Mereka yang Kool :)

Thursday, August 1, 2013

Ini Analogi Lailatul Qadr Bagi Noobs. Eheh.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, sampaikan kami kepada Lailatul Qadr. 
[Kredit Encik Gugel]
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu nun, terdapat 3 orang bi ef ef yang sedang duduk bersantai. Kita gelarkan mereka Senah, Jemah dan Peah (sesungguhnya nama-nama ini tiada kaitan langsung dengan yang hidup atau telah pergi menghadap Ilahi, sekian harap maklonggg!). Apa yang menariknya tentang tiga orang sahabat karib ini, selain daripada tidak lokek langsung memberi pinjam tudung-tudung mesir, syria dan DBKL (eh) keluaran terbaru, mereka juga masing-masing memiliki personaliti yang sangaaaaaaattttt berbeza. Namun, memandangkan mereka bertiga ini berjanji untuk setia berkawan hingga hujung nafas terakhir-ayat-jewang-macam-nak-makan-penampo-ehehe, maka perbezaan tersebut tidak dihiraukan sangat. Ibaratnya ala- ala secebis kek buatan Resepi Rahsia saja. 

Senah merupakan seorang yang sangat simple dan sederhana. Semuanya serba cukup baginya. Moto hidup Senah ialah ''sikit pun takpe.bukan boleh bawak mati ponn''. Padanya, setiap pekerjaan boleh saja dilakukan secara ala kadar. Tak perlu fikir banyak. Noktah. Tak pening kepala dan tak perlu membeli panadol cap ayam. 


Jemah pula seorang yang super duper rajin dan bersungguh-sungguh bila melakukan pekerjaannya. Memang menantu pilihan lah! Pagi-pagi lagi, Jemah sudah bersiap-siap untuk ke kebun getah milik neneknya untuk menoreh. Selepas menoreh, Jemah akan memberi ayam dan itik makan. Kendian, menyiram pokok-pokok di taman. Tak menang tangan dibuatnya. Itulah Jemah. Sentiasa ingin lebih dan lebih. 

Peah, atas tangan lain (baca: on the other hand), seorang yang pemalas. Kalau Senah ada moto hidup, Peah juga ada! ''daripada sikit baik tak yah langsung. better gain nothing than u lose everything'' Ohoii! Seperti itulah Peah. Spiking pulak dia. Memandangkan Peah anak bongsu, jadi segala kemahuannya dituruti. Hinggakan, dia berasa tidak perlu langsung untuk berusaha dan bekerja. Iya, tak sesuai menjadi calon isteri. Heh. Jelir lidah. 

Arakian, pada suatu pagi, Senah, Jemah dan Peah bermain kejar-kejaran di tepi hutan. Akibat daripada keterujaan mereka, mereka tidak sedar bahawa mereka sudah jauuuuuhhhhh di dalam hutan dan menghampiri gua yang sangat gelap lagi kelam. Untuk menambahkan lagi drama mereka kala itu, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Sudahnya, mereka habis atas (end up) berteduh di dalam gua tersebut. 

Tiba-tiba! Terdengar suara...

''Wahai Peah, Senah dan Jemah, di kaki kamu ada sesuatu barang. Kamu boleh ambil barang tersebut. Tetapi ingat! Jika kamu ambil kamu menyesal, jika kamu tidak ambil juga kamu akan menyesal''

Ah sudah! 

Lalu, es bin ekspekted, Jemah yang bersemangat itu terus mengambil barang tersebut sebanyak yang dia boleh. Teraba-raba di sekeliling kakinya. 

Senah juga tidak kurang hebatnya. Dia mengambil setakat yang boleh.Cukup lah sampai penuh kedua tangannya dan dia pun berhenti. Tidak seperti Jemah yang sampai penuh poket-poket baju dan seluarnya. 

Peah pula tidak ambil langsung. Katanya, ''dua-dua pon menyesal. amik ke tak amik ke, sama je. takpelah, malas aku nak kisah.'' Dan dia duduk bersila pangggung menunggu rerakannya mengambil barang-barang tersebut. 


....................................

Dan tidak lama kemudian, matahari pun memancarkan cahayanya yang terang....

Apabila mereka keluar daripada gua tersebut, alangkah terkezut pandanya mereka tatkala terlihat, rupa-rupanya barang yang dimaksudkan oleh suara tadi ialah...

MUTIARA PUTIH yang berkilauan! 


Hah, apa lagi, melompat kegiranganlah Jemah. 
Senah juga begitu.
Tetapi, apa yang berlaku pada Peah? Huhu... Pengsan!


Namun, tiba-tiba, satu perasaan MENYESAL datang. Jemah menyesal kerana tidak ambil lebih banyak mutiara itu. Jikalau dia tahu, mesti dia akan bersikap kreatif dengan membuat poket baru di baju, atau menyimpan mutiara di dalam tudung atau apa sahajalah!


Senah pula menyesal kerana sikap besederhana dia, dia terlepas peluang untuk memperoleh mutiara itu dengan jumlah yang banyak.


Peah, hurm... Toksah cakap! 

Betulkan? [Kredit]
Sekarang, baru mereka faham, mengapa ambil pun menyesal, tak ambil pun menyesal juga...



Ameen [Kredit]
Itulah kita dalam bulan Ramadhan ini. Allah telah datangkan bonus berganda-ganda untuk hambaNya. Kerahmatan, keampunan, kesejahteraan, ketenangan, rezeki yang melimpah ruah. Cuma kita je yang tak nampak. Saya tak tahu, kalau pahala itu Allah zahirkan dalam bentuk Honda CRZ atau Ferrari, gamaknya, semua orang pakat tak buat kerja lain lah. Semua nak beribadah di tikar solat masing-masing. 

Dan Lailatul Qadr itu telah diceritakan dengan teliti dalam Surah Al Qadr. 

''Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!''
[Al Qadr 97:1-5]


Benar, kita tidak akan tahu bila sebenarnya malam yang lebih umphhh dari 1000 bulan itu. Namun, tugas kita beramal sebanyak-banyaknya. Agar kita tidak menjadi orang yang kelak berkata,

''Ya Allah, kembalikanlah kami ke dunia, pasti Kau akan mendapati kami dalam kalangan orang-orang beriman''

Jadi, mari kita cek semula. Adakah kita berasa cukup dengan amalan kita? Berapa juzu' sudah dibaca? Berapa surah sudah dihafaz? Berapa kali kita korbankan masa tidur untuk bangun bertahajjud? Berapa kali kita beri makan golongan miskin? Tanya diri sendiri.

Sumpah kita tidak mahu menjadi seperti Peah bukan?

Senyum. 

Kurangkan berkata-kata. Mari beramal. Pecutan di hari-hari terakhir Ramadhan! JOM!



ps: Mabruk alaik buat Puan Kakak Besar yang telah selamat melahirkan cahaya mata mujahid kedua, 28 Julai 2013 bersamaan 20 Ramadhan 1434H. 

ps II : Sampaikan salam buat KAISY tercinta. 2 Ogos. Bagi anda yang tahu mengapa. Hehe. 

ps III : Doakanlah saya dapat menukilkan satu lagi entri bagi menjawab satu persoalan kencang daripada seorang adik osem. Ohoii. Sentap soalanmu, dik! 

Wallahualam.



1 comment:

  1. Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya dari kejauhan (Kuantan, Pahang.. Maaf Zahir Dan Batin..

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers