Mereka yang Kool :)

Friday, January 13, 2012

Surat untuk Abah #4

Dengan nama Allah yang Maha Membaca Tiap-tiap Isi Hati :)

[Kredit]
Abah...
Adik menulis lagi untuk abah.Ya. Doa adik sentiasa untuk abah. Moga abah ditempatkan bersama orang yang berjaya,insyaAllah. Abah, sekarang ni dah masuk tahun baru lagi. Maknanya, semakin hampir dan hampir dengan hari penentuan. Hari Kiamat. Juga ajal seseorang. Adik pun dah makin tua. Hehe. 

Abah...
Sekarang adik baru balik dari klinik. Dah hampir dua minggu adik tak sihat. Tadi adik ada rehlah dengan Kak L dan adik-adik dia juga Kak A. Seronok sangat, abah. Teringat dulu-dulu masa abah bawak pergi Pantai Teluk Cempedak, Pantai Lagenda, even masa kita sama-sama masuk longkang depan rumah sebab nak kutip kangkung kan..? Tapi sekarang air dah kotor. Kesian air Allah bagi pinjam ni. 

Abah...
Baru-baru ni adik mimpi adik ''dijemput'' jumpa seseorang. Walaupun adik tak pasti nak pergi ke tak, adik ikut jugak. Sampai akhirnya, adik betul-betul pergi. Tapi bila tersedar, tu cuma mimpi rupanya. Allah masih panjangkan umur ni. Abah tahu, seseorang tu abah. 

Abah...
Adik tak berapa larat nak tulis lagi. Semoga jalan dakwah dan tarbiyyah ini mampu menjadikan anak abah ni kuat. Nanti boleh adik tarik tangan abah, kita jalan sama-sama masuk JannahNya ok?  InsyaAllah. 
Salam sayang, cinta dan rindu.
-Anakanda Najwa Farhana binti Wahid @ Ab Wahid-

2 comments:

  1. InsyaAllah... Moga Allah satukan nanti anak solehah ni dengan ayahnya di jannah nanti. InsyaAllah kerinduan akan terubat, kebahagiaan berpanjangan...

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]