Mereka yang Kool :)

Tuesday, March 6, 2012

Resepi Kek Ukhuwwah Berperisa Coklat

Dengan nama Allah yang Maha Memberi Rezeki


Yummyyyyyyy...! [Kredit]
Err. Anda ada dengar tak bunyi tu..? Tak dengar? Tapi... Hah! Cuba dengar betul-betul. Ada bunyi pelik laa... 


Saya lapar lah... Kata anda sambil menggosok-gosok perut. Laa... Anda rupanya. Lapar ya? Meh dapatkan resepi ini. Terhad untuk membaca blog Diari Bulatan Gembira sahaja tahu..?


Ayem hangri...!!!! [Kredit]


Bahan-bahan :


1. Al-Quran
2. Sekilo Talipon Bimbit Berjenama milik anda
3. 3 kati buku nota Bulatan Gembira 
4. Ingatan yang secukup rasa buat adek-beghadek bulatan gembira anda [boleh diaplikasi kepada murobbiah anda juga, haha]


Nota dinding: Bahan-bahan ini boleh ditambah mengikut keperluan dan ikut suka hati anda je. Haha. 


Cara-cara:
1. Gunakan Talipon Bimbit Berjenama milik anda untuk BBM atau sms adek beghadek bulatan anda. Kejutkan QIAM..!
2. Tanya khabar mereka paling koman 2 kali seminggu, ini memang tahap panda punya malas.
3. Ambil Al-Quran kesayangan anda yang berwarna-warni itu [hijau saya punya] untuk kongsi ayat tadabbur yang dirasakan osem.
4. Pinjamkan buku nota bulatan gumbeera anda kepada adek beghadek anda yang tidak dapat hadir ke sesi 'dating' bersama pada minggu itu. 
5. Gunakan segala jenis teknologi yang ada, (blog, video, oven untuk memasak kek, hehe.,) untuk merapatkan hubungan antara anda semua. 
6. Gunakan sekali lagi talipon bimbit berjenama anda itu untuk berkongsi masalah. Sharing is kongsi kan..? 


Selamat Mencuba..!


Nota dinding : [Cara-cara ini juga boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian bahan yang anda miliki. Jika terdapat buah ceri mahupun coklat tabur, mungkin lebih sodap kek anda itu. Hahaha. *Obviesli takda kaitan.]


***

Ok. Sila jangan baling buah tomato kepada saya dahulu. Sabar-sabar. Kan sabar itu separuh dari nama Cikgu Sabariah? 

Resepi ini sebenarnya untuk hengatan kita yang mungkin terlupa bahawa bermuayasyah sesama usrahmet juga krusyel tahu..? Baru lah dikatakan adek-beghadek. Jadi, buat yang lapar tadi, anda bolehlah singgah ke Resepi Rahsia untuk kudap-kudapan ya..! Hehe. Pis. 

Baru lah osem kalau ukhuwwah macam ni..! [Kredit]
Semoga anda dan adek-beghadek bulatan gembira anda lebih rapat ukhuwwahnya dan tentunya dapat bergerak bersama-sama dalam jalan yang sumpah panjang ini..! 

ps: Cemburu kuasa enam belas perpuluhan lima dengan kakak di rumah yang sedang mencuba resepi Blueberry Muffin. Wuuuu T_T 


Wallahualam
-islamic desire-

4 comments:

  1. Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu dari berpecah belah, dan wajiblah kamu BERSAMA-SAMA JAMAAH, orang ramai, dan masjid
    (hadis riwayat imam ahmad)

    -gembira di bulatan gembira-

    ReplyDelete
  2. Cik Prada, terima kasih untuk resepi yang menarik ni. Ouh, kalau tak keberatan, sila bawak pulang blueberry muffin tu ke sini. Haha :)

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers