Mereka yang Kool :)

Tuesday, July 2, 2013

Tarbiyyah Pilih Kasih 2.0

Dengan nama Allah yang Maha Memahami Lagi Maha Menguji

Dakwah. It is not as easy as ABC. But surely it is TOO AWESOME  let it go away! [Kredit]


[Nota sembang] : Entri ini TIDAK SESUAI SAMA SEKALI untuk dishare kepada yang belum berbulatan gembira, yang baru berbulatan gembira, atau yang belum membawa bulatan gembira. I repeat. It's not a joke. Baca untuk diri sendiri je sudah. (poyo je Cikprada seriyus, hehe)

Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah. Memang wajib untuk saya istighfar sebanyak banyaknya dengan kelemahan diri inin yang tak mampu mengupdate Diari Bulatan Gembira. Oh ya, memandangkan macam banyak je perlu dicerita, meh saya mulakan.

Entri ini puncanya daripada pada suatu hari yang hening, ketika adik-beradik bulatan gembira saya bertanya, ''Bila awak nak update blog awak ni..? Lama tunggu.'' 

Senyap.

Sebenarnya, sejujurnya, bukan saya tak pernah update. Tapi segala rasa dan ujian yang Allah kurniakan menjadikan saya terdiam lalu entri yang dibuat tidak dipublishkan. Bimbang dan gusar ia terlalu 'loud'.
Dan itu juga bukti mengapa entri ini mempunyai 2.0 di belakang nun. 


Bagi yang mengalami, pasti benar dia tahu. Bahawa mengupdate entri-entri berkisar tentang dakwah dan tribulasi-tribulasi sepanjang tarbiyyah bukan semudah mengorder Burger Bakar di Gerai Abang Burn. Jika tiada 'rasa' yang mengiringi, pasti entri itu hilang 'ruh' nya. Eh, awak ingat manusia je ada roh? Entri pun ada tau. Haa, jangan memahen!


[ http://muharikah.wordpress.com/2013/06/09/kekeringan-di-musim-hujan/] 

Dalam kekeringan saya ini, sangat lah saya tidak sangka bahawa bukan saya keseorangan. Malahan, kakak yang saya sayangi, yang saya pandang tinggi turut mengalami tribulasi yang sama. Subhanallah..! 
Memang terasa seperti bercerita perihal sendiri tatkala membaca. 

Dan jika anda dapat memahami, untuk menyudahkan entri ini untuk dipublishkan, bukan satu kerja yang mudah. Walaupun pengikut di DBG tak sampai 90 pun. Jauh panggang dari api APG. Ye dak? Ok, whatever. 

Kerana ini Malaysia kah?

Kenapa saya kata tarbiyyah pilih kasih? Saya tak tahu adakah ini sindrom syok sendiri, perasaan sendiri yang terlebih-lebih atau apa. I just don't know. But somehow I do feel it. Kita sedia maklum bahawa di Malaysia ada bermacam jenis sekolah, bermacam jenis aliran, sains tulen lah, sains tulen agama lah, sains kemanusiaan lah, sekolah berasarama penuh, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah agama, sekolah musleh blablabla panjang tak daya nak listkan.

Dulu sejujurnya, seperti dalam entri yang pernah ada di DBG, saya pernah merasakan tarbiyyah ini hanya untuk orang sekolah agama. Kenapa? Kerana mentaliti. Yang bila dijawab , ''saya dari SMK'' berbanding ''saya dari SMKA'', ada perbezaan yang ketara. Bagaikan perkara itu terlalu amat penting untuk dijadikan kayu ukur tarbiyyah. What the?

Tapi, tarbiyyah yang sebenar mengajar saya itu semua perkara kecil je bro. Tak ada yang perlu dibesarkan. Dan alhamdulillah, mata saya kembali cerah, jiwa islam saya semakin besar setelah dididik. 


Ke di tempat aku sahajakah?

Saya hairan. Saya hairan betul. Pelik yang amat sangat. Tarbiyyah yang sepatutnya untuk semua orang, yang perlu diberi keadilan dan kesamarataan menurut tahap kefahamantidak diberi. Mana bisa kita minta orang bekerjasama dengan kita, jika saja, cara untuk meminta itu seperti tidak sopan. Malah merasakan perbezaan 'CARA KITA' membuatkan kita ini dipandang seperti , ''OH! Kamu seperti tak sesuai lagi untuk ini dan itu. Takpe, biar kami yang buat. Takpe, biar kami yang handle. Biar kami. Biar kami. Biar kami.'' Diberi taklif kepada orang lain, orang lain yang berlebih. Seperti itulah. ''Ohoii, can you show some respect to others? Can you..??? All that we need from you is to give us a chance. To show you that our difference is nothing , it can't be a reason why we cannot be united. And to show some respect! Or is it because we come from overseas and we then have an extremely damn HUGE differences? Or is it because you came from 'that school' and we came from 'that school' ? Or is it because my father is not ikhwah and yours is? Is it?''

Perbezaan cara tetap ada. Seperti juga Saidina Abu Bakar juga Saidina Umar, dua sahabat Rasulullah SAW ini BFF. Tapi, karakter tetap berbeza. Background mereka berbeza. Cara dakwah tetap berbeza. Tetapi matlamat sama. SAMA! ALLAHU GHAYATUNA bukan?


Ke perasaan syok sendiri aku?

Kalau lah ini semua hanya rasa saya seorang, saya mohon taubat daripada Allah. Mohon maaf daripada semuanya. Semua sekali. Saya tahu, tiada masalah tanpa solusi. Tapi ketahuilah, saya juga manusia seperti anda. Yelah, saya tak tahu pulak kucing saya pandai baca entri blog ini. Okbai. Saya juga da perasaan untuk diberi peluang itu, dihargai sebagai seorang akhawat. Ok lah, jika tidak mahu menggelar saya akhawat, (mungkin kerana tidak layaknya saya) hargailah sebagai seorang manusia. Simple bukan? 


Buntu. Masalah ini membuatkan saya terdiam, terpaku. Lantas pada DIA yang Maha Mendengar sahaja yang saya luahkan sesungguhnya.


Dan seriyusli... 

''Aku juga mahu ke Firdausi sepertimu ya Rasulullah''


 *********

Saya tahu, semua orang sedang bergelut dengan masalah masing-masing di medan masing-masing di tahap masing-masing. Bertabahlah hati! Allah bersama kita. 

'' Di antara orang-orang mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada pula yang gugur, dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya)
[Al- Ahzab 33:23]


Fin.
Apa cer Ramadhan kita? JOM! [Kredit]


ps: Entri ini bahasanya agak loud. Saya tahu. Saya mohon kemaafan dan ampun daripada Allah SWT.

psII : Saya tidak pasti sesuai atau tidak saya publishkan. Itu antara sebab mengapa Tarbiyyah Pilih Kasih 1.0 tidak dipublish. Sebarang komen sila hidangkandi bawah. Jzkk.

psIII: Jika tidak faham apa yang saya bebelkan di atas, sila jangan tanya. Saya sendiri pun taktahu macam mana nak eksplen. 

ps IV: JOM! Siapkan target dan azam Ramadhan kita, biar kita jadikan Ramadhan kali ini sangat tersusun dan osem daripada Ramadhan sebelumnya! AIWAH!

Wallahualam

1 comment:

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers