Mereka yang Kool :)

Tuesday, April 26, 2011

Tabahlah Hati Oi..!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum wbt semua :) Alhamdulillah kita dapat lagi sama-sama hidup sehari lagi. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W  kerana dengan berkat perjuangan baginda kita masih dpat mengecapi 2 nikmat terbesar dan best, ISLAM dan IMAN. (ayat biasa di KISAS, hehe).

Dan aku turut bersyukur dapat meninggalkan hasil tulisan tangan di sini untuk malam ini.
Dan esok. Ya, esok. Semoga aku terus tabah dengan apa-apa pun keputusan inche Doctor. :)
Dan hospital. Akan aku temui mu esok, insyaAllah.


Ganglion Wrist Ecyst. Kata inche doctor suatu masa dahulu,itu lah penyakitku. Tapi, tak bahaya, insyaAllah. Kenapa pula? Haa... Assignment untuk u guys lah untuk cari kenapa tak bahaya. Ok? Cer cari-cer cari.
Tapi, pembedahan akan ditempuh juga. Kalau nak dibandingkan aku, dengan pesakit-pesakit lain di Gaza, Bosnia, Syria, Thailand, India dan pelbagai lagi negara bermasalah, sudah pasti jaaaaaaaaaauuuuuuhh bezanya. Alhamdulillah.  Betul3x. Dulu tak jugak aku nafikan, aku mengeluh. Kenapa aku dapat penyakit ni, famili aku takda pun yg sakit macam ni. Pelik+hairan= Pening.
Ini tidak seberapa, Najwa. Kata seorang akhwat A pada suatu petang.
Aku terdiam. Rupanya, penderitaannya jaaaaaaaaaaauuuuuuhhh lebih sadis.
Namun, dia tak mengeluh jauh sekali menyalahkan Allah SWT. Syafakillah, ukhti sayang.
Moga Allah memberimu kesihatan dunia dan akhirat, insyaAllah.


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “kami telah beriman”  sedangkan mereka belum diuji”                                                                                                                          (Al-Ankabut:2)


Uniknya ujian Nya itu. Jadi, kena tabah hati. Baru Allah sayang sokmo :)


Bonne Luck for me. For all. :) JIHAD!!!
Ma fi Qalbi Ghairullah~
Wallahualam~

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers