Mereka yang Kool :)

Saturday, December 15, 2012

Mujahadah Tak Semudah Hapdet Status Mukabuku

Dengan nama Allah, yang Maha Memberkati Usiaku...


Seriyuslah! [Kredit]

Alhamdulillah tsummalhamdulillah. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu, yang sedang dibuat, dan yang akan datang. 

Pertamanya, jazakumullahu khairan katheera buat semua yang mendoakan di hari lahir, moga usia ini sentiasa diberkati, dibersihkan dan dimanfaatkan sepenuhnya di jalan ini. Ameen... 

Anda masih ingat sewaktu pertama kali murobbi dan murobbiah anda memperkenalkan 10 perkara ajaib di dunia? Hah? Apa pulak ni? Ada ke? 
Tanya anda sambil menggaru kepala itu...

Okay, salah salah. Masih ingat 10 Muwasaffat Tarbiyyah? Oh, saya lebih suka menggelar ia, 10 Sifat Terkool Muslim. Ok, panggil semula (re-call) semua sifat tu.     

[Kredit LangitIlahi.com]

Dan dan... Masihkah anda ingat 7 tangga Maratib Amal? Tidak??? Ohmaigod. Takpe, takpe. Rujukn bawah.

[kredit]
 Dan, tahukah anda apa kaitannya 10 Sifat Terkool dengan 7 Tangga Maratib Amal ini?

Seseorang itu dikatakan individu muslim yang sempurna, bila dia memenuhi 10 muwasat tarbiyah tadi. Sumpah kool, bukan? 

Namun, perasankah anda ada satu ciri yang UTAMA (bagi saya) iaitu melawan nafsu. 

Seriyusli. Bayangkanlah, jika setelah (isikan umur anda kini) kita bergelumang dengan cara hidup yang penuh lumpur jahiliyyah, hitam pekat dosa, keegoaan yang maha tinggi setelah sekian lama, maka adakah kita sangka dengan mendengar pengisian Sayonara Jahiliyyah (yang kita dilayan seperti raja; ada gula-gula bila mengantuk, ada makanan percuma bila lapar, kakak-kakak yang sumpah sweet dan baik hati, eheh), semua jahiliyyah kita, perbuatan dosa hina kita dapat dihilangkan begitu saja? Memang tak lah kan. 

Hatta Heri Poter yang ada magis saja perlu belajar dan banyak kali cubaan untuk jadi 'sifu magik'. (ok, contoh jahiliyah dari Cik Prada, eheh)

Sedar atau tidak, kita perlukan ciri ini. Mujahadah li nafsi. Dan seriyusli, nak berusaha sungguh-sungguh buang karat jahiliyyah itu amatlah payahnya jika kita tak kuat. Tak kuat apa? Kuatkan diri dengan iman dan taqwa. Dengan kefahaman yang sebenarnya. Faham apa? Err... Rasanya tak perlu saya menyampaikan Ini Sejarah Kita sekali lagi di sini ye tak? Itu tugas anda untuk mencarinya. Hehe... 
 
Ya, mungkin saya berkata berdasarkan pengalaman yang kerdil ini. Ia tak semudah berkata-kata. Tak senang bak menghapdet status status di Kicauan mahupun Muka Buku. Lebih mudah untuk belajar memasak Ikan Masak 3 Rasa daripada beristiqamah dalam bermujahadah ini. Subhanallah! Dan benarlah, kekuatan itu tak dapat diperoleh melainkan kita meminta daripada Allah moga DIA masih mahu meminjamkan kita kekuatanNya. T________T

Saya agak gerun setiap kali perkataan 'mujahadah li nafsi' disebut atau dibaca. Moga Allah memandu hati-hati kita ini. InsyaAllah.

Tadi, saya tercross ayat di bawah ini. Entah kuasa apa, saya boleh menangis. Bermujahadahlah, kata Allah. Allah cintakan kita. Walaupun kita buat dosa, kita zalimi diri sendiri, tapi bila kita teringatkan dia dengan segera, berlari-lari meminta ampun dan taubat kepadaNya, pasti, DIA akan mengampunkan dan mencintai kita. Allahu... Macam nak kata je, ''Ya Allah, inilah aku. Malam merintih memohon ampun, siang kembali membuat dosa, dan Kau masih mahu mencintai aku..?'' Jom tadabbur sama-sama. Jika masih tiada perasaan, entahlah. Saya pun dah taktahu nak kata apa. :(


“ Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu senang ataupun susah dan orang-orang yang menahan api kemarahan dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan, dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji  atau menzalimi diri sendiri, maka mereka segera mengingati Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan, dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain dari Allah?. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui (hukum dan kesannya)''
[Ali Imran 3:133-135]

 See? Maha Baik kan Allah? 

Nangis. 

Ya, bagaimana mungkin kita mencapai 10 muwassafat itu, jika tiada mujahadah melawan hawa nafsu? Bagaimana kita bisa mendaki tangga maratib amal jika menahan diri sahaja tidak mampu? Bagaimana mahu menjadi zaujah dan ummi solehah jika tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh melengkapkan diri?

Maka, pertama-tamanya biarlah entri ini menjadi ingatan sentap lagi keras buat diri saya. Kerana saya tahu, tanpa ingatan dari anda, dan utamanya daripada Allah SWT, mana mungkin saya mampu melawan kejahatan nafsu ini?

Pesanan saya, simpel. Bermujahadahlah. Jika futur, BANGKIT dan mujahadah kembali. Ingat senang-senang Allah nak bagi syahid? Gazilion ramainya orang yang mahukan syahid, namun, jika cita-cita bissidqin tidak ada, maka apalah gunanya. Moga kita semua diletakkan Allah untuk menjadi syahid. Biarlah jika tidak di medan perang, cukuplah berperang dengan nafsu sendiri. Bukankah syaitan itu sangat licik? Dijadikan bahagia nan indah perbuatan dosa kita yang sumpah jelek di mata Allah. Sekali lagi, nangis. 

Moga Allah menerima taubat kita, mengampuni dosa kita semua. 

''Kerana imanmu begitu berharga''    

ps: Jazakumullahu khairan katheera untuk kejutan sempena besdei daripada usrahmet sekalian, juga awak dan awak lagi. Moga Allah membalas berlipat kali ganda...

psII: Berkobar mendengar sharing GAZA daripada Afdhlin Shauki dan geng nya. Moga DIA izinkan kita menjejakkan kaki ke sana. biidznillah.

psIII : Memenuhi hak Puan Emak di rumah. Dalam hati rasa bersalah tak dapat join mabit dan piknik bersama adik-adik terchenta. Teringat kata ummi Mum, ''bersama mak pun dakwah jugak tahu!'' Senyum lebar

 Err dan saya sudah mahu ekzem. Doakan kecemerlangan 'alat' saya ini yaaa.....! 

**********     

Wallahualam
 

2 comments:

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers