Mereka yang Kool :)

Thursday, January 19, 2012

Konfesi Berseri Hari Jumaat

Dengan nama Allah yang Maha Lembut :)

Oh! Sudah hari Jumaat nampaknya. Dan sudah lama juga belog ini jadi projek terbengkalai persis Projek Perumahan Kampung Baru temph hari. Ouch..! Hahaha. Eh. 
Oh ya, sudahkah anda membaca surah Kahfi ? Jika belum, meh kita gi lari amik Quran memasing dan mula membaca surah ke-18 itu..! Anda sumpah osem jika berjaya menghabiskannya. 

Kali ini, saya ingin meluahkan perasaan yang sudah lama terpendam jauh di sudut hati. Err. Sila muntah hijau sekarang. Hahaha. Eh, gelak pulak. Tapi ini satu kenyataan lah heyy..! Satu konfesi dari si saya ini tahu..?
 
Sebenarnya, semakin lama saya berjalan mesra berpimpinan tangan dengan erat dengan Puan Dee dan Incek Tee, semakin saya rasa kehooyeaaahhan nya. Sumpah! Lagi-lagi apa bila saya terasa seperti dimakan sumpah si Tanggang pulak. Mana taknya, dolu-dolu ketika belum ditarbiyyah, saya akan beranggapan bahawa bulatan gembeera, konferens riang ini hanya untuk mengisi masa lapang dan bila-bila pun saya boleh belajar kalau saya nak.


Gulp. Telan air liur di situ. 

Ya, dahulu keegoan saya berada pada tahap super kuasa kuda. Tak tipu..! *sambil mengangkat kedua belah tangan* Tapi sekarang, barulah saya tahu, ini bukan sekadar permainan untuk isi masa terluang, atau bila ada kelapangan baru boleh sertai. Silap sama sekali! Sentap untuk saya.


Saya sebenarnya yang memerlukan belaian dakwah dan tarbiyyah. Saya sebenarnya yang merayu-rayu hendak dimasukkan dalam golongan yang berjaya ini. Dan saya yang hampir separuh mati merindukan teman-teman yang pantas mengajak saya ke arah kebaikan. Jika saya tahu dari awal. Wahai. 

Jalan ini lebih MAHAL dari kereta saya ini. Wahaha. [Kredit]



Namun, semuanya sunnatullah (ketetapan Allah) dan hanya orang yang putus wayar di otak kirinya sahaja yang sanggup melepaskan hidayah dan peluang yang diberikan Allah kepadanya itu. *muka seriyus*


Jadi, moh kita sama-sama muhasarawak kembali diri ini. Ingat! Orang yang gojes dan trimendes adalah orang yang sama-sama menjadi batu-bata dalam menaikkan Islam itu. Bukan orang yang hanya duduk bersila panggung dan memerhati sahaja orang lain 'bekerja' lalu nak harapkan Islam itu menang. 
Oh..! Sungguhlah jual ikan orang itu!

Tunggu apa lagi? Moh kita ke ladang dakwah..! [Kredit]



Semoga hari yang mendatang ditempuhi dengan tabah dan sabar. Bukan senang nak masuk Sorga Allah itu tahu..! 


ps: Saya teringin sungguh duduk di pelamin syurga dan mendengar kesah-kesah dari Pakcik Nabi Musa yang berlwan dengan Pakcik Jahat Firaun, kesah Uncle Muhammad yang menaiki Buraq. Sumpah indah lah heyy..! 


Wallhualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers