Mereka yang Kool :)

Saturday, January 7, 2012

Takkan Jawa hilang Di Dhonia..!

Dengan nama Allah, Pemilik ku yang hina ini...

Whoaaa. Sekejap saja dah seminggu berada dalam tahun baru ni. Err. Maksud saya alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur ini. Dan... Dan... Seminggu juga saya meninggalkan Masjid Putrajaya tempat bermabidnya saya dan hakak-hakak bulatan gembeera. Sejujurnya, saya rindu momen itu. Rasa yang
sungguh osem di alam semesta..! Ok. Itu sikit hiperbola.


Sila angkat kening jika anda salah seorang yang osem dengan Islam! [Kredit]


Jadi, siapa nak ikut Mabid seterusnya..? Saya, saya, saya. Kata anda tanpa segan mahupun silu itu. Haha. Haa. Jum jum. Hanya yang pernah merasai mabid akan tahu betapa nikmatnya berada di rumah Allah itu, jauh dari kesibukan dhonia dan keserabutan kerja yang semakin menimbun. Allahu Allah... Betullah kata-kataNya. 

''Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan berikanlah kelapangan dalam majlis-majlis ilmu, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan berdirilah, maka berdirilah kamu, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan''
[Al-Mujadalah 58:11]

Tipulah saya jika saya katakan sebelum saya menemui jalan yang sumpah panjang ini, saya seorang budak baik patuh dan naif. Hoho. Kerana sesungguhnya Maitibu yang menjadi seteru Sun Goku ternyata lebih baik dari kejahiliyahan saya dahulukala. Sumpah! 
Seperti yang dinyatakan dalam post Selamat Jalan Romeo dahulu, ternyata jalan ini telah banyak mengubah saya, mengajar saya untuk memberi kelapangan dalam banyak program atau majlis, pentingkan yang mana lebih penting dan ini sumpah best lah heyy..! 

Bila tengok semula ayat Quran di atas, ternyata tak ada hal berbangkit lagi. Sebab Allah yang bagi jaminan. Bukan saya yang osem hina ini, mahupun Puan Emak atau Puan Wardina whatsoever. Hah..! Apa lagi nak kelem? Bukankah Dia tak pernah mungkir janji? Tak percaya? Cubalah dulu beri kelapangan dalam majlis-majlis yang baik, nescaya saya gerenti anda akan memperoleh 'gaji' anda! Fulamaweh.

Satu lagi yang mencuit tangkai jantung saya bila ukht N menyebut tentang kisah Anak Melayu. Ya..! Saya berbangga menjadi seorang Melayu. Takkan Melayu hilang di dunia kata Atuk Hang Tuah. Namun, apa yang menyedihkan bila masyarakat Melayu selalu rasa mereka betul. Dan duduk bersila panggung dalam zon selesa! Wah wah wah... Hebatkan?


Takkan Melayu hilang di dhonia? Atuk Hang Tuah pun  tak tahu ke mana [Kredit]


Sedangkan Israel tidak langsung memandang Melayu sebagai bangsa yang osem lagi gojes seperti yang sepatutnya. Memanglah, dah kaum diorang itu memang sombong bongkak takabbur! Kata Incek Karem jiran sebelah. Ya, memang ya. Tapi itu bukan point saya. Apa yang saya katakan hanyalah sikap kita sebagai orang Melayu yang seolah-olah menerima apa adanya semua di sekeliling kita.

Ops! Ni bukan masuk soal tak bersyukur ya, namun kita mesti ada gol yang tinggi untuk harta dunia untuk dijadikan habuan akhirat. Macam mana cik Prada? Tak faham laa.. Soal anda sambil menghirup secawan Milo panas. Senang je. Ingat lah analogi telur. Alat dan matlamat. Kalau kita pandai, ada pangkat, ada harta, pakai semat-semat, tak ke orang akan dengar kata kita? Haaa..! Jadi, itulah masa untuk mencucuk jarum, memancing ikan keli dakwah dan tarbiyyah. Faham?


Telur putih tu ALAT, kena makan dia baru dapat MATLAMAT, yang kuning itu [Kredit]


Fieuu~ Penat nak eksplen. Tu lah, lain kali gi ISK (Ini Sumpah Keren) tahu? 
Semoga kita bermotivasi untuk mencucuk jarum. Ehh. Bukan. Moga kita bersemangat waja, perdana, hatta gen tu sekalipun untuk mencari mana satu ALAT yang paling berkesan untuk mendapatkan MATLAMAT! 

Hidup mulia atau mati mati syahid!

Wallahualam
-islamic desire-


No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers