Mereka yang Kool :)

Tuesday, October 2, 2012

Stesen Berikutnya..? Next Station..?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

[Nota pendek]: Entri tahan air mata. Sumpah.
Dan sila baca tajuk entri dengan nada seolah-olah anda diterima bekerja untuk LRT Rapid KL. Hehe.
Stesen berikutnya..? Alam Barzakh. Pertukaran ke Alam Akhirat. *gasp
Alhamdulillah tsummalhamdulillah, sangat bersyukur kerana meskipun diri saya yang gemuk  hina ini, penuh dengan dosa dan noda *chewah , Allah masih lagi berikan peluang untuk memberi sedikit saham-saham sorga buat kita, insyaAllah.

Ya, secara ofisyelnya, sudah sebulan saya di sini. Err, sebelah saya ni ke Cik Prada? 
Tanya anda dengan muka suci. Memang tak lah kannn....~ 

Mungkin sudah hampir sebulan juga saya menyepi. Menyepi dalam erti kata, kehadiran hati dan ruh. Ya, mungkin secara fizikalnya saya wujud. Saya tersenyum. Saya ke sana dan ke sini. Tapi secara hakikatnya, saya tercari-cari di mana pergi hati saya yang dulu? Mana pergi ruh saya yang berkobar-kobar dahulu? Pergi Mid Valley mungkin? Err
[Kredit Encik Gugel]
Bila kerapkali telefon cap Chokia saya berbunyi, dan nama-nama insan yang dahulu pernah sama-sama berada dalam jagaan saya, menyatakan perasaan rindu, tak larat, rasa nak futur, saya jadi sedikit malu. Mungkin banyak sebenarnya, saya tak pasti. Tapi pada tika ini, saya masih berada dalam satu fasa transisi. Saya kagum bila melihat mereka yang masih tsabbat biarpun usia sudah lanjut, masih bertahan memberi taujihat kepada kami. Lalu, bila soalan bagaimana bisa bertahan hingga tika ini, insan-insan ini mempunyai jawapan yang hampir serupa.

Ikhlas. 

Kadangkala saya bermuhasabah. Ikhlaskah saya melakukan kerja tarbiyyah ini? Jika ya, apa buktinya? Mengapa tika jahiliyyah datang menjemput dengan karpet merahnya, saya menghulurkan tangan dengan mudah? Kalau begini, tak payah susah-susah mengharapkan anak binaan menjadi super duper ikhwah atau akhawat, jika diri saya sendiri tepu dengan lumpur jahiliyyah!

Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah.

Dan percayalah, fasa transisi ini bukan mudah buat saya. Kadangkala saya tak kuat. Mudah mengalah. Hanya atas alasan belum boleh sesuaikan diri di fasa ini.

Tapi sampai bila? 
 Sampai bila mahu meleret-leretkan alasan itu?  

Entahlah, kalau ikutkan, bukan tak pernah saya melalui beberapa fasa transisi seperti ini suatu ketika dahulu. Tapi perasaan itu sangat berbeza setiap kalinya. Dan untuk pertama kalinya juga, saya baru seakan mengerti dan sedar saya sedang berada dalam fasa ini. (ok, maaf jika ayat berbelit)

Dan kata Ummi, universiti tarbiyyah itu, takkan dapat memberi sijil graduan buat pelajarnya jika tidak dengan kehadiran sabar, ikhlas, iman dan taqwa. Kerana at the end of the day, amal dan taqwa sendiri yang ditimbang. Tarikh graduasi yang hanya ditentukan oleh Allah. Hatta para malaikat juga tidak mengetahui. 

Sebentar ya. Tisu Premier panggil saya.

[Kredit]
 Baiklah. Sekurang-kurangnya saya sedikit lega sekarang. Jazakumullahu khairan katheera buat anda semua yang sudi menyokong saya, membantu saya, mendoakan saya. 

Mungkin kerana dosa dan jahiliyyah saya sehari-hari, tak memungkinkan saya untuk berada di jalan ini tapi segalanya mungkin dengan berkat dari doa anda semua. 

Doakan moga saya dapat terus bertahan dan bersabar dalam ketaatan. 

Yang pahit itu kadangkala sedap. Bukankah nenek anda gemarkan kopi hitam pahit? Hiihi [Kredit]

ps: Happy Graduation Day buat Angah, Acik dan Ucu. Moga graduasi anda menjadi senjata paling tajam buat ummah! Aiwah! 

 Wallahualam
 


4 comments:

  1. Moga anda terus thabat Cik Prada, Innallaha Ma'ana:) Dengan harapan Dia tersenyum pada kita nanti, amin..

    ReplyDelete
  2. akak....saye rindu katekate semangat dari akak.....=/

    ReplyDelete
  3. syafi: akak pun rindu adik akak sorang ni :) iA, sama-sama kuatkan. though im not the best motivater.

    ps: raya haji datang rumah yaaa... boleh sharing

    ReplyDelete
  4. pesona awan biru : insyaAllah. sama-sama doakan.

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers