Mereka yang Kool :)

Sunday, March 4, 2012

Sayangkan Puan Mama Tinggal-Tinggalkan..!

Dengan nama Allah yang Maha Mencintai HambaNya yang bertaqwa :)


Nota poket tebal : [Entri kali ini bakal menjadikan anda tersentap, puan emak anda tersentap, dan mungkin juga jiran anda di sebelah akan tersentap. Sila nangis sekarang juga..! Hehehe]

Love you, Puan Emak..! [Kredit]

Alhamdulillah tsumalhamdulillah. Wiken lepas diisi dengan daurah yang sumpah best! (Kredit untuk Serdang, Selangor) Err. Kejap kejap. Ada ke daurah yang tak pernah best? Haha. 


Kali ini, saya serasa mahu menulis tentang puan emak. Oh ya, siapa belum kol atau sms atau twitter atau email atau mukabuku atau telegram atau hantar surat atau BBM atau atau (senang cerita kontek) tolonglah buat sekarang....! Saya merayu ni..! 


Err. Awak ni sebuk je, Cik Prada. Kata anda sambil mendail nombor talipon puan Emak anda. Huhuhu. Et lis saya mengingatkan anda tentang hak seorang ibu itu. Tak salah bukan..?


Ok. Lurus ke titik sebenar. 


Siapa masih ingat ketika dia berusia dua belas tahun aka darjah enam di sekolah rendah kebangsaan (sila sebut nama sekolah rendah anda yang osem itu), cikgu Bahasa Melayu yang anggun jelita lagi kachak bergaya mengajarkan tentang satu perumpamaan, ''Sayangkan anak tangan-tangkan, sayangkan isteri tinggalkan-tinggalkan''.


Ohh, tahniah Cik Prada kerana masih hengat lagi perumpamaan itu..! Hehe. Agaknya sebab itulah dunia sekarang menyaksikan kaum isteri yang sungguh mithali, ayu, pandai masak, comel (kaum suami sila jeles) seringkali ditinggalkan kerana urusan kerja hubbynya. Seperti kakak sulung saya juga, yang sungguh tegar mentaati suaminya yang terpaksa bekerja di kejauhan dan hanya boleh pulang hujung minggu. Tabik spring secara terhormat kepada Puan Kakak kerana jarang sekali saya mendengar keluh kesahnya berhadapan situasi itu. 
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, chewah! [kredit]
Berkenaann tajuk entri ini, saya mahu ajarkan anda satu perumpamaan baru, iaitu Sayangkan Puan Mama, Emak, Mommy, Ummi, Ibu, tinggal-tinggalkan..! 


Eh, tapi kenapa pulak? Awak ni suka hati jantung sendiri je suruh saya tinggalkan puan ibu saya yang anggun itu. Soal anda lagi lalu meneruskan pembacaan. Hahaha. Ya, saya tidak akan menarik kembali entri ini hanya semata-mata untuk anda...!


Anda tahu tak kisah dalam Hadis Ghulam *pemuda??
Ok, obviesli kalau anda belum tahu, anda boleh baca di sini. Hadis ini sangat siknifiken dengan diri saya, atau kita yang bergelar seorang anak. Dalam menjalankan kerja-kerja sebagai seorang daie di jalan dakwah dan tarbiyyah ini, saaaaaaaaaaaaaannnnnggaaaaaaatttttttt banyak perkara yang perlu dikorbankan. 
Heyy... Kan sudah ku bilang, ini bukan kerja part time atau main-main..? 


Sehinggakan, cuti bersama keluarga tersayang juga kadang-kala perlu dikorbankan demi mengattend bulatan gumbeera, konferens riang, jaulah, rehlah, mukhayyam dan banyak lagi. Sebab itu, kita perlu faham dan hadam dengan hadis ghulam ini..!


Buat mereka yang sangat sayangkan Puan Emak anda itu, ketahuilah tiada anak dalam galaksi bima sakti ini yang tidak sayangkan Puan Emak dia. Hatta, anak kuchen Parsi saya yang baru lahir itu juga akan mengiau (meow meow) jika Mommnya hilang kerana terlalu sayangkan Puan Mommy dia, tahu..? Duhai... Saya juga sayangkan Puan Emak saya lillahita'ala..!


Namun, satu perkara yang perlu, harus dan wajib diingat! 
Jika kita terus-terusan berada di rumah, berehat bersama keluarga tersayang, berapa banyak pula masa yang kita gunakan untuk keluar dan menyebarkan ayat-ayat Chenta Allah? Berapa baki minit kita ada untuk menjadi ligat dalam memastikan usrah terus teguh dan utuh? Dan tentunya adakah kita ingin menjadi Incek Sameon yang sungguh jual ikan untuk tidak membantu akhawat dan ikhwah dalam menjalankan misi Syahdatul Haq ini..?


Siapalah saya untuk menidakkan hubungan suci seorang anak dan emaknya. Bukanlah saya tidak berhati perut dan limpa untuk mengatakan anda tidak boleh langsung pulang ke rumah sekiranya ada choti yang masih berbaki. Namun, inilah kuasa KEUTAMAAN! 
Lihatlah di mana keutamaan untuk kita berada pada waktu tersebut. Namun , jangan lupa, hak-hak seorang ibu, ayah dan keluarga tidak boleh sesekali diabaikan. 


Mungkin dalam masa seminggu cuti, dua hari diperuntukkan sepenuhnya untuk berdaurah, dan bakinya dihabeskan di rumah menjaga hak keluarga anda agar anda  ada 'alasan' untuk tidak balik cuti seterusnya kerana mempunyai daurah, jaulah, atau bulatan gembira yang lain. Sungguh simpel, bukan..?


Jadi, apa lagi..? Bukan salah saya bukan, jika mengatakan ;
''Mommy, I love You with all my heart lillahita'ala! But then, i need to leave you for the sake of Dakwah and Tarbiyyah..! For the sake of Allah!''


InsyaAllah, saya tahu buat yang menjadi anak lelaki mommy (mommy's boy) atau si manja Adik Bongsu perkara ini sedikit berat. Namun, bak kata Wonderpets yang telah ditarbiyyah, 
''Apa yang penting??? MUJAHADAH!!!'' 


Oktengsbai.


Ps:Bakal menjalankan hak ke atas keluarga khamis hingga ahad ini. Mommy..! Tunggu kepulangan adik..! Hehehe. (Kadangkala tertanya, macam mana kalau dapat suami yang anak lelaki mommy? Hihi)


Wallahualam
-islamic desire-

7 comments:

  1. Erk.. Kalau cik prada ni dapat mommy's boy, abis la suami dia asyik kena buli and selalu kena tinggal-tinggalkan... Haha. Gurau2 je ye :)

    ReplyDelete
  2. Pergi balik peluk puan emak tu :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Insya-Allah, seseorang perlu diberi peluang beruabah. Mungkin hari ni dia anak mommy dia, di bawah ketiak mommy dia namun mungkin suatu hari nanti apabila kematian itu tak cepat sesaat dan tak lambat sesaaat atau bila dia sudah bekeluarga dia lebih baik daripada kita yang memikirkan sesuatu yg kita tidak tahu kesudahannya serta sungguh cepat membuat kesimpulan. Insya-Allah, jika diberi peluang menghadiri bulatan gembira, konferens riang atau sebagainya bersyukurlah, mungkin ramai seperti anda ada masa untuk itu namun mereka gemar 'diam' jadi maka seolah olah tidak terlibat dengan semua itu dan juga mungkin ada cara lain mereka 'jihad' di jalan Allah. Insya-Allah. Allahurabbi.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, jzkk untuk komen membina. Bukanlah niat saya untuk pantas membuat kesimpulan. Ini hanya satu perkongsian juga peringatan. InsyaAllah, lain orang lain perspektifnya. Moga Allah terus tsabatkan langkah. Allhua'lam.

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers