Mereka yang Kool :)

Tuesday, December 4, 2012

Hadiah Sebuah Konferens Keriangan

Dengan nama Allah yang Maha Menguasai Hati-Hati Ini...

Mujahadah. [Kredit]
Alhamdulillah tsummalhamdulillah. Err, bagi saya ambil nafas 2 minit. 

Ok. Sambung semula. 

Ahah, jangan lah buat muka penuh persoalan, tu lah hakikatnya, kadang-kadang tak sempat nak ambil nafas, termengah-mengah kita di jalan ni. Anda pun dah cukup arif, bukan?

Hadiah Sebuah Konferens Keriangan. 

Pernah tak anda pergi mana-mana konferens riang, lalu semua orang di situ memberikan anda hadiah tanpa ada apa-apa sebab? Bukan kerana hari lahir anda, bukan kerana anda osem (walaupun anda sebenarnya ya,hehe) dan bukan kerana mengambil hati kerana anda sudi menjadi muwajih bagi program Ini Style Kita. Tak pernah? Seriyusli..?  
Orang kata takda, takdalah...! Eee... Sebuk je nak tanya lagi, huh! Tanak kawan awak, Cik Prada yang budiman. Ehh. 


Bagi yang sudah berada di jalan ini, sudah tentu setiap bulan pasti et lis ada satu atau dua konferens keriangan yang anda hadiri. Atau bulatan gembira, atau piknik beriman atau apa apa jelah benda-benda osem yang anda lakukan bersama murabbi dan mutarabbi anda. Ye dak?

Bagi saya, setiap kalinya, pasti akan menjanjikan keseronokan, keterujaan setiap kalinya. Dan tak kurang tamparan hebat oleh muwajih yang menyedarkan saya tentang berbagai perkara dalam DnT ini. Allahu, seronok bukan..?

Dan, konferens riang yang dihadiri hujung minggu lepas sangat terbaeeekkkkk! (thumb up)
Kali ini, seriyusli, saya merasakan Allah menghadirkan mereka yang berada di situ untuk menjawab pelbagai persoalan yang kadang-kadang tak mampu saya nak ungkapkan pada seorang manusia biasa. Hanya jika saya fikir ia sangat berkepentingan untuk dikongsi dan diutarakan, barulah saya akan bercerita itu dan ini. Yelah, Puan Murobbi saya juga sibuk orangnya, tahu...?
Bonus ukhuwwah di Konferens Riang! [Kredit]
 Perasaan saya pada tika itu seolah-olah berbunga keriangan, campur keterujaan, campur terdiam sebab tak sangka Allah kabulkan permintaan secepat itu, subhanallah!, campur spicles. MasyaAllah... Astaghfirullah.

Walaupun ada antara kita yang sudah lama berada di jalan ini, namun kita masih perlukan teguran dan nasihat daripada orang lain. Tak kisah sesiapa sahaja. Hatta kucing yang sedang bermain dengan benang juga boleh menjadi 'alat' teguran buat kita. Tapi, kadangkala kita mungkin malu untuk bercerita masalah kerana lamanya kita di jalan ini. And perhaps people don't expect that we still have tiny miny little problems involving qalbu. Ya, hati. Dan kerana ia 'liar', maka perlukan penjagaan rapi. Mungkin masalah ikhtilat, masalah husnudzon dan lain-lain.

Saya berbual dengan seorang adik osem petang semalam, dan katanya, ''hati ini soal sukar.Bila kita bercerita kepada orang lain, kita expect dia akan faham, dan bukan main-main dengan perasaan kita kala itu. Bila ada yg main-main, menyindir mungkin, tu yang jadi malas nak luahkan. Better simpan buat pekasam.''

Dan adik osem ini terus meluahkan masalahnya. Dan seperti magika, shinggg...! Legaanyaaa rasaaaa...! Kata dia. Heh.

Err. Tahukah anda, bila anda mendengar masalah seseorang, itu juga adalah hadiah buatnya?            

Memang sangat tidak bagus bila kita menyimpan, memendam sesuatu masalah. Lagi-lagi melibatkan hati. Carilah mereka yang anda selesa dengannya (mengikut jantina masing-masing) , untuk meluahkan segala yang terpendam. Ehem, maksudnya masalah. 

Namun, yang lebih osem bila Allah sendiri yang menegur, memujuk melalui insan-insan hebat di sekeliling. Alhamdulillah. Tengsomac Allah. Senyum lebar.

Dan setiap kalinya, itulah antara 'hadiah' yang paling best daripada setiap seorang di konferens keriangan. Memang riang gumbira jadinya. Hehe. 

Inilah bonus buat para du'at. Buat kita semua. Biidznillah. 

Sangat sweet teguran ALLAH. DIA tak tegur secara direct, malah berkias. Tak caye lagi..?
Nanti boleh cek Surah 'Abasa ayat 1 dan 2 ya. Jika tak faham, mintalah murobbi anda menjelaskan. Hehe.  

Destinasi konferens keriangan Ini Style Kita buat adik-adik minggu ini? ;)
Masjid Sunway mungkin? Hehe.


Akhir kata, 
Senyum.  
Happy Blessed Birthday semua Decemberians ;) [Kredit]
 


 ps: Ditarbiyyah Allah dengan melihat kejadian kemalangan meragut nyawa yang berlaku sewaktu memandu tempoh hari. Subhanallah, moga Allah lindungi kita

ps II : Dah masuk Disember. Hari Lahir sekeluargaku. Hepi Besdei semua orang. Inche Ayah, Kak Nurul, Kak Deeba, Kak Zeeha, Abang Naqiuddin, dan er err... adik perempuannya. Heheh. Oh, dan anniversarry Puan Emak juga! 

ps III : Doakan nafas saya masih panjang untuk berkejar dengan esaimen dan hak-hak yang wajib ditunaikan. Biidznillah.

Wallahua'lam

 


  

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers