Mereka yang Kool :)

Friday, February 17, 2012

Eh, Kejap Kejap. Anda Dilarang Masuk Syurga!

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang :)


Roadblock di hadapan. haha [Kredit]
Whoaaa...!! Tajuk entri macam nak EKSTREM je enn..? Kata anda dengan muka sedikit menjengkelkan. Haha. Ops.


Daurah lepas yang sumpah seronok itu semakin membuatkan saya yakin dengan janji Allah bahawa Islam itu pasti menang! Tapikan... Kalau nak menang, mesti kena usaha betul tak? Macam dalam buku Dasar-Dasar Islam oleh Abul Ala Maududi, ''kalau asyik cakap dahaga je, tapi usaha nak amik air kat dapur tu takda, memang takkan hilanglah dahaga tu''. Atau mungkin kita mengharapkan jurus istimewa untuk menghilangkan dahaga? HomaiGod. Silaplah kita kalau berfikiran seperti kartun Naruto itu.


Eh kejap. Kenapa tajuk entri ni kata saya dilarang masuk syurgaNya? Suka hati awak jeeeee... Eee. Geramnya! Pffttt. *sambil menghentak-hentak kaki.


Sabar wahai pembaca sekalian. Sila baca sampai habis. Ngee~


Sebenarnya, perbezaan orang Islam dan orang kafir itu bukanlah disebabkan berlainannya nama, rupa dan bangsa. Bukanlah Michael Owen atau Muhammad Yasir yang menjadi garis pemisah antara kafir dan Islam. Tapi, AKIDAH. 


Kata Ukht M, setiap daripada kita ni dah dapat tanda nama Muslim tu. Dan haruslah syarat paling asas untuk masuk syurga ialah MESTI ISLAM. 


Sepenuh Masa tahu! [Kredit]
Dan dalam mengamalkan Islam, mesti secara sepenuhnya. Tak boleh separuh-separuh. Baru anda boleh gelarkan anda Muslim Sepenuh Masa. Dalam Islam, mana ada kerja separuh masa tahu..? Bukan macam kerja separuh masa di Kay Eff Si (KFC) atau di Gerai Pakcik Bob sebagai tukang buat air. 


Allah berfirman :


''Hai orang-orang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang NYATA bagi kamu''
[Al-Baqarah : 208]

Bayangkan kalau satu hari kita dah malas nak pakai tag nama Islam dan Mukmin itu. Lagu kita gantungkannya ke leher kambing biri-biri klon Dolly. Nampak mudah kan?Tapi impaknya, bayangkan pula satu hari, Malaikat Maut datang jemput kita. Di hari akhirat, kita dihadapkan dengan Syurga dan Neraka. 
Lalu, malaikat tanya,
 ''mana tag nama Islam dan Mukmin dan Daie awak?''  
Kata anda, ''Err. Kat leher biri-biri Dolly''

Late Puan Dolly [Kredit]
Mampu ke kata macam tu?

Ok. Mungkin analogi tadi terlalu gempak atau anda sendiri pun tidak memahaminya. Apa yang saya ingin sampaikan ialah jika kita berniat masuk syurgaNya, kenalah usaha. Dan usaha itu telah dijelaskan dengan osemnya oleh Allah SWT dalam tujuan hidup kita di galaksi bima sakti ini. Nah, apa tunggu lagi...? Jum berlari cari redha Allah!!!

“Sesungguhnya bila salah seorang di antaramu meninggal, maka diperlihatkan kepadanya tempatnya di waktu pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli surga, maka ia ahli surga. Dan jika termasuk ahli neraka, maka ia ahli neraka. Lalu dikatakan kepadanya: ”Inilah tempatmu sehingga Allah bangkitkan kamu pada hari Kiamat.” (HR Bukhary)

Semoga saya dan anda juga tidak akan dilarang untuk masuk ke mana-mana jua pintu syurga Allah. Syurga itu sumpah best tahu..? Tak dapat den nak cerita kebestannya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. 

ps: Destinasi wiken ini, Petaling Jaya bersama akhawats terchenta! Siapa nak join..? Hehehe.

Wallahualam
-islamic desire-




4 comments:

  1. Kat Akhirat kelak sapelah yang mampu selamatkan kita melainkan rahmatNya. Semua akan sibuk memikirkan nasib sendiri, hanya Rasulullah yang merisaukan umatnya yang lain. Moga bertemu di jannah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Moga syafaat Rasulullah dan Ehsan Allah membantu kita memperoleh syurga yg diidamkan.

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers