Mereka yang Kool :)

Friday, July 19, 2013

Gagal Sekali Tak Bermakna Tak Gagal Lagi. Eh.

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Lagi Maha Baik PerancanganNya :)

Failure is a delayed success [Credit]
 Baru-baru ini, alhamdulillah, keputusan peperiksaan semester telah dikeluarkan. Dan seperti biasa, ramai yang berkongsi perasaan. Jika bagus, gembira. Jika kurang bagus, sedih. Itulah sunnatullah. Namun, saya cukup kesal bila ada yang menyumpah seranah dengan keputusan yang telah diperoleh. Allahu, awak yang tetapkan keputusan atau Allah? Boleh kurus pahala puasa tau! 

Bagi yang mengerti, apabila setapak masuk ke Sekolah Hondang-Hondang, saya tak tahu tempat lain, tapi di tempat saya belajar, untuk memperoleh senarai dekan adalah seperti menunggu bonus raya tahunan dikeluarkan. Lambat, sukar tetapi pastinya tidak mustahil. Pesan saya, janganlah kerana satu kegagalan di atas kertas menyebabkan kita jatuh terbenam lalu terperosok ke dalam tanah. Ini bukan pengakhiran. Kita masih perlu bersyukur kerana raaaaaaaaaaaammmmmmmaaaaaaaaiiiiiiiiiii lagi insan-insan yang tak berpeluang merasai alam belajar di ipt ni haa. Dan kita, apabila satu kegagalan di atas sekeping kertas, sudah mahu mengalah?

Meh sini meh. Duduk sini. Ada benda saya nak cerita. 

Kawan-kawan selalu tanya mengapa kalau saya gagal, saya masih tersenyum. :) . Ok. Berhenti senyum.
Ya, saya juga pernah gagal dalam pelajaran. Bukan mahu membuka aib sendiri, tetapi biarlah anda berasa bertuah kerana mungkin anda lebih bernasib baik dalam pelajaran. Seriyusli.

Dahulu, seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ini, (post mana entah tak ingat banyak sangat, hee) darjah 4 merupakan darjah yang saya takkan lupakan. Saya yang sangat lemah dalam matematik, (well explained why i took law now) dan selalu gagal dalam matematik. Tika saya meminta tunjuk ajar, saya tidak diberi perhatian, malah dihalau keluar kelas. Heyy, tak gagal ke namanya tu..? Sudahlah kurang pandai, dihalau keluar pula! Dan Puan Emak kesayangan merupakan cikgu di sekolah itu. Hah, malu tau! 3 kali gagal!

 Itu sekolah rendah. Bila sampai ke sekolah menengah pula, ketika saya di Tingkatan 4 ,seusai saya balik dari Kolej Islam Sultan Alam Shah ke sekolah lama saya, saya telah duduk di rumah selama beberapa bulan. Ini terjadi kerana, saya perlu menunggu surat kelulusan daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri untuk memasuki sekolah lama itu, walhal kalau ikutkan pengetua boleh je bagi saya masuk dan belajar sekali dengan kawan-kawan untuk mengelakkan saya tertinggal pelajaran. Ye dak? Dan, ya. Setelah rayuan dibuat, siap puan Emak pergi berjumpa dengan Inche Pengetua, masih beliau tidak mengizinkan. Lalu, buku apa sahaja yang saya ada waktu itu untuk mengulang kaji pelajaran? Cer bagitahu saya. Saya hari-hari talipon (habis kredit mak) kawan-kawan, untuk tanya apa yang mereka belajar hari itu. Perit, sangat perit bila kita tidak diberi peluang untuk belajar. Air mata tak usah kata. Memang murah sangat tika itu. 

Kadang-kadang, saya curi-curi keluar rumah, pergi sekolah, sebab nak tengok, kawan-kawann belajar apa. Tapi sekejap sahaja. Saya takut, saya malu dilabel sebagai 'pelajar tertinggal'. Bayangkan, hampir beberapa bulan, saya masih tak tahu apa formula-formula dalam Electrochemistry. Bagaimana mahu balance kan equation. Simple! Tapi saya tak tahu! 

Itu baru Kimia. Belum bagitahu lagi Biologi, Fizik dan tentunya Matematik Tambahan. Dan sememangnya saya sangat lemah dalam matematik.Bila dah dapat masuk sekolah, kawan-kawan ramai mahu membantu. Tetapi, saya tiada asas. Saya tak belajar asas. Macam mana kawan-kawan berusaha terangkan, tetap saya pening. 
Hingga saya balik lewat, rehat saya tak keluar, sebab jumpa cikgu, minta ajarkan mana-mana yang saya tertinggal. Tapi, cikgu pun susah juga. Takkan cikgu nak ajar saya semuanya dari mula hingga akhir..? Mustahil.

Bukan tak pernah juga saya kena rotan dengan hanger kerana gagal Matematik Tambahan. Bukan tak pernah saya menangis tak faham satu apa pun Kimia. Bukan tak pernah saya teresak-esak di bahu cikgu Fizik saya kerana masih tak dapat kuasai subjek itu. Semua itu saya pernah rasai. Bersyukurlah anda! 

Keputusan peperiksaan saya bagi Tingkatan 4 dan 5 cukup teruk. Pernah saya pulang ke rumah, Puan Emak tanya,''Adik, macam mana result periksa kali ni?'' Terkaku saya. Saya mampu tunjuk buku catatan saya yang isinya saya catatkan keputusan peperiksaan yang.... cukup.... teruk. 

Bukan sekali dua saya nampak mak menangis. Sebab saya!  Boleh kira berdosa tau kita buat ibu menangis sedih sebab kita. Lagi hampa bila Puan Emak kata, ''Sabar lah dik ya. Ada hikmah Allah tak bagi masuk sekolah awal-awal dulu. Maafkan lah inche pengetua tu, dia tak tahu duduk sebenar perkara''

Hati saya sakit. Benci pun ada waktu tu dengan pengurusan sekolah. Tapi saya senyum. Tak pernah saya cerita pada kawan-kawan saya memang hampa dan down dengan sekolah waktu itu. Tapi, saya sedar, hikmah Allah jaaaaaaauuuuuuuuhhhhhhhhhhhh lebih BESAR. 
 Dia datangkan jalan dakwah dan tarbiyyah ketika saya sedih. Ketika saya rasa diasingkan daripada kawan-kawan yang tidak ketinggalan dalam pelajaran. Subhanallah.Nikmat mana lagi yang saya nak dustakan?

 Ya, itu cerita sekolah saya. 
berapa banyak dah kita memberi kepada Islam? Ke asyik sedih je? [Kredit]

Naik ke universiti, saya juga tidak terlepas daripada diuji dengan kegagalan. 
 Undang-Undang Kontrak 1. Ya! Subjek pembunuh dalam kalangan para mahasiswa mahasiswi Sekolah Hondang-Hondang. Senyum jelir lidah. 

Waktu itu, memang saya sedih. Yelah, waktu asasi, saya seronok je. Subjek tak banyak. Cemerlang pulak tu. Eheh. (bangga diri adalah tidak dibenarkan di DBG, Cik Prada!)

Masuk ijazah, hambek kau!

Tetapi alhamdulillah, ada insan-insan yang Allah hadirkan untuk membantu untuk bangkit. Dan Allah ingin melihat usaha! Kerana, boleh jadi, Allah uji dengan kegagalan yang sama adalah kerana kita tak berusaha untuk singkirkan jahiliyyah yang sama yang kita lakukan dalam hidup ini. 

Alhamdulillah, Allah izinkan kejayaan itu bertapak sekali lagi pada Semester baru-baru ini. Alhamdulillah.

''Benda-benda macam nilah yang akan diuji, bukan tiada sebab, bukan sia-sia,tapi semuanya kerana Allah nak clearkan balik pergantungan kita pada DIA semata, ana juga dulu diuji dengan result exam,ada 2 paper kene repeat, sampai 2 kali Allah uji, sebab tak lepas-lepas lagi dengan ujian itu, iA selepas tu kita akan jadi lebih kuat dan rasa kita ni tiada apa2 kuasa utk menentukan apa jua dalam hidup kita. Mungkin ni satu cara Allah nak makbulkan doa mathurat kita. Ya Allah, janganlah kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, iA hanyalah cebisan2 ujian untuk diri kita..'' 

Itu kata seorang ukhti osem. Terima kasih kerana menghabiskan kredit anda untuk mendengar luahan hati ini. Senyum. 

 Apa kata Allah SWT pula..?

''... Allah (berbuat demikian) utk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati.''
[Ali Imran 3: 154]

''Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.''
[Ali Imran 3:142]

''Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang betaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dann tidak (pula) menyerah. Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar''
[Ali Imran 3:146]  
[Kredit]

Allah kata, Allah cintakan orang yang sabar. Bukan setakat suka, malah CINTA! 

Berapa ramai orang yang kerana CINTA, hidup dia bahagia seolah-olah di sorga? Chewah!

Berapa ramai pula orang yang bila diuji, dia mencari ALLAH dahulu? Bukan mukabuku, bukan kicauan, bukan instagram, bukan blog (ehem) dan sebagainya. Berapa ramai? 

... dan Allah mencintai hambaNya menurut berapa banyak cinta hambaNya kepadaNya...


Maka, bersyukurlah kita. Allah uji, dia sayang tu. Dia nak kita kembali padaNya. Bukan merayu-merayu menangis bagai esok dah takda.

 Senyum, be strong dan anda lah orang yang tabah! Saya doakan. Biidznillah.



ps: Selamat datang ahlan wasahlan welcome to Second phase of Ramadhan. Senyum.
 Wallahualam
 

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers