Mereka yang Kool :)

Sunday, October 28, 2012

Itu Baru Aidiladha Cik Kiah Oii!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Membantu... Maha Membantu...

Senyum lebar-lebar di Hari Raya ini :) [Kredit]

Subhanallah walhamdulillah, Allah masih memberi jari-jemari yang kuat, tenaga yang tersisa masih boleh digunakan untuk menulis sesuatu, jika bukan untuk ummah, cukuplah jika ada sedikit hati yang terkesan.

Oh ya, oleh kerana saya tahu anda merindukan saya selama dua minggu ini, ehem, makanya, secara ofisyelnya saya menghulur sepuluh jari jemari memohon maaf zahir dan batin kerana membiarkan Diari Bulatan Gembira keseorangan. Hehe. Tapi tidak lagi! Kini dengan permisyen dariNya, saya kembali. ^_^

Dan err, belum terlewat rasanya untuk saya ucapkan Salam Eiduladha buat semua pembaca blog ini juga semua umat islam di seluruh dhonia. Jazakumullahu khairan katheera buat ucapan dan doa daripada kalian semua. Maaf juga kerana ada yang tak sempat dibalas dek kerana kekurangan prabayar. (maklumlah tak mampu guna line, eheh). Terharu sumpah bila ada yang menyampaikan salam raya dari perantauan. Nun, negara Eiffel Tower dan negara Pyramid sana tu! Tengs u olls!
Gembira. Itu subjektif. [Kredit]
 Ok. Cukuplah disklemer tak bertauliah itu. Mari sambung cerita hangat kita seperti selalu.

Saya tahu dah berjela-jela blog ataupun majalah Jom atau televisyen series yang berkata soal Hari Raya Aidiladha. Kan? Kan? Tak kurang pula ostad ostadjah yang memberikan talk sensasi mereka berkenaan raya ini. Sungguh siknifiken lah kan. Nama pun hari raya, ye dak?

Tapi saya mahu berkata soal hati. Apa hati kita rasa setiap kali hari raya Aidiladha datang? Teruja kerana dapat cuti? Gembira kerana akan kembali meneruskan aktiviti membesarkan tummy anda? Atau dapat berkumpul saudara mara? Ya, pada saya itu semua tidak ada salahnya. Malah, wajarlah hari raya kita berkumpul sambil mengeratkan silaturrahim. Dan sepatutnya, semakin banyak raya, semakin kita rapat dan dapat bertaaruf dengan lebih mendalam. Tipulah jika saya katakan saya dapat mengenali 5 generasi keluarga Tok Daddy dan Tok Mummy saya. Dari yang setua-tua orang hingga semuda-muda baby. Tapi, inilah tikanya, kita boleh berborak sakan dan mengenali mereka. Dan mana tahu, bonusnya, kita dapat menegembang luas empayar perniagaan, atau membantu masalah sendiri? Tak begitu wahai tok ketua? Hehe.

Dengarnya macam Hari Raya Eidulfitri je, Cik Prada. Eiduladha ni pasai korban laaaa..... Haihhh.

Ok ok. Saya faham Yang Berhormat. Sila duduk dengan tenang sambil hirup secawan Teh Strawberry Cap Cameron Valley anda itu.

Ya, mengapa pula saya menulis tajuk entri kali ini sebagai 'Itu Baru Aidiladha'?

Kerana sejujurnya, saya tak jamin diri saya akan kekal merasakan erti pengorbananyang ditekankan dalam setiap ceramah, atau membaca blog-blog akhawat dan ikhwah yang sememangnya osem jika, diri saya sendiri tidak menghadirkan hati di dalamnya.

Dan mungkin kerana itu, Allah memilih untuk mentarbiyyah saya. Mungkin dengan mengalami sendiri, kita akan lebih menghargai 'mesej' sebenar tentang erti pengorbanan itu. Ditambah dengan pengalaman dan perkongsian insan-insan tersayang, melihat mereka berjuang tak sudah-sudah dengan mehnah dari Allah. Cuba untuk tidak menunjukkan rasa putus asa dihadapan manusia lain, apatah lagi untuk meminta bantuan. Benarlah, orang-orang yang beriman itu bukan sombong tidak mahu meminta, tetapi ia lebih suka berusaha dan terus berusaha. 

Entahlah, bagai tak tahu bagaimana mahu meneruskan ayat. Cukuplah kalau air mata dikongsi pertama-tamanya dengan Allah dalam sujud tahajjud kita. Dan tentunya kita takkan berasa indah pengorbanan itu jika tak pernah diuji dengan ujian yang maha hebat. Opkos untuk hambaNya yang osem sahaja.
[Kredit Encik Gugel]
 **********

Cerita kedua. (habis bebelan pertama)

Pada suatu hari yang bahagia, hehe, saya ondewei pulang ke kampung halaman rumah terchenta menaiki bas ekspress. Lalu, ditakdirkan Ilahi, bas tersebut kurang sihat, mengalami sindrom brek yang tidak efisyen, maka Pakcik Pemandu yang budiman tidak boleh membawa laju kenderaan itu. Sesampai di Syarikat Bas itu, kami disuruh untuk bertukar bas. Lalu, sekali lagi, ditakdirkan Allah, quran kesayangan saya tertinggal dalam bas yang pertama. Anda tahu perasaan saya waktu itu...? 

T____________T

Kbai. Heee. Tapi itulah yang saya rasa. Saya begitu sayangkan Al Quran itu kerana bermulanya jerni saya dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini bersama Quran itu. Daripada sekadar menjadi mangsa Gergasi Habuk Tiga Enchi di dalam *gobok, hingga menjadi teman rapat. Tak boleh dipisahkan. Hinggakan saya rasa, bila membaca Quran milik orang lain, hati saya tidak di situ. Mesti guna Quran sendiri juga! 

*gobok-almari

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Ya, si hijau yang kini hilang. :( [Kredit]
Sampai macam tu sekali saya rasa. Dan... Benarlah, saya sudah tersalah jatuh chenta. Bukankah seharusnya ayat-ayat Allah yang menjadi inspirasi, bukan 'hak milik' Quran itu. Haiyaaaa... Kan dah kena ketuk kepala awak tu Cik Prada! Padan muka. 

Dan harapannya, agar sesiapa yang menjumpai Quran itu (penadu bas terutamanya) dapat terkesan dan menyayangi Quran itu seperti sayangnya anda dengan nyawa anda sendiri.Saya pasrah. :P

Jum tadabbur ayat-ayat Allah :)



"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
[Surah Yusuf: 12]









 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"  

[Al Baqarah 2:45]

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Al-Baqarah 2: 286] 

 

[Kredit]

   

Lagu yang tak boleh didengar hingga habis. Sumpah basah baju nanti. 

Segenggam Tabah

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment) Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd. Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

ps: Moga nenek sihat-sihat sejahtera di Bumi Makkah mengerjakan haji. Tak sabar nak tunggu nenek pulang. Misschuuuuuu....! 

pps: Buat anda (you know who) bertabahlah. Harta kita, sedih kita, gembira kita, kita kongsi bersama ya... Kerana memenuhi keperluan saudara seislam itu lebih utama. *kesat air mata

Wallahualam

4 comments:

  1. Ini sungguh mengharukan. Sangat :') Tapi kan cik prada, kalau orang tu hanya ada kegembiraan dan kesedihan je untuk dikongsikan bersama, tapi belum cukup harta untuk dikongsi bersama, mcm mane pulak tu? :')

    ReplyDelete
  2. salam kak.... ;)
    sori la cuti haritu tk dapat jumpe...cuti kejap je...xdpt g mane2 pon except kampung...hew3...
    <3

    ReplyDelete
  3. w'salam wbt. sokay... eh awak kat ane ni?
    akak holidei seminggu ni. :D

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]