Mereka yang Kool :)

Thursday, October 11, 2012

Jaulah Urban Hampir Terduduk. Anda Mampu?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

[Nota koyak separuh]: Entri yang sudah lama mahu dipost. Cubaan kali ke empat puluh lima kali. Hehe.

Alhamdulillah, tsumalhamdulillah. Masih lagi Allah bukakan pintu hati saya untuk rajinkan diri menulis. Mungkin banyak untuk ingatan diri saya. Tengsomac ilebiyu Allah untuk rasa yang sungguh tenang ini. Sumpah! Mungkin sejak sekian lama tak dapat merasai ketenangan begini.

Anda... Oh anda...! Minggu lepas  kan, saya gi vekesyen dengan yang tersayang. Haaa. Mampu?? 


Ok. Ok. Tak nak merapu kerapu. Makanya, saya dengan rendah hati dan hina diri telah selamat kembali ke Kelumpo setelah menghabiskan hujung minggu berjaulah bersama akhawat KAISY tersayang. Atau boleh juga saya katakan ia seperti ber-jauh-lah. Mungkin kerana pengalaman pertama. Sungguh lah, ini antara wasilah tarbiyyah yang cossy tetapi berbaloi angad-angad. Macam-macam hal yang bakal menggugah jiwa dan fizikal anda! 


Melaka. 

Ya, satu negeri yang tak pernah saya kunjungi secara rasmi sebelum ini. Dan, bersama akhawat tersayang tentunya ia menjadi satu pengalaman yang sumpah osem! Ehem.
Mungkin boleh saya katakan, akhirnya, saya berjaya mencari hati saya, ruh saya, yang dah semakin merajuk dengan saya sebelum ini. Saya nampak diri saya tika bersama mereka. Inilah sapot sistem yang sebenar-benarnya. Subhanallah!

Entahlah, susah saya nak cerita satu persatu. Harapnya gambar-gambar ini membantu. Jika tidak, err. Anda boleh tanyakan murobbi dan murobbiah anda apa itu Jaulah ya!
[Kredit]

[Kredit]

Task di Bukit St Paul. Hafal Hadis 4! [Kredit]
Cincin sakti! Hehehe. [Kredit]

 Dalam seronok seronok ni, tertumpah juga air mata saya bila bercakap soal amanah. Soal tanggungjawab. . Hurm. Habis kemachoan. Ehh. Hehe. Yelah, sedangkan gunung dan bukit bukau saja sampai nak runtuh akibat kecuakan nak memikul amanah. Manusia dengan mendabik dada dan penuh yakin diri, berkata, ''Alaahh! Setakat jadi ketua darjah, nenek angkat aku pun bolehhhh..!''

atau


''Pangkat ni saja-saja aku terima. Yelah, nak cari pengalaman kata orang. Ye dak?''

Allahu... Jika saja manusia itu tahu. Jika saja...

Amanah itu berat. Cukup-cukup berat. 

Amanah. Bukan. Mainan. [Kredit]

Sampai syurga saya sayangkan anda semuaaaa.... Lillah! [Kredit]

Semoga kita semua terus diteguhkan langkah di jalan ini. Izinkan saya bersama-sama anda lagi di syurgaNya ya... *menangis terharuuuu. 
Dan err... Tahu tak, saya berjaya menangkis ketakutan memandu kereta Unser MANUAL on de wei pulang ke Kelumpo. Hehe. Heyy toksah perasan hebat lah Cik Prada. Tuii. Kata anda yang cemburu tak dapat ikut jaulah itu. Haha. 
Err err err... Agak-agak, boleh request jaulah ke Langkawi pula? Hehehe. Biidznillah.


ps: Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati seorang hamba Allah ini untuk bersama sama saya di jalan ini. Moga anda menjadi akhawat cemerlang di mataNya dan mata manusia. Sayang anda!



Wallahualam

 

3 comments:

  1. err.. err.. bisakah saya juga bersama anda? *lari bawah meja

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]