Mereka yang Kool :)

Wednesday, August 10, 2011

Optimus Prime bertukar Robot Karen Kameha-Meha

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Angkat tangan sambil mengalir air mata keharuan**.Dah masuk fasa pertama Ramadhan. Fasa Rahmat. 10 hari pertama. Jadi, adakah perkara-perkara osem telah berjaya dicapai? Borang Mutabaah Amal settle sudah?
Phew~

Musim-musim Ramadhan yang mulia ini, rasanya saya semakin bertambah sibuk. Sibuk dengan kerja yang tak sudah-sudah. Minggu ni saja, sampai 4 esaimen kena hantar sekali, forum nya lagi, proposal yang kena betulkan, juga test yang tiba-tiba nak memunculkan diri. Hadoyaiii~ Itulah cabaran dan dugaan.

Persoalannya, MAMPU atau TIDAK kita memilih keutamaan di situ? Bukankah seorang khalifah itu berat tugasnya?

Saya teringat kata-kata seorang pensyarah Undang-Undang.
''Kita ni ibarat TRANSFORMER. Ala-ala OPTIMUS PRIME gitu. Kenapa? Sebab kita bertanggungjawab mengubah anak bangsa ke arah yang lebih positif, kan kan kan?''

Ya! Betullah tu. Saya pun sokong. Dalam konteks seorang daie, juga begitu. Tidak dapat lari daripada menjadi 'Transformer' kepada masyarakat sekelilingnya untuk memahami Islam dengan sebenarnya.

Namun, sedih sekali bila OPTIMUS PRIME (ketua Transfomer) yang seharusnya menjalankan kerja dakwah tanpa mengira kerja banyak ke, esaimen yang tak lekang di meja ke, test yang sukaaaaaaa jadi tetamu meja study ke, dah bertukar jadi ROBOT KAREN KAMEHA MEHA.

Kenapa Robot?
''Aku macam Robot dah tau. Puan XXXX suka sangat bagi test ikut suka dia. Macam bagus sangat''
'' Depa ingat aku ni robot ka? Boleh dok mintak mintak esaimen 4 sekaliguih''

Hahaha. Klise kan? Bila daie mengabaikan tugas dakwahnya, jadilah ia ROBOT. Mengikut telunjuk sesiapa sahaja tanpa berfikir akan KEUTAMAAN tersebut.

''... dan penulis juga pernah hampir terbabas menjadi robot-robot itu..''


Ps : Bulan Ramadhan dah melepasi fasa pertama. Jadi, senag-senangkanlah diri, manja-manjakan diri untk beribadah SUPER DUPER EXTRA untuk fasa kedua dan ketiga. Ho yeah! (Takkan nak tunggu tahun depan kott, kan?)

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers