Mereka yang Kool :)

Tuesday, October 11, 2011

Hidup Anda Sudah Tamat.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, Maha Penerima Taubat

11.10.2011.

Cantik nombor ni kan? Hehe. Tetibe je. Apa ada hal?

Dan alhamdulillah tsumalhamdulillah... Allah bagi lagi peluang untuk menjadi Hero Islam pada hari ini buat kita umat Islam khususnya. Bagaimana iman hari ni?
Ok. Saya tahu anda pasti kata, skema betul. Hehe. Skema tak skema. Jawab dulu soalan tu.!

Hari ini, sungguh sibuk sekali di rumah saya yang besar sedikit je dari pondok bas (Ok, saya tipu). 
Menjaga kakak yang sakit, anak ponakan yang masih kecil, dan rumah yang manja, semuanya memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi. Haha.
Adatlah menjadi anak dara (kata Puan Emak). Bila lagi nak praktikkan ciri-ciri keperempuanan yang diwarisi sejak zaman dolu-dolu kan? Abaikan jika anda lelaki. ;)

Berada di rumah membuatkan saya sering teringat-ingat, termimpi-mimpi buddies saya dalam Bulatan Gembeera. Ya, teringat pula Sis B yang mempunyai kegemaran yang sama dengan saya iaitu kucing. Topik yang pasti kami bincangkan dengan muka sumpah seriyus setiap kali ketemu. Hehehe.

Cheeq berketurunan Parsi. [Kredit]
Ya sis B, jika anda melihat Cheeq, sila jeles. Hehehe. 
Namun, apa yang membuatkan saya lebih menghargai perhubungan kami yang suci lagi murni, apabila beliau berkongsi satu analogi yang sangat seronok lagi menterujakan.

Bayangkan anda di sepohon pokok daunnya rimbun, lebat buahnya juga buahnya. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Ehh. Melalut sudah. 

Ok. Bayangkan anda di sebuah pokok yang mempunyai daun yang lebat. Di bawah pohon tersebut terdapat banyaaaaaaaaaakkkkk dedaunan yang gugur.

Namun, bila diperhatikan, dedaun itu ada yang Hijau Segar, Coklat Rapuh dan ada juga yang Hijau Kekuningan. Shinggg! Magik bukan daun segar juga boleh gugur? Ok, siapa setuju itu magik sila hantuk kepala anda sekarang! 

Mana ada magik laa... Itulah sunnatullah (ketetapan Allah)
Sama je dengan kematian. Ada yang masih muda macam daun hijau segar tadi, ada yang remaja bak daun hijau kekuningan dan juga coklat persis orang yang di usia emas. Namun, semua golongan yang dimensyen tadi, memberikan konteribusyen dalam kematian.
Semua menjadi peserta berganti-ganti. 

Dan setiap dari kita juga akan 'gugur' ibarat daun ini [Kredit]

Jadi? Adakah anda jamin pada 11.10.11 ini, anda akan kekal hidup hinggan 12.10.11?
I dun tinggg sooo.... Saya pun tak dapat jamin. Hanya Dia yang Maha Tahu.

Tengsomuchiloveu Sis B atas ingatan sumpah terbaek buat saya dan yang lain. Jasamu dikenang selalu. 
Dan Allah juga berfirman :

'' Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.''
(Al Baqarah 2:185)

Hah! Apa tunggu lagi? Moh le kita perbaiki amalan, segar semula (refresh) taubat dan kata oktengsbai pada jahiliyyah yang kita dah buat, sedang buat dan akan buat. Moga kita ditempatkan dalam kalangan orang yang berjaya membuat 'kerja' di dunia ini.

ps: Al-Fatihah buat Allahyarham Abah tersayang yang menemui cintanya yang Esa pada 24.11.04. Dah tak lama tarikh itu. 

Wallahualam
-islamic desire- 

2 comments:

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers