Mereka yang Kool :)

Friday, April 29, 2011

Dolu-dolu bersama Akhwat A :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Kring kringg!!!!
Telefon berbunyi
Ada orang dalam bahaya
Ada orang dalam bahaya
Ada orang dalam bahaya... DI SANA!!!
Apa yang penting?? KERJASAMA~



Haa.. Mesti antum tahu lagu ni kan? Setiap kali aku teringat kan akhwat sorang ni.. Mesti aku teringat jugak lagu ni. Hehe..

DI SINI SEGALANYA BERMULA 




  Aku terima panggilan satu malam. Kak A ni senior aku di sekolah menengah dulu. Entah kenapa, dia call. Dengan rasa pelik ajaib, aku berbual lah. Rindu jugak, lama sangat dah tak berjumpa. Lepas borak-borak dengan Kak A, tiba-tiba dia tanya aku satu soalan tentang TUDUNG. Aku sangat arif yang Kak A suatu masa dahulu bukanlah berada di jalan Tarbiyyah.
''Adik, apa pendapat adik tentang orang yang SCARFLESS?''
Aku hanya menjawab, pada pendapat aku, tak semua orang yang bertudung itu baik dan tak semestinya yang tidak bertudung itu jahat. Cuma, kena pegang satu formula, sekurang-kurangnya orang bertudung sudah menjalankan KEWAJIPAN mereka terhadap perintah Allah S.W.T. :)
Akak A hanya ketawa mesra. Ya! Di situlah segalanya bermula.
Akak A menyatakan keinginannya untuk berada di jalan tarbiyyah. Aku tergamam sebentar.
Yelah, bukan senang orang nak menyerahkan diri untuk berada di jalan ini. Alhamdulillah.
Hidayah Allah untuk sesiapa yang dikehendakiNya. :) Nasib baik ada teknologi moden yang boleh hubungkan kami walaupun jauh di mata~

SEKARANG
Akhwat A call aku. Dengan rasa terujanya.. dia memberitahu bahawasanya dia dah mengikuti usrah di tempat belajarnya. Alhamdulillah. Sekarang, setelah lama dia tetap di jalan ini. Bukankah bagus begitu?


Selamat Berjalan kak A :) Moga Allah hapuskan segala keraguan dan dosa-dosa kita semua... Kalau dulu kita jahil, namun kita hebat. Sekarang juga begitu, tiada yang berubah. Kita faham Islam dan kita masih hebat!!! InsyaAllah~

P/s: Kak A kini merupakan seorang mahasiswi (engineering). Mengikuti dan insyaAllah akan mengendalikan program ISK dan lain-lain akan datang. :)

Ma fi Qalbi Ghairullah~
Wallahualam~

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]