Kereta Kancil. 3 Bulan fobia naik kereta.

ps: semua orang pun mesti ada pengalaman NAKAL kan? cercercerciter... ;) msa kecik, memang saya nakal. Ampun mak, ampun abah. Sekarang insyaAllah tidak lagi..... Doakan ok!

Wallahualam
Ma  fi Qalbi Ghairullah
-islamicdesire-

2 comments:

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers