Mereka yang Kool :)

Saturday, April 23, 2011

Biar Betul Makcik ni???

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Aku menulis tika ini dengan perasaan yang pelik lagi ajaib. Entahlah... Agaknya aku tak sangka perkara macam ni pun ada dah jadi di bandar kediaman aku yang permai ni.. Hehe (tak baik bangga). Jap ye.. Kita flash back.

Pagi tadi selesai aku mengemas bilik sikit bersepah, kakakku pun pulang dari pasar Sabtu. Macam-macam yang dibelinya, maklumlah barang dapur ni pun dah banyak yang habis. Sedang aku main-main dengan kucing tersayang, SI KECIK, tiba-tiba... ''Adik, nak tahu cerita pelik tak kat pasar tadi?''. Kakak pun cerita.
Rupanya ada seorang makcik yang sempurna fizikalnya persis aku jugak, sedang duduk meminta sedekah. Itu tak pelik, bukan? Ramai je yang macam tu, tapi mak cik sorang ni ''special''. Siap dengan haler,''TOLONGLAH MAKCIK.. SEDEKAHLAH KERANA ALLAH''. Subhanallah!
Terpana aku dengar cerita kakak. Bukanlah aku menyalahkan makcik itu semata-mata. Mungkin saja ada sebab-sebab tertentu, mungkin juga sindiket. Nauzubillah!
Apa yang aku dapat simpulkan, dunia sekarang dah jadi TAK BETUL. Aku juga rasa bersalah kerana masih ada lagi yang merana walaupun dia saudara seIslam ku..
Aku takut bila teringatkan hadis berikut :
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai diri sendiri."
(h.r. Bukhari dan Muslim)
Semoga saja makcik itu dilimpahkan rezeki yang dapat mengubah hidupnya nanti.. Syurga nanti pun akan dipenuhi dengan golongan miskin.. Wallahualam..

3 comments:

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers