Mereka yang Kool :)

Tuesday, May 21, 2013

Makcik Esah Pun Tak Nyanyuk Tahu..!

Dengan nama Allah yang Maha Memahami Lagi Maha Memberkati 

Alhamdulillah tsummalhamdulillah, Selamat Hari Murobbi Sedunia, Selamat Hari Puan Mommy Ilebiyusomacmuahmuahmuah (ehh). Alhamdulillah juga test hondang-hondang keluarga sudah selesai. Maka, mari kita berlari untuk kerja seterusnya!

''Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)

[Asy-Syarh 94:7] 

Pertamanya, ayemsori kerana lama membiarkan Diari Bolat Gumbira keseorangan. Hehe. Ayat tu lame Cik Prada. Lameeeee!!! Ok. Whateva. Heh.
Entri yang bnisa membuatkan kita tertunduk malu. Malu! [Kredit]
Alhamdulillah untuk sebuah wiken yang sumpah osem lagi mengosemkan bersama akhawat terchenta. Lagi osem bila Allah pertemukan saya dengan dua orang syuyukh, orang lama dalam industri dakwah dan tarbiyyah ini. Allahu... Bersama mereka, terasa sungguh kerdil diri ini. Terasa setiap bait-bait kata yang dilontarkan (chewah) mengetuk kepala saya sendiri. Lalu, terasa mahu menekan butang delete serta merta mengenangkan ada keluhan dan resah tika terasa lelah di jalan ini. 

Saya kata saya lemah. Adakah saya lupa untuk bangkit semula? 

Saya kata saya tak mampu memikul beban dakwah ini. Adakah saya lupa bahawa Makcik H pernah mengendong bayinya menahan teksi semata-mata untuk mengisi hati-hati adik-adik bulatan gembiranya?

Saya kata saya frust bila adik-adik bulatan gembira tak balas pesanan ringkas di Samson Galaksi Bima Sakti Dua. Adakah saya lupa bahawa Makcik H dolu-dolu langsung tak memiliki talipon untuk berhubung dengan adik-adik bulatan gembira juga suami yang pergi jauh untuk berdakwah? Hanya surat jadi penghubung. Dalam tulisan jawi lagi hokeyyy!

Saya kata saya rasa turun (baca: down) bila dihimpit dengan masalah kewangan, masalah pelajaran, masalah keluarga yang tidak menyokong, masalah kawan-kawan yang menjauhi bila bergelumang dengan dakwah dan tarbiyyah. Adakah saya lupa bahawa makcik A telah terlebih dahulu merasakan semua itu. Berjalan kaki jauh untuk menghadiri halaqah, bersengkang mata menyiapkan nota-nota pelajaran (ambil nota yang mereka bukan di zaman Incek Gugel yaa).

Saya kata saya rasa nak berehat seketika daripada melakukan kerja ini. Adakah saya lupa syuyukh-syuyukh ini ada seribu alasan yang lebih konkrit untuk bercuti barang sehari. 

Hurm... Sekali lagi terasa kepala diketuk bertalu-talu. Ouch!
  
 
Bila ditanyakan apakah resepi syuyukh ini terus tsabbat, jawapannya simple. Malah rasanya hampir setiap hari orang di sana sini berkata tentang hal yang satu ini. 
Ini ikhlas. [Kredit]

IKHLAS. 

Bila kita ikhlas, kita akan all-out. 
Bila kita ikhlas, kita tak berkira masa, wang dan tenaga.
Bila kita ikhlas, apa yang kita sampaikan dari hati akan sampai ke hati orang lain.
Bila kita ikhlas, pertolongan Allah berada di mana-mana.
Bila kita ikhlas, kita tak pandang kejian orang.
Bila kita ikhlas, kita tak tertarik dengan pujian orang.

Indeed. Ikhlas. [Kredit]
Ya, semuanya kerana ikhlas. Sebab kita tak nampak tang mana kita ikhlas, bila kita ikhlas, macam mana ikhlas tu pun entah-entah kita tak tahu. Ye dak?
  

Dan ingatlah, syuyukh-syuyukh ini bukan mempunyai jarak tahun yang terlalu lama dengan kita, bahkan mungkin sebaya Mummy dan Daddy kita saja. Namun, pengalaman mereka, fuhhh! Terbaek.


Dan mungkin juga, kerana mereka, Makcik-Makcik ini tak nyanyuk seperti Makcik Esah yang tak mengalami masalah nyanyuk, lalu dapat mengingati pengorbanan insan-insan sebelum mereka. Fulamaweh!
Ingat, jalan dakwah ini memang takde langsung taburan bunga kertas di permaidani merah. Eh. Kata Aunty Esah. [kredit]

''Antum tinggal nak kembangkan dakwah yang sedia ada. Antum bukan pemula pun. Lalu, alasan apa lagi mahu diberi? Jika mahu gemuk dengan dakwah sorang-sorang, tak mahu share, pergilah ke tempat yang antum rasa sudah settle Islamnya. Name me one.''

Allah. Sebak.

 Moga kita ditempatkan bersama-sama syuyukh ini, tegar di jalan penuh ranjau ini. Walau dimamah usia, masih ampuh mengisi hati anak-anak muda, masih jitu semangat menggalas tanggungjawab, masih sayang untuk tinggalkan bulatan gembira masing-masing. 

Doa ku bersamamu. 


 *********

Makcik H di atas merupakan seorang Prof Dr di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Usianya yang sudah menginjak 60-an kelihatan muda. Seriyusli. Juga merupakan tempat rujukan bagi masalah fiqh, juga membantu Tabung Haji dalam urusan jemaah haji Malaysia. 

Senyum terharu. Panjang lagi jalan saya rupanya. Tak sampai separuh pun rupanya saya melangkah. 


''Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, teguhkan hatiku atas deen ini''     

1 comment:

  1. In shaa Allah.

    Jazakillah jua atas sharing.

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers