Mereka yang Kool :)

Monday, January 30, 2012

Pemilik Bi Em Dabel Yu yang Tak Osem..!

Dengan nama Allah yang Maha Mendengar


Bagus juga kereta besar macam ni. Hangkut semua gi Konferens Riang! [Kredit]


Buat buat lah senyum pun takpe. Saya tahu anda rindukan belog saya. Hahaha. Erk. [Kredit]


Bagi saya masa lima minit setengah kejap. Nak cuci karat belog ini, setelah lama tidak menghapdet. Phew~


Err ok. Kita di mana tadi? Oh, ya. Bersama andalah, pembaca budiman heyy..!


Kali ini saya terasa suka hati  akulah  untuk bercerita. Bukan ke memang dari dulu entri dan post banyak cerita itu dan ini..? Haha. Ya, saya akui jalan ini, jalan yang sumpah panjang dan berbelok-belok, berbonggol-bonggol, turun naik bukit semuanya telah banyak mengubah etika dan sahsiah diri saya. Haha. Skema.


Benarlah, jalan ini menjadikan seseorang itu matang dalam berfikir. Bayangkan bagaimana jika seorang itu belum disentuh tarbiyyah dan dia diuji dengan kehilangan BMX BMW tujuh sirisnya, apa yang akan difikir dan disebut oleh orang tersebut..?




''Choyyy..! Tu kereta aku lah, bukan bapak kau! Time-time nilah nak curik kereta aku...!''
atau
''Kalau aku dapat sapa yang curik kereta ni, aku cincang kau macam daging kebab..!''


Dan tentunya banyak lagi kata-kata sentap lagi memanaskan hati yang pastinya dikeluarkan. Hayoyo..! Sayang sejuta lima puluh enam kali sayang tahu..?


Allah nak bagi pahala kat kita ni. Tapi, kita duk mencaci maki tak tentu pasal. Atau mungkin kita harapkan dengan caci maki tersebut, ujian tersebut akan hilang atau lenyap dengan sendirinya..! 
Fulamaweh, mungkin jurus air dari Adik Avatar boleh membantu. *Tangan di dada mata ke atas*


Sangat tidak faham. 


Sebab tu, ada beza dari segi fikrah (cara berfikir) antara orang yang telah dilamun chenta dengan tarbiyyah dengan orang yang terkapai-kapai tidak tahu apa tujuan dia diciptakan di bumi Allah ini. Susah nak meletops lah kalau begitu kan..?


Sebagai contoh, Puan Wardinna yang baru saja mengalami trauma dirompak, adakah beliau terus menggunakan kuasa diktator miliknya untuk mengutuk perompak itu..? 


Sudah tentu tidak. Malah, dalam kenyataannya, Beliau sendiri banyak bermuhasarawak diri dan katanya, jalan puan Tee ini lah yang banyak mengajarnya untuk tabah dan bersabar serta berfikir dengan betul. 


Tepuk tangan kuat-kuat untuk beliau. Loveyusomac..!


''...ada kalanya manusia diuji dengan sedikit ketakutan dan kelaparan. ALLAH berfirman bermaksud:"..Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut , rasa lapar, kekurangan harta, kekekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang yg sabar..". 
[Al-Baqarah: 155]




Wahai, jikalah kita tahu, Allah akan bagi bonus bonanza yang sumpah banyak berganda-ganda buat mereka yang sabar. Dah tu? Masih lagi nak kesal dengan ujian yang Dia bagi ke..?
Tepuk dahi tanya iman..!


Masyuk...! [Kredit]


ps: Al-fatihah buat Allahyarhamah nenek kepada kawan si saya ini yang baru saja kembali ke rahmatullah semalam. Moga rohnya ditempatkan bersama roh para syuhada'. 




Wallahualam
-islamic desire

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]