Mereka yang Kool :)

Monday, January 30, 2012

Epik Wanita Meletops..!

[Nota padat ringkas: Entri ini sebenarnya buat wanita saja. Anda yang lelaki itu sila tekan butang X berwarna merah terang di penjuru kanan anda ya..!]


Terhengen? Fikir semula. Haha. [Kredit]
Bayangkan kita di sebuah shopping kompleks. Tiba-tiba dengan bangganya, seorang wanita panas (hot) lagi meletops berjalan dengan baju yang menampakkan susuk tubuhnya yang langsing, rambut panjang yang berkibaran (err. maaf, tak jumpa perkataan sesuai, sila gantikan dengan perkataan anda sendiri) serta bau wangi yang fuhh..! Kalah perfium Cartier, Dior, Gucci mahupun Carolina Herrera..!




Mungkin yang berjalan itu Barbie? Hahaha. [Kredit]


Dalam hati, mesti terdetik, ''cantiknya dia. bestnya kalau boleh pakai macam tu, semua orang pandang''. Ok. Peluh kecil sebentar. 


Saya juga tidak menafikan kadangkala saya juga salah seorang yang berkata seperti itu. Fitrah wanita, suka akan kecantekan. Dan, saya puji wanita panas itu tadi kerana kechantekannya yang tersendiri. Dan saya tahu tidak kurang yang memandang wanita tadi seperti wanita yang teruk, jahil agama dan watsoeva. 


Persoalannya..? *muzik seram*


Kalau asyik nak mengutuk atau pun et lis memuji tetapi tiada usaha untuk mengajaknya ke arah kebaikan, rasanya kedua-dua perbuatan itu pun tidak mendatangkan apa-apa hasil tuaian kan..?


Kerana itu, jangan jadi Cik Peah Pot Pet saja! Lihatlah potensi yang ada pada mereka yang hots lagi meletops itu. Dia juga berhak ditarbiyyah tahu..? 


Dalam dakwah, tiada unsur-unsur bias atau pilih kasih lah heyy..! Semua orang berhak memilikinya. 
Justeru, sangat tidak adil *tangan mengetuk meja* jika kita membuat satu justifikasi bahawasanya golongan wanita tadi memang tidak dapat dibetulkan lagi. 


Hah..! Jangan lupa, kita yang telah disentuh dengan tarbiyyah ini kdangkala juga tidak 'hadam' dengan prinsip-prinsip Islam itu sendiri. Mana perginya janji manis anda si kek Coklat Indulgence di Resipi Rahsia untuk membawa Islam seperti Rasulullah SAW dan para sahabat dolu kala?


Sesungguhnya, hidayah milik Allah. 


"Sesungguhnya segala puji adalah milik Allah. Kita memuji, memohon pertolongan dan meminta ampunanNya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan dan keburukan amal perbuatan kita. Siapa yang ditunjuki Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Siapa yang disesatkan Allah maka tidak ada yang dapat menunjukinya."


Memang gojes jika dapat memakai pakaian sebegitu rupa. Namun, lebih fantastiko lagi bila Allah redha dengan usaha dakwah kita..? Syurga itu jaaaaaaaaaaaaaauuuuuuuuuhhhhhhhh lebih osem dari Butik Hatta Dolmat hokey..? Makin bertutup, makin mahal seorang wanita itu tahu..? Senyum simpul.


Bagusnya kalau Incek Hatta design baju yang mengikut kehendak Allah [Kredit]

Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]