Mereka yang Kool :)

Thursday, January 19, 2012

Kelaaaass Kau Che Jah!

Dengan nama Allah yang Maha Esa :)

Jika diikutkan hati, serasa mahu panjat Bangunan Petronas yang Kembar Seiras itu lalu menjerit sepuas hati..! 
Terururururururujaaaaa...! [Kredit]
Err. Anda ok ke? Soal anda dengan muka berkerut. Hahaha. Sudah tentu saya ok, sihat, foine alhamdulillah. Cumanya, saya ingin sekali khabarkan keterujaan saya dengan jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Sumpah..!

Lagi-lagi kini saya mempunyai 'anak-anak' yang sama kos dengan saya. Perundangan. Kami gelarkan bulatan kami sebagai 'kawasan'. Dan sudah tentulah ahli di dalamnya berbagai-bagai ragam dan yang paling penting, pada saya mereka sungguh ada kelasss!
Kenapa nya puji melambung-lambung ni? Err. Migrain i dengar lah u. Uweks. 

Haha. Sabar sabar. Saya teruja sekali bila mengenalpasti segala logam gred A yang dimiliki oleh rakan-rakan tersebut.
Lalu, apa yang saya sering bisikkan di hati mereka, cuba untuk tanamkan kefahaman dalam diri mereka adalah,
''saya tak nak baik sorang-sorang, syok sendiri dengan Islam sorang-sorang, saya mahu anda yang saya cintai dan kasihi bersama-sama saya. Sebab saya taknak kita bermusuhan masa Akhirat nanti''

Simpel ayat itu. Tapi rasa macam ditusuk tombak yang dipegang oleh Pak Imam masa baca khutbah Jumaat. Phew~ Menitik peluh besar saiz jumbo. 


Saya yang hujung sekali belah kanan. Wahaha. [Kredit]

Keterujaan saya bersama mereka menjadikan mereka lebih bersemangat untuk ditarbiyyah. Sesuai sangat dengan pepatah Jawa ''bapak borek, anak rintek''.

Sama. 

Semoga saja keterujaan ini berterusan kerana saya benar-benar inginkan ukhuwwah ini setia hingga ke SorgaNya. Tambah-tambah lagi, mereka sudah seperti adek-beradek saya sendiri. Sumpah anda semua sungguh kelassss..! *Tacing enaf*

Ps: Buat kalian [Kaklong kawasan, kakngah kawasan, achu kawasan, adek kawasan, achik di sini mendoakan yang terbaik buat kita semua. Moga kalian bisa mengerti betapa indahnya ukhuwwah dan bekerja bersama-sama kerana Allah itu. Titik.]

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]