Mereka yang Kool :)

Thursday, December 20, 2012

Saya Mahu MC Satu Hari Je....! Boleh tak, Doktor?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mensyukuri...

Demam pun kene kuat tau! [Kredit]
Fuhh..! Lega. Settle keje aku, bro..!

Mungkin itu yang dilafazkan kebanyakan daripada kita. Atau mungkin lebih tepat bagi diri saya tika ini selepas menyiapkan kesemua esaimen dan kerja rumah lain. Yelah, siapa tak lega bila berminggu-minggu tidur hanya empat jam, berkejar-kejar ke sana sini untuk memenuhi hak manusia dan tuntutan diri sendiri, ditambah lagi dengan ragam gerak kerja dakwah dan tarbiyyah. Ditambah dengan poket yang semakin nipis dari hari kehari. Aigoooo...! Penat, letih, stress dibuatnya!

Namun, apabila tiba minggu-ulangkaji-pelajaran-tapi-sebenarnya-minggu-cuti-cuti-malaysia, terasa boleh menarik nafas lega.Bahagia bukan jika dapat pulang ke kampung halaman, bermain bersama sanak saudara, sepupu spare-part (eh), kucing-kucing yang sumpah-comel-geram-tarik-pipi, tanpa perlu memikirkan apa yang perlu disediakan buat adik-adik bulatan gembira, task-task yang diberi semasa bulatan gembira sendiri yang boleh tahan osem dan menggugah jiwanya, atau duduk di dalam bilik yang senyap sunyi untuk membaca kes-kes yang entah membina jiwa ke tak. Hehe. 


[Kredit APG]

Pernah satu kali saya bertanya kepada Puan Murobbiah saya satu ketika dulu, ''boleh tak nak mintak rehat sekejap je..? Satu hari pun jadilah. Rasa nak baring dan bersendirian je dalam bilik, saya nak amik MC daripada kerja-kerja duniawi dan juga DnT ni..? Boleh tak, Ummi? Saya rasa macam takde rasa sekarang, takut tak ikhlas''

Beliau senyap. 

Krikk. Krikk.





















Dan krikkk krikk lagi.








Dan lagi...










''Kata nak menang atau mati syahid. Kalau nak rehat, nabi ada sejuta enam puluh ratus ribu empat puluh sembilan sebab untuk berehat HANYA untuk satu hari tau. Sebab baginda dah buat kerja dengan sangat komited dan penuh mehnah. Kita..? Baru diuji rasa penat, n rasa tak ikhlas, sudah mahu quit? Heyy... Mana aci macam tu...''

Pangggg!

Tertampar sungguh dengan kata-kata tersebut. Tengsomacilebiyu lah!

Memang ya, penat. Kusut. Serabut. Jika kita tak meletakkan pengharapan TOTAL kepada Allah. Kita mudah sangat hilang sabar. Mudah melenting tak tentu pasal.

Kini, saya mengerti, 

Dalam Dakwah dan Tarbiyyah, ternyata tidak ada istilah MC...

Err, jadi, apa yang anda duduk bersandar kat sofa Lorenzo tu lagi? Bangun-bangun! Bekerjalah!

Mungkin saya lupa, Khabbab telah dipanggang hingga lemaknya menitis menutupi api bara,
Mungkin saya terleka, Jaafar telah dikerat tangannya, kudung memegang panji Islam.
Mungkin saya yang tak perasan, Sumayyah ditikam dengan tombak, direjam tanpa belas,
Mungkin saya yang ignorance, Syed Qutb telah diseksa, dipenjara, dan SYAHID di tali gantung
Mungkin benar saya yang alpa, Hassan al Banna telah ditembak dan dibiarkan tanpa pertolongan hingga hujung hayatnya, jenazahnya ditemani para akhawat dan sedikit kalangan ikhwah kerana hebatnya ikhwah kala itu ditangkap

Ya, semuanya kerana 'rasa' mahu bercut itu. Mahu kan Medical Leave.Mahu MC.


Bangkitlah!!!!

Jum, bekerja bersama-sama. Kan lebih manis? [Kredit]
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]


"Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun."
[HR Thabrani dan al-Hakim]
 
ps: Doakan perjalanan pulang saya selamat dan diberkatiNya... Mahu berjumpa insan-insan tersayang, adik-adik yang boleh tahan osemnya..!
 
Wallahualam
 
 


1 comment:

  1. paaaaaaaaaaaaannnnnnnnnngggggggggggg!!!!1

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]