Mereka yang Kool :)

Wednesday, August 8, 2012

Lailatul Qadr Bukan Sebuah Beg Prada.

Dengan nama Allah yang Maha Membuka Pintu Syurga dan Menutup Pintu Neraka

[Kredit]
Subhanallah tsumalhamdulillah! Tika kita berbuka sebentar tadi, maka secara ofisyelnya kita sudah diizinkan Allah untuk masuk ke hari kedua puluh. Ya! Bagai menaiki kereta Ferrari berwarna merah berkelajuan hampir 400 kuasa kuda lagaknya bila berada di Bulan Ramadhan ini. Macam baru semalam saya excited mendengar pengumuman puasa di kaca televisyen. 

Lalu, kita juga sudah memasuki fasa ketiga iaitu fasa yang paling crucial. Fasa yang maha menguji ketabahan, kesabaran dan daya tahan kardiovaskular untuk sama-sama tingkatkan amalan. Err. Untuk apa ya? Haihh. Tanya lagi? Tentulah untuk mengejar Lailatul Qadr! 


[Kredit Encik Google]
 ''Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.'' 
[Al Qadr 97:1-5]

Subhanallah! Alangkah seronoknya malam qadr ini. Dan kalau dulu masa zaman kecik-kecik, saya selalu takut bila sebut malam qadr ini. Yelah, dulu nenek saya cerita pokok semua tunduk dan sujud. Sata jadi kecut perut membayangkan pokok lambai-lambai saya kemudian sujud pula. Hehe. Tapi, itu kisah zaman muda mudi dulu. 

Ramai antara kita yang tahu akan kewujudan malam ini. Sudah tentu. Malah di akhbar, di majalah Jom (ehem), Solusi, Gen Q, dan banyak lagi semuanya ada sebut tentang malam ini. Namun, mengapa ramai yang masih tak tergerak hati mahu beria-ria beramal dengannya? 

Jawapannya, simple. Kerana ramai yang belum kenal siapa Lailatul Qadr ini. Kerana itu, diturunkan surah Qadr khas untuk Allah ceritakan apa eceli malam ini. 

Saya sangat tertarik apabila terbaca satu post ini yang mengatakan sepatutnya semakin dah nak habis Ramadhan, semakin banyak eyeback kita kerana berjaga malam, semakin bertambah rakaat tahajjud kita, semakin bersungguh-sungguh kita membaca dan bertadabbur Al-Quran. Dan tentunya mengurangkan masa di Muka Buku, Kicauan, Tumblr (sentap) dan Blog. Eh.

Ya! Kerana malam qadr bukan sebuah beg Prada. Jika malam qadr ibarat beg Prada, tentu sahaja anda yang gemarkan Dolce & Gabbana atau Polo atau Sembonia atau Calvin Klein atau Cap Ayam Sahaja akan bertindak untuk tidak mempedulikan malam tersebut. 
Buat apa ya? [Kredit]
Dan kerana Lailatul Qadr bukan berjenama Prada lah, kita mesti beramal dengannya. Siapa tahu, Allah mengurniakan rezeki buat kita untuk bertemu dengannya! ^_^
Dan ia bagai shortcut ke Syurga buat kita, biidznillah! Jadi, ayuh start enjin Ferrari anda, err jika saya cukuplah dengan Nissan Murrano sahaja. Kita pecut dengan iman dan taqwa hingga akhirnya! InsyaAllah, semua orang layak menang. :)

ps: Sedikit kurang sihat sejak semalam. Doakan kesihatan diri ini untuk memecut laju di fasa terakhir. Buat rakan-rakan yang sibuk mengapplai laman sesawang JPA, mohon bersabar. Kan sabar itu sebahagian daripada nama Puan Sabariah? Hehe. Moga rezeki itu milik kita bersama. Ameen.

Wallahualam
 

2 comments:

  1. Ku pecut kereta Alza mencari malam Lailatul Qadar :) Insyaallah, terus Istiqamah

    ReplyDelete
  2. Takpe, biar body Alza asal enjin Viper! Aiwah!

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers