Mereka yang Kool :)

Monday, February 6, 2012

Anda peminat panas berapi MU?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah :)




Anda yang menyokong Man U jangan terjerit jika melihat ini ya, Tolonglah! [Kredit]
''Jangan lupa event malam ni'' kata seorang pemuda itu. Syaitan Merah lawan Si Biru. Hah?? Lagi membuatkan kuchen saya menggaru-garu kepalanya yang bebas kelemumur itu. Saya sungguh hairan bagaimana kaum lelaki bisa menjadi fanatik dan mempunyai minat yang sesungguhnya terhadap satu-satu pasukan bola sepak. Err, mungkin ada jurus dan mandrem tertentu. Hahaha.


Mungkin famili saya juga tidak terlepas dari penangan bola sepak ini. Seperti abang ipar saya, yang meminati Manchester Bersatu, juga abang-abang saya yang mencintai Arsenal. Kadangkala saya terfikir apa yang membuatkan mereka sanggup berjaga malam hingga dua tiga pagi semata-mata melihat perlawanan bola tersebut. 


Dan, ini satu konfesi tentang diri saya. Saya merupakan pengikut setia incek arwah Abah ke stadium satu ketika dahulu, mungkin semasa saya darjah dua atau tiga. Boleh dikatakan empat hingga lima kali dalam sebulan saya akan ikut beliau ke stadium dan sama-sama melihat ke'meriah'an perlawanan bola. Fuiyohh..! Macam anak jantan je lagaknya. Hahaha. Ops. Sehingga tertidur-tidur saya di bahu abah. Ok. Itu bukan satu babak dalam sinetron hokey..?


Tentulah saya lebih besar dan lebih chomey dari ini.. Hahaha. [Kredit]

Untuk  memeriahkan lagi keadaan, saya juga merupakan salah satu peminat panas (hot fan) MU! Betul. Saya tak bohong. *sambil mengangkat kedua belah tangan*
Saya sangat ingin benar mengumpulkan seramai mungkin peminat dan mereka yang sudi menolong dalam menjayakan pasukan MU ini..! Anda yang sedang membaca, jum! Saya enkarej anda untuk sertai!


Apa ada dengan MU? Tanya anda yang di dahi telah bertulis ''Saya peminat panas Chelsea'' itu. Hahaha. MU adalah Muslim United. Saya ulang. Muslim United. Atau Muslim Bersatu. Bold, italic dan underlinekan perkataan itu. 


Anda oh anda..! Saya nak tanya ni. 


Berapa ramai orang yang mengaku dirinya muslim? Jika anda tanyakan orang di sebelah anda yang sedang menonton drama Korea itu pun, mesti dia menjawab ''Yelah. Tu pun nak tanya lagi. Kacau daun tau!'' Hah! Hambek kau, Labu. Huhu. 


Tapi tahukah anda, berapa ramai yang muslim bila diajak bersatu dalam gerakan dakwah, mereka seakan-akan mempunyai masalah pendengaran yang kronik atau mungkin juga mengaku yang mereka tiba-tiba diserang angin kus kus sehinggakan tidak boleh bergerak bersama dalam dakwah ini?


Saya mengaku satu ketika dahulu, saya juga mungkin tergolong dalam mereka di atas. Namun, percayalah anda, tolonglah yakin bahawa ini lah satu-satunya jalan yang Allah redha. Bukan jalan Wong Ah Jang, bukan juga jalan Sekapur Sireh. Eh. 
Semakin anda berada dan setia tanpa berbelah bahagi dengan jalan ini, anda akan rasa kemanisan dan keekstaordinariannya (berbelit lidah nak sebut). Sumpah! Lagi-lagi bila ada raaaaaaamaaiii yang saling membantu. Curlast kan..? 

''Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh''
[As-Saff : 4]


Kan, dah kata? Jom jadi batu bata! [Kredit]


Haila, sungguh hebat ayat ini. Bukti yang sudah jelas dan nyata. Kalau bawak gi mahkamah tinggi sekalipun, tak boleh lawan! 


Semoga saya dan anda seiringan dalam menyokong MU! Senyum lebar. 


ps: Jangan kechiwa bila Manchester United dan Chelsea seri 3 sama. Kan ada MU? Hoho. 


Wallahualam
-islamic desire-

2 comments:

  1. Ehem2... Artikel yg sangat menarik, Muslimin United kan? Alhamdulillah. :) Kesian dekat peminat panas chelsea dalam artikel ni kan? haha...

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers