Mereka yang Kool :)

Thursday, April 28, 2011

Tabahlah Hati Oii #2

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... Segala puji bagi pemilikku, Allah SWT kerana diizinkanNya sekali lagi untuk meninggalkan bekas tangan ku di sini. :) Selawat serta salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat baginda juga buat saudaraku di Palestin, malah seluruh dunia~

Sebelum kita buat apa-apa... Cer kita ISTIGHFAR 20 saat dulu... Astaghfirullah~
Entry kali ini insyaAllah disambung lagi. Kenapa kah? Mungkin aku berasa masih ada sesuatu yang ingin aku kongsikan... Jom layan~~

27 MEI 2011

''NAJWA FARHANA, MASUK!''
Aku dan mak mengatur langkah sopan kami ke bilik doktor.
Aku berkenalan dgn Doctor Yap Naing Soe, Assistant Prof./Surgeon, Department of Surgery, Kuliyyah of Medicine IIUM. Macam Korean pun ada~ hehe.
Pembedahan aku ditetapkan pada tarikh keramat 16 JUN 2011 kira-kira 8.30 a.m hingaaaa tak tahu.


PERKARA MENGEJUTKAN- JADI MODEL???

Apa yang bestnya ber'deal' dengan dr ni adalah bincang pasal operation sekejap je. Hehe. Sekali, dia mintak tolong jadi Model. Terkejut jugak aku ni. Model apelah pulak Inche Doctor oii?
Rupanya, Dr ni salah seorang daripada pensyarah IIUM. Anak-anak murid dia akan menghadapi peperiksaan akhir. So, kena ada practical sikit lah kan? So, Selamat Menjalani Peperiksaan buat akhwat2ku..:) Biitaufiq wannajah~

 MAK KATA...
Bagus lah jadi Model tu. Kenapakah? Sebab....
  • Tolong orang belajar (Islam of course)
  • Dapat pengalaman 
  • Nanti Allah tolong kita balik, insyaAllah :)
Bukankah Allah dah janji bahawa sesiapa yang tolong agamaNya, pasti akan dibalas dengan 'reward' yang pastinya best?? Jadinya, baru aku tahu. Ada hikmah penyakit ni untuk aku dan jugak bermanfaat untuk orang lain. Benarlah kata-kata Allah dalam AL-Quran :)
“...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Q.S.Al Baqarah 2: 216)
Ma fi Qalbi Ghairullah~
Wallahualam~

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers