Mereka yang Kool :)

Thursday, February 9, 2012

Namanya Si Songeng Sukarsono

Dengan nama Allah, Pemilik saya dan anda tentunya :)


Nota poket hari ini: [Entri ini bermoodkan seriyus, hoho]


Err. Sila abaikan gambar ini. [Kredit]


Setelah bersama akhawats terchenta dalam satu perkumpulan SH pada cuti yang lepas, seperti dalam perancangan saya pulang ke kampung halaman yang terletak tidak jauh dari bumi Selangor ini. Hanya memerlukan 4 setengah jam saja jika naik bas. Hahaha. Namun hari itu, Ukht S telah mengajak saya untuk pulang bersamanya. Tengsomac sis!


 Dan apa yang mengosemkan diri nya, perjalanan pulang tersebut hanya memakan masa dua jam sahaja! 
Kalah Pakcik Michael Schumacher tahu..? Haa. Sapa kata akhawat ni tipikal lady driver? Reti pecut lagi. Hehe *habeslah kalau dia baca ni.


Tak dapat bayang kalau naik ni untuk 4 jam [Kredit]


Ok. Lurus ke titik. 


Sepanjang saya berada di rumah, banyak perubahan yang berlaku. Mungkin kerana renovasi secara fizikal membuatkan saya pelik dengan rumah sendiri. Mungkin sementara ini, rumah itu belum lagi menjadi rumah manis rumah buat saya. Haha. Namun, apa yang seronoknya, puan emak berkongsi kisah zaman muda dolu-dolu ketika belajar dan ehem! macam mana incek Abah ketemu dengan Puan Emak. Hohoho. 


Kata puan emak, dolu-dolu pun ada minggu orentasi atau juga dipanggil hari membuli junior. Huhuhu. Incek Abah ketika itu merupakan salah seorang committee. Seperti tipikal junior yang lain, puan emak turut dibuli oleh senior yang lain. Sehinggakan, puan emak disuruh memanggil seorang seniornya itu dengan nama ''Songeng Sukarsono'' walhal nama sebenarnya Zulkifli. Haha. Pun ada manusia begini? 


Dan ditakdirkan Allah yang Maha Esa, Incek Abah bertemu dengan Puan Emak juga ketika minggu orentasi ini. Namun, sebagai lelaki yang kachak lagi gentleman, Incek Abah telah bertekad untuk menyelidik. Kira-kira macam misyen imposibel lah. 
Dan, setelah mendapat tahu serba serbi sedikit tentang Puan Emak, Incek Abah sekali lagi bertekad untuk ke Johor Darul Takzim yang ketika itu dipenuhi dengan tanah merah saja jalannya. Macho sungguh! Hihi. 
Dan, seperti yang dikehendaki syariat Islam incek Abah dengan beraninya menyurakan hasrat menyunting bunga di taman. Err. Tolong amik baldi. Saya terasa nak muntah. Haha. 


Tahniah Incek Abah dan Puan Emak kerana menjadi contoh . [Kredit]
Alhamdulillah, berkat dari Allah SWT mereka disatukan. Wah wah wah... Osem sungguhkan? 
Erm okay. Saya dengar ada orang tanya tadi, ''kenapa awak cerita pasal ni?''


Sejujurnya, saya sangat sedih bila melihat mereka yang 'bahagia' berpimpinan tangan, duduk berdua-duaan sedangkan tahu itu haram. Dan apa yang ingin saya sampaikan, perhubungan yang berlandaskan syariat itu lebih berkekalan. Seriyus tak tipu!


Lagi-lagi bila terkenangkan sahabat lama yang baru saja mendirikan masjid putrajaya  mereka sendiri. Sungguh lah perancangan Allah itu gojes tak terperi. Anda mampu? Huhu


Maaf andai entri kali ini tidak memberi mesej yang jelas atau membuatkan anda rasa macam nak kasi penampar bongsu kat saya. Yang jelas, saya hanya menyampaikan sesuatu yang baik dan ia dipanggil dakwah. :) Peace untuk u olls.


ps: Selamat Hari Lahir buat incek Abang, Muhammad Nuruddin. Semoga usia diberkati. Jaga hati, jaga iman dan jaga diri. Sayang sokmo <3 Err. Hadiah tuntut bulan 4. Hihi. 


Wallahualam
-islamic desire-

4 comments:

  1. Allahu.. SubhanAllah. Sweetnya cerita ni. :) *menitis air mata haru

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. first, saya komen bukan untuk dapat title 'kool' yang awak umpan agar org komen. Secondly, ur writing not bad and i choose and waiting for halal connection way in relationship is nikah.

    ReplyDelete
  3. w'salam wbt. saya tidak mengumpan sesiapa untuk mendapat gelaran kool itu. itu hanya satu term dalam belog ini. harap dalam makluman. belog ini belog utk berdakwah secara gembira.

    insyaAllah, itu jalan terbaik.
    NIKAH CONNECTIN' PEOPLE. Moga berjaya memperoleh zaujah solehah. Wasalam.

    ReplyDelete
  4. Sweet bila berchenta hingga syurgaNya, keranaNya, dan tentunya di jalan dakwah.

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers