Mereka yang Kool :)

Monday, September 12, 2011

Jeritan Batinku.....!!!

Dengan nama Allah, Penciptaku yang Satu.

Mak kata, tak baik stress.
Abah kata stress boleh dapat sakit jantung cepat.
Kakak kata kalau stress nanti cepat tua, muka berkedut, tua sebelum usia.
Heyy! Apakah ini semua? Hehe...

Jeng jeng jeng...

Yes! You! What are you waiting for??

Ya! Seringkali saya serasa ingin menjerit kuat kuat (namun boleh terlafaz dalam hati).
Adakah saya mengalami sindrom kemurungan? Stress? Gila bayang? Ohh pleaseee.....

InsyaAllah tidak sama sekali. Namun melihat rakan-rakan, saudara mara seIslam yang semakin diserang pemikirannya (ghazwul fikr) membuatkan hati saya berdegup kencang. Nampak sangat kerja umat Islam yang sudah FAHAM, SANGAT BANYAK. Takkan nak tunggu jadi macam Palestine kott...

Contoh terdekat anda, saya, mereka, kome dan semua:
  • Nak dakwah, banyak kerja laa. Kalau free, bolehlah.
  • Tengok cerita Korea sekali je seminggu. Takkan nak berkira sangat kott
  •  Malasnya nak gi Program hujung minggu. Masa tu jelah aku free tahu!
  • Boyfriend nak ajak keluar lah kak, saya gi minggu depan punya program k! Hehe 
  • Aku dah belajar agama Islam, kira okaylah. Aku tahu hukum dah. Tapi kadang-kadang Hindustan ni best ooooo... Tak boleh tolak. Ngee~
 Dan banyak lagi contoh tentunya....


Sayangkan....??? Ramai yang masih menopang dagu, duduk sila panggung atau bermain Angry Birds (relevant ke contoh ni?) Jeritlah batin! Kalau benar sayangkan Islam, kalau benar mahu buat kerja Dee dan Tee itu, jeritlah!
Moga dengan jeritan kekesalan itu mampu menggerakkan neurons agar lebih aktif bergiat lagi! Hoo yeah!

InsyaAllah, Allah menilai sekecil-kecil usaha hingga sebesar-besarnya. 


Wallahualam
-islamic desire-

2 comments:

  1. Ramai manusia sekarang ni yang menentang sendiri usaha dakwah. Kalau semua orang tunggu kesempurnaan pada diri sendiri baru nak berdakwah, memang tak bergeraklah amar makruf nahi mungkar tu. Ingat pesan Rasulullah, Berdakwah biar berhikmah. :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. Moga diri hina ini terus kuat melangkah

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers