Mereka yang Kool :)

Monday, June 11, 2012

Depan Orang Kau Rahib. Di Jalanan Kau Rempit.

Dengan nama Allah yang Maha Mengatur Perjalanan :)

Coming soon [Kredit]
Alhamdulillah tsummalhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Kita memujiNya, minta pertolonganNya dan ampunan kepadaNya. Kita berlindung kepadaNya dari keburukan jiwa kita dan kesalahan amal kita. Siapa diberi petunjuk olehNya, maka tidak ada yang sanggup menyesatkannya. Dan siapa yang disesatkan olehNya, maka tidak ada yang mampu memberi petunjuk. Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan bersaksi Muhammad tu hamba dan rasulNya. Amma ba'du.

Ok. Itu muqaddimahnya. (senyum)

Err. Tajuk kali ini mungkin agak ekstravaganza kebrutalannya. Bagi insan-insan yang mengetahui, saya tidak ada di bumi Pekan Pahang minggu ini (sorry adikku, tak sempat ziarah) berikutan berjaulah bersama dua abang tersayang ke Batu Pahat Johor. Ya, bila kita lama di jalanan ini, tentulah kita akan perhatikan gerak geri manusia dan juga keadaan fizikal jalan tersebut. Adakalanya kita terserempak dengan kereta idaman seperti Nissan Murano (ehem ehem), berselisih dengan Puan Monyet dan Tupai yang membawa anak melintas tanpa pandang ke kiri dan kanan dan lintaslah dengan selamat, eh. 

Bila jalanraya berlubang, tanah runtuh kita mula bermuqaddimah untuk menyumpah seranah tukang buat jalan. Err. Sumpah saya juga terasa panas hati tika terpaksa berhadapan dengan jalan yang berlubang sana sini dan konstraksyen yang sudah berlanjutan empat ke lima tahun. Saya tidak tahu tentang negeri lain, tapi apa yang saya perhatikan laluan di sepanjang jalan persekutuan ke segamat memang choyy sedikit. Mungkin banyak sebenarnya. 


Namun, semua itu bukan titik penghujahan saya di entri kali ini. Hehe. 


Oleh kerana saya menemani encik abang yang menjadi super (bahasa Indonesia pemandu), jadi saya tidak langsung berkesempatan untuk melelapkan mata yang sepet ini. Err. Apakah. Hehe. Kerana saya bimbangkan dia yang ikut tidur nanti. Jadi, nak dijadikan takdir Allah perjalanan kami memakan masa sedikit shingga empat jam kerana musim cuti sekolah jadi kereta, motor, lori, trailer, basikal roda tiga semua memenuhi ruang jalanan. Dalam senario seperti ini, manusia kadangkala boleh hilang kesabarannya, kelembutannya. Benar! 


Saya cukup kecut perut dengan sebuah kereta Hilux yang kurang sopan semasa di jalanan. Tatkala encik abang mahu memotong, dia malah melajukan kereta dan semakin menghimpit ke kanan. Apakah ini? Mahu membunuh secara rempit dan terhormatkah?
Monyet sekarang pun dah tahu rempit. Salah siapa? [Kredit]
 Saya cukup yakin, tarbiyyah itulah yang memegang perangai kita, amal kita. Jika saya masih tidak dipeluk erat oleh Encik Tarbiyah dan Puan Dakwah, mungkin saya akan menyumpah seranah Holux tersebut menjadi kereta kodok berwarna hijau floresen tanpa enjin. Wah... Namun, itulah nikmat iman. Kita menjadi penyabar saat rasa marah meluap-luap.


Saya lebih tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh seorang akh, ketika berjaulah (eceli mahu balik kampung keluarga) dia berhadapan dengan situasi yang sama. Dan alangkah terkejut keranya tatkala di saat dia menoleh, kelihatan lelaki bersongkok, berjanggut kelihatan seperti seorang ustaz yang memandu kereta itu. Walaweh! Tetapi kerana keusnudzonnya akh ini, dia memaafkan dan beranggapan lelaki tadi tak sengaja. Mungkin dia dah lama nak test kuasa. Cuma terfikir juga, jika mereka yang belum ditarbiyyah melihat situasi ini, pasti sedikit sebanyak fitnah kepada dakwah itu akan terzahir! ''Harap je macam pendakwah, kat jalan samseng!''
Kalau pinjam motor polis ni pun bagus juga. [Kredit]

Cukup takut rasanya jika ada yang berkata sedemikian rupa. Saya tidak nafikan, kita tidak boleh menghukum sesiapa berdasarkan baju yang dipakainya. Boleh jadi mereka yang ber-tshirt Pagoda dan berseluar Jeans Levis lebih suci dan putih bersih hatinya berbanding dia yang memakai Jubah Putih dari Mesir, berserban kemas dan berjanggut panjang. Boleh jadi! Namun, manusia di kala ini akan memandang juga rupa itu. Rupa seorang yang dikatakan pendakwah. 


Sebab tu dalam usul 20, pertama tama sekali usul yang diketengahkan adalah islam yang syumul. Syumul tu lengkap. Menyeluruh. Komplit. Takda kompromi langsung dengan sebarang bentuk karat jahiliyah! 

''Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan (total) dan janganlah kamu mengikut langkah syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata!''
[Al-Baqarah 2:208]

Jadi, tidak kira di mana dan anitaim, islam itu pasti ada. Jangan pula di depan adik-adik bulatan gembira kita, kita lah yang berdegar -degar menceritakan tentang kesabaran, ketaqwaan, berlapang dada sedangkan di alam realiti, kita yang cakap tak serupa bikin. Allahuakbar! Moga kita disimpang matikan oleh kejadian seperti itu. Jangan pula kita sibuk memberi taklifat kepada adik-adik tentang pentingnya amal perbuatan ketika sesama manusia sedangkan kita merempit mengalahkan mereka yang belum merasai nikmat ditarbiyah. 



Sentap bukan..? *telan air liur. 


Jangan terkejut jika ada insan-insan yang mati katak disebabkan perbuatan kita yang kononnya rahib di depan orang, tapi di jalanan kitalah juara rempit. Na'udzubillahimindzalik. 


Moga kita tetap rahib di mana-mana. Tak kira di jalanan atau di pentas dakwah dan tarbiyah.
Kan sabar itu separuh dari nama Puan Sabariah? [Kredit]


ps: Best juga kalau dapat manfaatkan rumah besar arwah atuk di kampung untuk konferens-konferens adik-adik. Hihi. 


ps 2: Mohon doakan dan maafkan kesalahan saya kepada anda semua wahai pembaca budiman. Terasa banyak salah dengan manusia. Tapi tak tahu apa. Astaghfirullah...

ps3: Konferens riang adik-adik di Pekan, Pahang. Siapa yang available untuk menyibuk, adalah dienkarej secara super duper da bomb!

Wallahualam

2 comments:

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers