Mereka yang Kool :)

Saturday, April 23, 2011

Kite sayang awak sangat :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

22 APRIL 2011-JUMAAT

Alhamdulillah.. Sekali lagi Allah panjangkan umur aku untuk sama-sama ke Bulatan Gembira :) Hehe..
Bertemankan sahabat 'N' yang sedang demam.. Takpe sahabat ku sayang, Allah tahu usaha mu dan mesti ade 'reward'. Oleh kerana bas lambat 1 jam, kami pun sama terlewat ke QC. Asif jiddan, naqibahku! Aku perasan hari ini aku banyak diam. Kenapa ya?? Mungkin terkesan di hati tentang HADIS 2 yang dikongsi..
Memang betul kata naqibahku. Kalau kita taktahu, kita kena bagitahu yang kita tak tahu. Macam Rasulullah, ketika ditanyakan ttg hari kiamat, Baginda menjawab Allah dan Rasulnya lebih tahu.

Aku terfikir sejenak, adakah aku juga seperti Rasulullah? Ataupun aku seorang yang ego? Nauzubillah!
 Semoga aku dapat bersikap optimis seperti Rasulullah S.A.W.
Selepas menyedut seberapa banyak tarbiyah, aku dan N dan P sama-sama ke Perpustakaan. (ulat buku dah naik daun~)
Di sana, sempatlah kami bercurhat. P/s: sabar ye kawan2... Moga Allah permudahkan jalan kita~insyaAllah.

'' Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman'' (ALI-IMRAN:139)

Disebabkan ayat Allah ini jua, aku ketepikan rasa sedih bila satu persatu perancanganku nampaknya tidak berjaya. Terasa juga diri ini tidak dipedulikanNya macam orang lain. Astaghfirullah...
Lantas aku teringat kata-kataNya dalam surah ad-dhuha:3

'' Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu..''

Rasa tertusuk dalam hati ayat ni. Memang benar, Al-Quran itu jika ditadabbur, akan terkesan di hati kita.

Terima kasih sahabat-sahabatku. Moga Allah tsabatkan hubungan kita semua.
Buat 'N', syafakillah. Moga Allah membalas segala pengorbanan mu.. 
Buat 'P', Allah Maha Tahu yang terbaik untuk kamu. 
Buat diriku, moga tabah mengharungi hidup ini. Di jalan ini, ingat! Tidak akan ada karpet merah dan publisiti. :) 

Ma fi Qalbi Ghairullah
Wallahualam~

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers