Mereka yang Kool :)

Monday, April 25, 2011

Keshian Chekgu-chekgi kita :(

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

BANGUN SEMUAAAA!!! SELAMAT PAGI CIKGU!!

Post kali ni tentang cikgu-cikgu di Malaysia umumnya.. Mungkin juga pengalaman ni bagi ratusan ribu pekerja di luar sana? Who knows right? Dahtu, kenapa nak kesiannya..? Takpe, cer cite kat bawah ye..



Pengalaman ni aku alami mungkin sudah lama. Aku bercerita ttg cikgu kerana keluargaku dipenuhi dengan golongan pendidik alaf baru. Yelah, nama pun nak jadi anak-anak solehah kan (insyaAllah) jadinya kena lah tolong-tolong mak apa yang patut. Barulah Allah sayang :)
Suatu malam tu, mak minta tolong anak bongsu dia ni 'key-in' kan data pelajar.
Pada aku memang tiada masalah sebab masa tu aku pun 'free'. Jadi, 'Ai Ai Captain!!!'. :)
Sedang aku leka buat kan kerja mak, tak ku sangka rupanya aku telah memasukkan hampir 1000 data murid-murid. Aku terfikir sejenak, kalau lah aku tiada nak tolong mak, macam mana? Bagaimana pula untuk cikgu-cikgu yang ada anak-anak kecil? Kembar?? Subhanallah...
Aku nampak, mak tersenyum. Mungkin mak faham apa yang sedang aku fikirkan..
Selesai saja kerja, selaku anak bongsu (hehe), aku mengendeng mak. Mak pun cerita beza cikgu dulu dan cikgi sekarang.

ONCE UPON A TIME.... By: Cikgu Emak

Dulu, masa mak mula-mula posting di Sarawak, dapat pedalaman ala-ala GRED 3  gitu. Majoriti masyarakatnya Iban. Mak tinggal dengan arwah abah di rumah panjang. No electric, no private toilet. Semua kongsi atau mandi di perigi dan sungai. Pengangkutan? Mestilah bot panjang..



Mak dapat mengajar di Bintangor. Pelajar-pelajar masa tu sikit je. Dan 'MAIN JOB' cikgu MENGAJAR. Mestilah,kan? Nama pun cikgu. Hehe. Tapi nak katanya, cikgu sekarang pun mengajar. Ditambah-tambah pula beban kerja PENGKERANIANNYA. Dengan surat-menyurat, kertas yang kerja, lawatan Nazir dan baaaaaaaaaaaaaaaaanyak lagi. :) Phew~

Mak dapat mengajar kelas yang bilangan pelajarnya lebih kurang 40 orang. Dengan mak yang tak tahu berbahasa Iban, terpaksa juga mengajar dalam Bahasa Melayu. Yelah, speaking omputih kang, langsung ternganga murid dia. Mak cerita lagi, yang bestnya, 1 kelas 1 cikgu. Jadinya, dari pagi saaaaaaaaampaaaaii tengah hari memang mak tengok anak murid dia dan vice versa. BM pun mak ajar, ILMU ALAM (Geog) pun sama, ILMU HISAB (Math) juga. Pendek kata, memang semua subjek cikgu sorang ajar. Jatuh bangun anak didik dalam subjek tu, terletak pada cikgu tu juga. Jadi, tiadalah spekulasi mahupun kontroversi salah-menyalah. :)

CIKGU SEKARANG? APA CER PULAK?

Wow!!! Cikgu sekarang mestilah hebat-hebat, dengan kemudahan yang disediakan (walaupun ada lagi yang merungut) mesti dapat mengajar dengan berkesan. Tu pasal SPM 2010 hampir 9000 yang dapat Straight A's, ye tak? Alhamdulillah...
Tapi sayang 1000000 kali sayang...
Tekanan darah masing-masing meningkat seiring dengan bebanan kerja yang tak sudah-sudah. Aku mengambil satu contoh mak ( sebab dia yang bercerita), sekolah dia baru je dianugerahkan SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi). Haaa... Hebat kan cikgu sekarang? Ada prestasi-prestasi lagi..
Tapiiiii.....
  • Buat program = Kertas Kerja
  • Buat program= Cari kewangan sendiri
  • Dokumentasi= Tak sah kalau 1 atau 2 fail sahaja
  • Lawatan dari atasan= Mesti kena prepare yang TERBAEK :)
Sampai ada juga yang tidak berdaya....


RASULULLAH S.A.W PUN ADA CIKGU JUGA TAU!

(Antum boleh rujuk Hadis 2)

Ketika Malaikat Jibril datang menemui Baginda, malaikat Jibril duduk terlalu rapat sehingga lutut bertemu lutut lalu dia menanyakan soalan-soalan buat Rasulullah S.A.W. 
Naqibahku bertanya: BOLEH KE CIKGU DAN ANAK MURID SEKARANG DUDUK MACAM TU PUNYA MESRA?

Well... I don't think so. Haa... Islam dah tunjuk contoh lama dah tau! Kalau nak berkesan dalam pengajaran, CIKGU DAN MURID mesti ada 'CHEMISTRY' gitu. Mesra dalam semua aspek. Jadi, boleh elakkan masalah buli cikgu, cikgu buli murid, sama-sama buli (ada ke?)
Resolusinya, IKUTLAH RASULULLAH kita yg murabbinya ALLAH S.W.T. Baru boleh jadi A+ SUPER DUPER TEACHER!!! SELAMAT MENGAJAR CIKGUUUUUUU :)

SEMUA BANGUN!!!
TERIMA KASIH CIKGUKU SAYANG.... :)
Ma fi Qalbi Ghairullah~
Wallahualam~

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers