[Nota pendek]: Entri tahan air mata. Sumpah.
Dan sila baca tajuk entri dengan nada seolah-olah anda diterima bekerja untuk LRT Rapid KL. Hehe.
![]() |
Stesen berikutnya..? Alam Barzakh. Pertukaran ke Alam Akhirat. *gasp |
Ya, secara ofisyelnya, sudah sebulan saya di sini. Err, sebelah saya ni ke Cik Prada?
Tanya anda dengan muka suci. Memang tak lah kannn....~
Mungkin sudah hampir sebulan juga saya menyepi. Menyepi dalam erti kata, kehadiran hati dan ruh. Ya, mungkin secara fizikalnya saya wujud. Saya tersenyum. Saya ke sana dan ke sini. Tapi secara hakikatnya, saya tercari-cari di mana pergi hati saya yang dulu? Mana pergi ruh saya yang berkobar-kobar dahulu? Pergi Mid Valley mungkin? Err
![]() |
[Kredit Encik Gugel] |
Ikhlas.
Kadangkala saya bermuhasabah. Ikhlaskah saya melakukan kerja tarbiyyah ini? Jika ya, apa buktinya? Mengapa tika jahiliyyah datang menjemput dengan karpet merahnya, saya menghulurkan tangan dengan mudah? Kalau begini, tak payah susah-susah mengharapkan anak binaan menjadi super duper ikhwah atau akhawat, jika diri saya sendiri tepu dengan lumpur jahiliyyah!
Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah.
Dan percayalah, fasa transisi ini bukan mudah buat saya. Kadangkala saya tak kuat. Mudah mengalah. Hanya atas alasan belum boleh sesuaikan diri di fasa ini.
Tapi sampai bila?
Sampai bila mahu meleret-leretkan alasan itu?
Entahlah, kalau ikutkan, bukan tak pernah saya melalui beberapa fasa transisi seperti ini suatu ketika dahulu. Tapi perasaan itu sangat berbeza setiap kalinya. Dan untuk pertama kalinya juga, saya baru seakan mengerti dan sedar saya sedang berada dalam fasa ini. (ok, maaf jika ayat berbelit)
Dan kata Ummi, universiti tarbiyyah itu, takkan dapat memberi sijil graduan buat pelajarnya jika tidak dengan kehadiran sabar, ikhlas, iman dan taqwa. Kerana at the end of the day, amal dan taqwa sendiri yang ditimbang. Tarikh graduasi yang hanya ditentukan oleh Allah. Hatta para malaikat juga tidak mengetahui.
Sebentar ya. Tisu Premier panggil saya.
![]() |
[Kredit] |
Mungkin kerana dosa dan jahiliyyah saya sehari-hari, tak memungkinkan saya untuk berada di jalan ini tapi segalanya mungkin dengan berkat dari doa anda semua.
Doakan moga saya dapat terus bertahan dan bersabar dalam ketaatan.
![]() |
Yang pahit itu kadangkala sedap. Bukankah nenek anda gemarkan kopi hitam pahit? Hiihi [Kredit] |
ps: Happy Graduation Day buat Angah, Acik dan Ucu. Moga graduasi anda menjadi senjata paling tajam buat ummah! Aiwah!
Wallahualam

Moga anda terus thabat Cik Prada, Innallaha Ma'ana:) Dengan harapan Dia tersenyum pada kita nanti, amin..
ReplyDeleteakak....saye rindu katekate semangat dari akak.....=/
ReplyDeletesyafi: akak pun rindu adik akak sorang ni :) iA, sama-sama kuatkan. though im not the best motivater.
ReplyDeleteps: raya haji datang rumah yaaa... boleh sharing
pesona awan biru : insyaAllah. sama-sama doakan.
ReplyDelete