Mereka yang Kool :)

Monday, April 18, 2011

Secebis Doa Buat Ilahi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
**Doa ini mungkin belum sesuai untuk saya, sekadar dijadikan panduan buat mereka yang sedang mencari keyakinan :)

Ya Allah, Kau ampunilah dosa yang telah aku lakukan, Kau limpahkanlah kesabaran yang tiada terbatas, Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista, Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah, sekiranya dia ini adalah pilihanMu di Arasy, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk bersamanya. Sekiranya dia ini adalah suami yang akan membimbing tanganku ke titianMu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya dia adalah bidadara untukku di JannahMu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya dia adalah terbaik untukku di duniaMu, peliharalah tingkah laku ku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. Sekiranya insan ini jodoh yang di rahmatiMu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Tetapi Ya Allah, sekiranya dia ditakdirkan bukan untuk diriku seorang. Kau tunjukkan aku jalan terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu. Sekiranya dia tergoda dengan keindahan duniaMu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya dia tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatan untuk aku memperbetulkan keadaannya. Sekiranya dia mencintai kesesatan, kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah, kau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku, Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku. Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai. Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku, Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu. Sekiranya aku ingkar dan derhaka, berilah aku petunjuk kea rah rahmatMu.
Ya Allah bimbinglah aku…



~ Ma fi Qalbi Ghairullah~
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers