Mereka yang Kool :)

Tuesday, December 27, 2011

Dulu saya Buat, Kini Tidak Lagi...

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui :) 


Alhamdulillah tsumalhamdulillah, setelah lama saya mencari gali sehingga menitik peluh saiz jumbo, akhirnya ketemu juga.
Seperti yang anda sedia maklum, tarbiyyah kita adalah tarbiyyah yang menyucikan hati dan saya juga teringat akan salah satu ciri dalam 10 muwassafat tarbiyyah iaitu SALIMUL AQIDAH.

Hal yang demikian menjadikan semangat saya berkobar-kobar bak obor yang menyala *hiperbola di situ*
apabila pada suatu ketika, saya tidak berwirid selepas solat seperti kebiasaan orang ramai, juga tidak bertahlil, tidak menumpukan bacaan Yassin ketika malam Jumaat dan tidak pula membaca Al-Quran atas kubur macam orang lain, lalu perbuatan saya itu ditegur sedikit keras oleh orang yang senior daripada saya.

Ohh mai God! Memang terkedu bila disound oleh orang yang lebih senior. Tapi, saya terpaksa menjadi seorang yang konservatif di saat itu. Yang salah tetap salah. Yang benar, saya pasti katakan benar meskipun pahit, insyaAllah.

Serasa macam alien bila pada mulanya, saya tidak melakukan kebiasaan yang dilakukan oleh orang lain hatta keluarga terchenta sendiri. Namun hakikatnya, Islam itu memang asing pada mulanya dan akan kembali asing pada akhirnya, maka untunglah orang-orang yang bergelar alien kan? Hahaa. Ehh. 

Jika anda ingin ekstra info, saya dengan suka hati dan jantung yang sihat ini ingin rekemenkan : Perkara Bid'ah yang Kita Buat
Katakan TIDAK pada Bid'ah!



Sabda nabi S.A.W yang bermaksud; 
"Sesiapa yang melakukan pembaharuan dalam urusan kami ini(Islam) sesuatu yang tidak terdapat daripadanya maka pembaharuan itu tertolak. 

Dan...

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-‘Ibadh bin Sariah : “Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersolat bersama-sama kami. Kemudian, baginda berpaling kepada kami lalu memberi satu nasihat yang sangat keras isinya hingga mengalir air mata baginda dan mengecutkan hati2 kami yang mendengarnya. Maka, salah seorang dari kami pun berkata : Ya Rasulullah, nasihat ini seakan-akan satu nasihat selamat tinggal kepada kami. Apakah yang tuan hendak perintahkan kepada kami? Lalu baginda bersabda : Aku berwasiat kepada kamu sekalian supaya bertaqwalah kepada Allah, dan taatlah kamu kepada penguasa (yang adil) walaupun ia adalah seorang Habsyi, kerana sesungguhnya orang yang hidup sesudahku akan melihat banyak perselisihan. Oleh itu (jika kamu ingin selamat), hendaklah kamu sekalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa Ur-Rasyidin yang mendapat pentunjuk. Berpegang teguhlah kamu kepadanya dan gigitlah ia dengan geraham2 kamu. Jauhilah perkara2 MUHDASAT( baru yang diada-adakan) kerana semua perkara MUHDASAT( baru) adalah BID'AH, dan semua BID'AH
adalah sesat.” [Hadis Sahih riwayat Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibban dan An-Nasai.]
 



Takpelah kalau jadi Alien pun, asalkan suci aqidah kita hokeyy :)

Jadi anda semua..? 
Ada brann nak pertahankan Inche Kebenaran itu? 
Atau masih nak geleng kepala sambil melukis pangkah besar-besar lalu menampalnya di dahi saya ini? 
Tepuk dahi, tanya diri awak semua hokei..?

Wallahualam
-islamic desire-

4 comments:

  1. salam najwa cumey ^0^
    tau bid'ah tu salah, tp musykil lg la,, sebb pernh tau,, bid'ah trbahagi pada 2, bid'ah hasanah n bid'ah dolalah...bukn ke bid'ah dolalah tu y x boleh ikut,,perkara y bid'ah cntohnye wirid selepas doa, bid'ah hasanah,,dn boleh dilaksanakn...ye la kte bukn buat salah pon,, kte berwirid memuji dn menyatakn kesyukuran...
    agak musykil di situ ye...boleh tergkn lg??

    ReplyDelete
  2. Salam..
    rasanya harus lebih banyak kajian dan penelitian akan perihal bid'ah ni..
    daripada hadis yang dibawakan itu sendiri telah jelas menyatakan bahawa "semua perkara MUHDASAT(baru) adalah BID'AH, dan semua BID'AH
    adalah sesat"..
    namun saya kira tidaklah patut rasanya terus menghukum semua yang dilakukan itu sebagai bid'ah kerana andai diteliti definisi atau konotasi bid'ah itu sendiri membawa kepada perkara yang dilakukan bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah..
    sedangkan berwirid selepas solat itu ada kebaikannya yakni kita sememangnya digalakkan untuk berzikir tidak kira sama ada selepas waktu solat atau di luar waktu solat..
    begitu juga dengan tahlil..
    ada pendapat mengatakan bahawa tahlil itu paling tinggi pun sunat hukumnya..
    bermakna masih membawa kepada kebaikan..
    tidaklah langsung sesat saya kira...
    walau bagaimanapun saya tetap menyokong bahawa amalan-amalan yang dilakukan itu tidaklah seharusnya diletakkan sebagai wajib kerana dalam konteks masyarakat kita hari ini mereka seolah-olah menjadikan amalan-amalan tersebut sebagai budaya seperti bertahlil dan membaca surah Yassin pada malam jumaat..
    banyak lagi pendapat yang harus kita ambil kira untuk perkara-perkara berkaitan ibadah ini..
    seeloknya lebih baik berada pada posisi natural.. ^_^
    pendapat yang kita terima kita amalkan dan pendapat yang bercanggah dari pandangan kita jangan ditolak malah kita raikan bersama...
    kerana setiap orang punya sudut pandang yang berbeza... :)
    sekadar pandangan dari diri yang masih cetek ilmu ini...
    masih mengharapkan pencerahan yang lebih jitu daripada tuan punya laman terhadap saya sebab saya sendiri masih kurang jelas akan isu ini...
    bimbang salah menghukum...
    maaf untuk semuanya... (^_^)v


    ini antara laman yang dirujuk..barangkali ada tambahan...
    http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/576/bidah-dalam-bicara-al-quran-dan-hadis/

    wasalam alaik...

    \(^_^)/

    ReplyDelete
  3. Jazakillahu khairan katheera.
    Im shooo sorryy untuk segala kepeningan dan kekompiusan.. Lemahnya iman, naudzubillah.

    Boleh rujuk ekpertis anda, dan saya peribadinya tidak berniat menghukum ibadah kita yang sumpah baik itu.

    Namun apa yg saya ingin sampaikan kebanyakan dari kita tidak mengerti apa yg kita takrifkan sebagai 'ibadah' itu. Jgn jadikan ia sebagai ikut-ikutan semata mata

    Harap dalam post seterusnya antum akan lebih faham ya. Aseeeeeffff :(

    PS: Jangan mintak denda belanja makan tahu..? *kenyit mata

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers