Mereka yang Kool :)

Saturday, August 10, 2013

Malu yang Sepatutnya Ada Di Hari Raya. Edisi Makan Dalam!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Memberi Kemenangan...
Lebih feel kalau baca sorang-sorang. Hehe.[Kredit]
[Nota terjumpa dalam zip henbeg]: Entri ini sedikit sebanyak merupakan muhasarawak diri kita. Mintak ampun dan maaf yaa, sudah raya ke-3 baru nak muhasarawak. *susun sepuluh jari tangan dan kaki. Eh.Ampun dan maaf jika ada yang terasa. Sesungguhnya ini edisi makan dalam. Sekian.


''Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai''

                                                     [Al Fajr 89:27-28]

Kau tahu,
Aku malu. 
Malu sungguh. 
Tika Ramadhan, tilawah aku sedikit. 
Quran aku baca sepantas kilat. 
Gaya bullet train Jepun.
Tapi bila hari raya, lagu raya paling banyak aku donlod.
Lagu raya yang jadi mainan telinga aku.

Kau tahu,
Aku malu. 
Tika Ramadhan, solat tarawikh aku buat. 
Solat fardhu aku tiba-tiba buat awal. 
Siap berjemaah lagi setiap kalinya.
Tapi bila hari raya,
Aku subuh pun gajah.
Nak jumpa masjid semula pun susah. 
Apatah lagi nak berjemaah. 

Kau tahu,
Aku malu. 
Rasa nak tutup muka ni.
Bila Ramadhan, 
Aku share banyak tazkeerah dan ilmu berguna
Kicauan aku kencang dengan retwit daripada ostad ostadjah
Tapi bila hari raya,
Aku tak segan pun mesej yang bukan mahram
Aku kembali dengan Kpop ku
Aku dah sedia dengan filem menarik di telebisyen.
[Kredit]

Kau tahu tak?
Aku dah tak tahan malu. 
Bila Ramadhan, 
Aku selalu pakai telekung, 
Aku selalu pesan pada orang,
Rajin pakai kopiah,
Rajin tutup aurat. 
Tapi bila hari raya,
Tudung dah dibuang
Baju kembali fesyen melampau
Make up kembali tebal.

Kau tahu,
Aku malu. Aku segan.
Bila Ramadhan, 
Quran tak lekang dari tanganku,
Zikir selalu di hati dan lidahku,
Tapi bila hari raya,
Aku kembali mengumpat, banyak mengeluh
Sepertinya ada sahaja yang tak kena dengan orang lain
''Oh, dia tu memang lah tuuutttt''
''Kenapalah dia tak macam aku ek..?''
Apa? Aku fikir aku ini malaikat ke apa?

Kau tahu,
Aku segan pada Allah swt. 
Aku malu dengan Dia.
Aku rasa tak layak nak mohon macam-macam padaNya,
Kerna, bila Ramadhan aku macam baik. Ibadah terjaga.
Pulak tu, aku mohon macam-macam dengan Dia.
Mohon rezeki dimurahkan, 
Mohon diampunkan dosa,
Mohon masuk sorga bersama insan-insan aku sayang,
Mohon bertemu Aunty Laila dan Uncle Qadr,
Mohon dikuatkan di jalan yang osem ini,
Mohon... Ehem. Ditemukan jodoh dengan ikhwah blogger juga. Eh. 

Masuk hari raya, aku.... Kembali dengan tabiat lama.
Aku malu. Aku segan. 

Kau tahu, 
Aku segan pada Allah swt.
Dalam aku banyak berdosa padaNya,
DIA masih sayangkan aku. 
DIA temukan aku dengan sahabat karib yang kini sudah ditarbiyyah,
Ohoiii! Celah mana lagi aku nak bermaksiat ni..?

Kau tahu, 
Dah tiba masanya,
Aku renungi teori Inertia.
Berada dalam Ramadhan
Seperti teori itu.
Kita kumpul momentum.
Kita tolak semangat yang banyak tu
Untuk sebelas bulan akan datang
Kita taubat. Kita berubah. Kita beramal. 
Istiqamah. 
Istiqamah.
Istiqamah.

Moga berjaya sebagai pelajar cemerlang, ijazah diraja, anugerah dekan dalam Universiti Ramadhan untuk menempuhi alam pekerjaan sebelas bulan seterusnya. Biidznillah.



**********


Muhasabah ini untuk kita semua. Jika ada yang terasa hati, jangan cepat mucnungkan mulut. Saya ikat nanti, baru tau! Eh. Bukan ke, maaf zahir dan batin..? Hehe. Senyum seikhlas hati.

Di samping itu juga, Cik Prada mahu memohon ampun dan maaf jika sebarang entri yang telah dipublishkan sebelum, sedang dan yang akan datang ada mengguris hati atau membuat anda meluat terhadap saya dan koncho-koncho, hehe. Moga segala amal kita terus istiqamah, malah lebih kencang, dan terus diterima Allah swt. Salam sayang. Jemput datang rumah ya! (macam lah tau rumah kat mana kan?)
Kullu am wa antum bikhair. Salam Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin semuanya. Err, kopipes Gugel. Taktahu gamba akh mana tah. [kredit]






ps: Alhamdulillah, untuk seorang lagi ahli baru dalam keluarga, Luqman Morsi bin Mohd Azmi. Sesungguhnya nama anda mengingatkan maksu untuk terus sapot Dr Morsi. Eheh. 



Wallahualam


2 comments:

  1. assalamualaikum...mohon share ye ^^

    ReplyDelete
  2. anonymous : w'salam wbt. sila kan :)

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers