Mereka yang Kool :)

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan-Bagai Menanti Ibu Mertuaku Datang..!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Membawa Ramadhan :)

Haha. Comel. [Kredit]

 “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa” 
(al-Baqarah 2: 183)

[Kredit]

Jeng jeng jeng...! Lagi beberapa jam sahaja, maka kita boleh ucap babai Syaaban dan Hello my love Ramadhan! Yes! 

Teringat kata-kata kakak bila kala kami bersembang kenchang  bersama. Katanya, menunggu bulan Ramadhan datang sama betul macam tunggu ibu mertua datang ke rumah. Mengapa?

1. Perasaan neves. 

Dup dap dup dap. Berdebar sungguh dada menunggu ketibaan Ramadhan yang penuh barakah ini. Begitu juga bagai menunggu ibu mertua datang, pasti berdebar rasanya. Adakah kita dapat menampilkan yang terbaik saat dirinya datang...? Atau lebih teruk, kita direject oleh Allah kerana telah berlalu Ramadhan, namun diri masih tidak diampunkan. Na'udzubillah. Jadi, sebelum perkara sebegitu terjadi, moh kita sama-sama all out untuk Ramadhan kali ini! Ho yeahh!

2. Persiapan.

Obviesli. Sebelum mak mertua nak datang rumah, (unless ada yang suka bagi kejutan, hehe) pasti kita akan buat persiapan. Ada yang tukar langsir lah, tukar set sofa baru, dah siap check list dah nak masak apa, tutur kata mesti sopan, baju kena yang sedap mata memandang blablabla. Ya! Begitu juga dengan Ramadhan. Sepatutnya lebih lagi. Sepatutnya, lampu kelip-kelip hariraya yang berwarna-warni itu dipasang seawal Ramadhan lagi. Untuk menzahirkan betapa kita sangat sangat hargai dan welcoming Ramadhan Kareem ini. Dan, tentunya banyak lagi persiapan yang kita sepatutnya dah siap dah pun untuk menjalani bulan ini. 

Bak kata Majalah Jom! Edisi Luar Biasa-Ramadhan Fantastik!, antara persiapan yang kita boleh lakukan bagi yang menggemari teknologi dan memiliki android dan iPon tu, boleh lah mendownload pelbagai jenis aplikasi Ramadhan :)

3. Perancangan Teliti

Perancangan yang teliti dan detail seharusnya sudah dibuat lagi-lagi bagi yang mempunyai ibu mertua yang agak cerewet. Hehehe. Tetapi, bagi kita yang memahami bahawa ketika bulan Ramadhan, Allah merantai syaitannirojim dan sekutunya, lalu dah takde alasan untuk kita takut bangun malam bertahajjud, Allah juga membuka pintu-pintu sorgaNya (alahai kalau lah kita nampak, pengsan!) dan tentunya Allah sediakan malam yang lebih best dan osem daripada 1000 bulan! Hoo yeahh! Alhamdulillah, bagi yang belum membuat target Ramadhan anda, masih belum terlambat tau. 
Sila ambil kertas warna warni, dan tuliskan target anda satu persatu. Buat dalam point form, dan tampalkan di dinding bilik anda yang cantek itu hokey! 

Anda sudah? Saya sudah! [Kredit]
***********

Jadikan Ramadhan kita lebih osem daripada yang sebelumnya! Jaga kesihatan, jaga diri dan moga kita ditemukan dengan Lailatul Qadr! 

Moga dengan perancangan yang teliti, persiapan yang rapi dan semangat yang tinggi mampu memandu kita untuk istiqamah dalam beribadah dalam bulan yang mulia ini. Saya justeru, memohon maaf dan ampun daripada anda semua jika ada terkhilaf di sini sana.Senyum.
 Moga ibu mertua bertambah sayang, yaa...! Jelir lidah.

[Kredit]


 ps: Teruskan tembak doa kepada Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir juga saudara kita seislam di seluruh dhonia. 

ps II : Nampaknya keputusan peperiksaan bagi subjek Undang-Undang sudah keluar. Moga Allah mengganjari yang terbaik buat saya dan rerakan. 

 psIII : Mabruk alaik buat abang besar dan kakak besar yang bakal memperoleh rezeki bulan Ramadhan! Kereta dan cahaya mata. Hehe. Senyum lebar say alhamdulillah.


Wallahualam. 

 

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers