Mereka yang Kool :)

Wednesday, April 13, 2011

Ceritera di kedai kopi PLKN ;)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Jeng jeng jeng.... Bertemu kembali bersama saya. Haa.. Ceritera di kedai kopi?? PLKN?? Ape ni... Entahlah LABI ;) 

Ceritera saya sebenarnya berkisar tentang kisah dolu2.. Masa muda mudi jadi WIRAWATI NEGARA. (muka patriotik japp) Berikutan saya mempunyai kisah yang menarik untuk dikongsi, jadi sudi sudilah membuka mata boshar2 ye :) P/s: cerita ini sekadar utk berkongsi, tiada niat utk mengeji..pandangan masing2

Kisah bermula di BILIK  KELAS PLKN...

Pada suatu pagi yang hening bening, suam-suam jari.. Saya dan wira wirawati yang lain berjalan ke kelas kami dengan lajunya. Yelah, MASA ITU KAN EMAS sedare sedari oii.. Bila tiba masanya, cikgu cikgu kami yang comel-comel dan tampan-tampan semua mempersilakan kami duduk.. ''cikgu, kita nak belajar ape hari ni ye??'' kami bertanya. dengan wajah berseri, cikgu menjawab '' KOLAJ VISI. Jadi, cikgu nak kamu semua ambil sorang satu kertas A3 ni, jangan conteng ape2.. Dengan berbekalkan Majalah WANITA dan REMAJA, cikgu mahu kamu buat kolaj visi kamu. Gambarkan harapan dan tujuan serta impian kamu dalam hidup ini''. HAH! Panjang lebar penerangannya...

Serentak dengan itu, saya pun berdebar-debar. KERTAS A3 DI TANGAN KIRI, MAJALAH WANITA DI TANGAN KANAN. APA NAK BUAT NI?? LANTAS SAYA TERINGAT KATA-KATA NAQIBAH NIK AIDA...

TUJUAN PENCIPTAAN HIDUP KITA DI MUKA BUMI ALLAH :)

1. Untuk BERIBADAH KEPADA ALLAH SWT 
''Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu...''
(ad-dzariyat:56)

2. Untuk menjadi KHALIFAH ALLAH SWT
'' Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat ''Aku hendak menjadikan khalifah di bumi''. Mereka berkata, ''Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?? Dia berfirman ''Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'' 
(al-baqarah:30)

3. untuk menjadi DAIELILLAH
-yakni aku wajib menyampaikan dakwah Allah yang sekian lama bertapak di Bumi ini kepada saudaraku dan orang-orang kafir.. 

-FLASHBACK TAMAT SUDAH :)-

Saya dah pening dah ni. Aduhai.. Macam mana ni.. Nak ku khabarkan tapi tiada yang mengerti ketika itu. Allah je yang Tahu.. Jadi, saya hanya membuat ala-kadar dan sejujrnya, TIDAK IKHLAS. Hehe. Yelah, majalah yang saya pegang, MAJALAH REMAJA DAN WANITA. yang serba-serbi di dalamnya bercerita tentang fesyen hidup zaman kini.. Hurmm.. ENTAHLAH LABI~~~ 

PEMBENTANGAN BERMULA!!!

Aku perhati
Satu-persatu kepingan-kepingan kertas
Yang dibentangkan oleh wira wirawati sekalian
Islam dan BUKAN Islam 
Sama rata, tiada bezanya
Impiannnya apa???
RUMAH BESAR
KERETA SPORT
CAMERA DSLR
HANDPHONE MAHAL
ALLAHUAKBAR!!!
Lantas....
Aku merenung diriku..
Inikah jawapan aku jika disoal MUNKAR DAN NAKIR???
Inikah yang ku bawa tika di hadapan ALLAH??
SUMPAH! Aku takut!!!

Inilah dia ceriteraku pada suatu ketika muda mudi dolu dolu...bukan niatku ingin menyalahkan PLKN. Sya teramat bersyukur menyertai PLKN, di sini saya menemui berbgai ragam manusia.. Pelbagai TARBIYAH saya dapat secara tak langsung. Namun, ISLAM TELAH GARISAKN PANDUAN. ISLAM TETAP ISLAM. JAHILIYAH TETAP JAHILIYAH. AYUH!!! BERSAMA KITA BERJIHAD!!

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers