Mereka yang Kool :)

Wednesday, May 29, 2013

Ruang Kembali

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 



Bagai itik pulang petang, tetap kembali ke reban Tok Wi. EH. [Kredit]
Ruang kembali.  Epik. Sangat.

Pernah tak anda terfikir, berapa gazilion kali dalam sehari, manusia menekan kekunci 'backspace' di papan kekunci masing-masing? 

Hah, hatta ingin menukilkan entri ini sehaja pun, sudah lebih lima belas kali mungkin saya menekan butang tersebut. Heh. Kenapa agaknya?

Malah di talipon Samsung S Empat anda itu juga mempunyai butang back atau sekurang kurangnya anak panah menunjukkan kembali. Mengapa? Pernah tak anda terfikir?

Juga, mengapa jika kita berjalan ke satu tempat, seusai urusan kita, kita pasti kembali semula ke kediaman banglo tiga tingkat setengah di Bukit Antarabangsa nun? Ehem.

Pernah anda terfikir?

Epik bukan? 

Namun itulah sunnatullah. Dan ruang kembali itu sentiasa ada. No worries. 

Begitu juga kita yang mungkin banyak dan penuh diselaputi dosa dan maksiat. Mungkin dahulu kita tidak merasakan bahawa apa yang kita sukakan, kita pujakan, adalah seekor raksasa hodoh bernama Jahiliyyah!

Namun selepas ditarbiyyah, diclorox di dalam bulatang kegembiraang, kita kembali sedar  yang sebenarnya kita dah terlalu lama menyimpang dari jalan Tunku Abdul Rahman yang sebenarnya.

Sejujurnya, semakin lama ditarbiyyah, semakin ampuh juga rasa kebal untuk berlawan dengan jahiliyyah. Masakan ingin mengisi hati manusia yang dahagakan perubahan, namun yang mahu mengisi itu sendiri ibarat gelas yang penuh sampai melimpah-limpah jahliyyahnya? Hawkam? 
Comelkan? [Kredit]
 Pernah seorang ukht berkongsi di Instagram, hehe. Naqibahnya pernah berkata, ''di hadapan orang awam, ibu bapa, ustaz kita takkan buat maksiat. Sebab kita malu jika mereka melihatnya dan mengetahuinya. Lalu, jika kita mengimani bahawa Allah itu Maha Melihat, adakah kita meletakkan Allah di tempat yang sehina-hinanya sampai kita tak malu buat maksiat dihadapanNya..?''

Allahu. Mana pergi malu itu..?

Memandangkan hidup saya selama lebih kurang empat tahun ini bakal dihabiskan di Sekolah Undang-Undang Malaya, saya perlukan bekal. Bekal di jalan dakwah. (promot buku). Masakan saya bisa duduk bersahaja, goyang kaki dan tersenyum sumbing,(eh) melihat rakan-rakan yang semakin jauh dariNya? Yang hidupnya masih lagi berpaksikan sekular sivil itu? Yang hanya tahu enjoy dan sikit Islamik. Hawkam?

Pernah, atau seringkali saya terfikir untuk lari sebentar daripada hidup di sekolah ini. Cabarannya masyaAllah! Tepuk dahi. Sudahlah biah yang kedivaan, subjek juga turut begitu. Saya rasa berdosa bila saya seperti terpaksa akur dengan keputusan demi keputusan mahkamah yang sekular. Aiyoo.
Hurm. [Kredit]

 Tapi saya tahu, bukan salah rakan-rakan itu. Mereka malah menjadi mangsa ghazwul fikr (perang pemikiran). Saya tahu, mereka inginkan perubahan. Maka, tidak hairanlah jika mereka dengan senyum simpul dan tangan depa menyokong usaha kami menubuhkan persatuan yang namanya dirahsiakan. Hehe. 

Kembalilah. Tekanlah backspace itu semula. Kerana Allah tak pernah marah kita jika kita mahu bertaubat kepadaNya. Allah tak pernah kecoh atau post di twitter, instagram atau muka buku sekalipun jika hambaNya yang sorang ini dah terlalu berjela-jela dosa dan maksiatnya. Kembalilah. Sentiasa ada ruang buat kita, pendosa. Kata Hilal Asyraf. Heh.

''(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata''
[Ad Dzariyat 51:50]

Moga selamat kembali dalam pangkuanNya kelak. Biidznillah!

 *********



ps: Selamat datang buat adik-adik Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Moga anda juga berjaya memperoleh mutiara tarbiyyah di bumi UM ini. 

ps II : Daoakan kesihatan dan keselamatan rakan saya yang ditimpa ujian kewangan dan kesihatan. Moga Allah mudahkan urusan kamu.

ps III : Happy Walimah-ing untuk akhawat tersayang, Ukht Athirah Basri dan Ukht Razeen. Moga baitul muslim antunna diberkatiNya. Ameen. Mohon simpankan goody bag untuk saya. Dtang lewat sikit. Ada kelas. Huuaaa

 ps IV : Bittaufiq wannajah buat adik usrahku yang bakal berpraktikal di firma kejuruteraan, do your ultimate best, juga buat saya dan rakan-rakan yang bakal menempuhi peperiksaan finale. Allah memandang usaha. Indeed. 


Wallahualam 
    


       

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers