Mereka yang Kool :)

Thursday, January 12, 2012

Bulatan Gembeera itu Heksagon..?

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui

Nota ringkas : Entri ini hanyalah pandangan si saya ini dan jika ada sebarang komen dan cadangan sila-silah berkongsi ya. Sharing is kongsi kan..? *senyum lebar sambil kenyit mata

Cuba baca semula tajuk entri ini. Bacalah. Tak nak? Ish, bacalah. Ada apa-apa yang pelik tak? Masakan bulatan menjadi heksagon? Eh, awak ni betul ke tidak? Sekali lagi anda menyoal sambil menyuap gula-gula Daim. 

Kenapa bulatan boleh jadi heksagon ek? Ok. Lurus ke titik.

Entri ini dibuat sebenarnya untuk menjawab persoalan kelasmet yang banyak songeh ragamnya. Pada ketika itu, pembentangan kelas agama dibuat dan sadenli, ''err. jap jap. boleh tak tanya, apa beza USRAH dan HALAQAH ek?'' Bertanya seorang kawan itu dengan senyum simpulnya. 

Mereka sedang berUSRAH dalam HALAQAH. Anda mampu? Hehe [Kredit]


Haa.. Jawab jawab. 

Sekali lagi saya emfesaiz, setiap orang ada pandangannya dan ini pandangan saya selaku ahli bulatan gembeera yang betul bulat. Haha. Jika dilihat, halaqah maknanya bulatan, usrah pula keluarga. Ha, itu dah satu dah bezanya. Betul tak? 

Namun, jika diteropong sekali lagi, usrah dan halaqah memiliki banyak persamaannya. Bergantung kepada apa yang anda ''buat'' di dalamnya. Usrah dan halaqah hanyalah dua term yang berlainan. Begitu jua dengan term Bulatan Gembeera, Ohana Circle watsoever. Huhu. Secara jujurnya, jika anda memanggil bulatan anda yang hooyeeaaahhh itu sebagai USRAH, maka jadikan dia satu. (make it one). Maknanya, kalau dah keluarga itu, jadikan ia seperti sebagai satu keluarga yang erat, rapat, telus, best, osem, gojes, fantastik, dan lain lain lagi. Sumpah tak larat nak senaraikan. 

Jika anda panggil bulatan gembira anda yang anda kelim sebagai HALAQAH pula, ya, sudah tentu tidak salah sama sekali. Jadikan ia satu halaqah yang tidak kurang hebatnya seperti usrah. Mereka berdua ini ibarat adek-beradek semama dan sepapa tahu..?

Jadi, terpulang pada anda untuk mendesaid. Apa yang penting, bukan lah nama apa yang digunakan. Tapi, sejauh mana usrah dan halaqah anda itu dapat mengubah anda dan saya juga menjadi seorang yang dari tak tahu apa pasal Islam ni kepada seorang yang super saiya..! 
Saya sayang dia. Saya jatuh cinta dengannya.  Ya, dia. Bulatan gembeera saya. Anda pula? [Kredit]

Haa. Jadi, apa anda tunggu lagi? Saya seru sekalian rakyat jelata, moh dapatkan bulatan gembeera @ usrah @ halaqah @ ohana circle dan lelain nama yang dibagi oleh anda yang sumpah kreatif di luar sana..! Masa tu, baru boleh tahu berkesan ke tidak otei..? 

Cepat cepat, fastabiqul khairot..! [Kredit]

Jika saya mampu, anda lagi lagi lagi ekstra super duper mampu ditarbiyyahlah heyy..! 

Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers